1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

6 Tempat Shopping Best di Jakarta (2026)

Jakarta bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian kulinari dan tempat bersejarah, malah ibu kota Indonesia ini merupakan syurga beli-belah bagi pelancong tempatan mahupun antarabangsa. Sama ada anda mencari busana Muslimah moden, batik halus tempatan, barangan jenama mewah, mahupun port santai yang instagrammable, Jakarta mempunyai segala-galanya!

Jika anda merancang percutian ke Jakarta tidak lama lagi, berikut adalah 6 destinasi shopping menarik yang wajib anda masukkan dalam itinerary:

1. Thamrin City

Bagi sesiapa yang mencari pakaian tradisional, tudung atau busana Muslimah moden pada harga berpatutan, Thamrin City ialah lokasi nombor satu yang wajib dilawati. Berada di bangunan berhawa dingin di pusat kota Jakarta, pengalaman membeli-belah di sini sangat selesa dan teratur.

  • Apa yang menarik di sini?

    • Pusat Batik Indonesia: Satu tingkat khas yang dihuni oleh puluhan kedai menjual pelbagai jenis batik dari serata rantau Indonesia (Batik Solo, Pekalongan, Yogyakarta dan lain-lain).

    • Pusat Borong: Anda boleh membeli satu per satu pada harga berpatutan atau secara borong untuk tawaran yang lebih murah. Sebagai contoh: 3 pasang telekung cotton boleh didapati pada harga Rp100k sahaja

    • Pelbagai Pilihan: Daripada kemeja batik lelaki, baju kurung, gamis, telekung hingga aksesori hijab moden. Senang kata, semuanya ada di sini. Jangan lupa untuk tawar menawar sampai drop!

2. Pasar Baru

Mula dibina sejak era kolonial Belanda (sekitar tahun 1820-an), Pasar Baru merupakan salah satu kawasan komersial tertua di Jakarta. Menyusuri lorong pejalan kaki di sini memberikan suasana nostalgia yang unik sambil anda membeli-belah.

  • Apa yang menarik di sini?

    • Gedung Kain & Tekstil: Terkenal dengan kedai-kedai tekstil milik pedagang keturunan India-Indonesia yang menjual pelbagai jenis kain berkualiti tinggi untuk tempahan baju.

    • Barangan Kulit & Kasut: Terdapat banyak kedai menjual kasut, beg dan barangan kulit buatan tempatan pada harga yang berbaloi

    • Barangan Cenderahati: Jika anda mencari tshirt Jakarta atau pun keychain dan fridge magnet, ini merupakan tempat yang paling sesuai dengan harga mampu milik.

3. Sarinah

Bagi anda yang mahu mencari cenderamata khas Indonesia berkualiti tinggi, Sarinah ialah tempat yang paling tepat. Ditubuhkan pada tahun 1962 sebagai pusat membeli-belah pertama di Indonesia, Sarinah kini telah diubah suai menjadi gedung konsep moden yang memartabatkan karya tempatan.

  • Apa yang menarik di sini?

    • 100% Produk Tempatan: Menghimpunkan jenama tempatan terkemuka yang menjual batik premium, ukiran kayu, barang kemas еtnik dan kraftangan eksklusif.

    • Ole-Ole & Kopi Tradisi: Terdapat seksyen khas yang menjual pelbagai jenis jajan/snek tradisional Indonesia, coklat tempatan, serta biji kopi specialty dari pelbagai daerah.

    • Ruang Seni & Santai: Bahagian amphitheater luar selalunya dihidupkan dengan persembahan muzik akustik tempatan dan pameran seni pada hujung minggu.

4. Pantai Indah Kapuk (PIK)

Jika anda mahu merasai pengalaman shopping gaya hidup moden dan trendy, kawasan Pantai Indah Kapuk (PIK 1 & PIK 2) di Jakarta Utara wajib dilawati. Kawasan ini merupakan tempat hotspot terkini untuk anak muda dan keluarga.

  • Apa yang menarik di sini?

    • By The Sea PIK: Pusat beli-belah terbuka (fashion district) yang fokus kepada kedai-kedai jenama fesyen, kecantikan dan aksesori pereka tempatan Indonesia.

    • Seni Bina Instagrammable: Konsep reka bentuk perbandaran yang moden dan estetik, sesuai untuk bergambar kenangan.

    • Kawasan Kulinari Luas: Berdekatan dengan pelbagai port makan popular seperti Pantai Pasir Putih, Aloha PIK dan La Riviera (kawasan bertema Eropah dengan terusan air).

5. Blok M Square

Terletak di Jakarta Selatan, Blok M Square adalah tempat tumpuan bagi mereka yang mahu membeli-belah sambil menikmati suasana budaya pop moden.

  • Apa yang menarik di sini?

    • Fesyen Harian & Tudung: Pelbagai kedai jualan pakaian harian, tudung dan aksesori pada harga bajet.

    • Syurga Piring Hitam & Buku Terpakai: Di tingkat bawah, terdapat sudut khas yang menjual piring hitam (vinyl), kaset vintaj, barangan antik dan kedai buku terpakai.

    • Kawasan Little Tokyo: Bersebelahan dengan kompleks beli-belah ini terdapat kawasan kedai dan restoran bertema Jepun yang popular untuk aktiviti makan malam.

6. Grand Indonesia & Plaza Indonesia

Bagi pencinta jenama antarabangsa dan barangan mewah, gabungan dua pusat beli-belah ikonik di kawasan Bundaran HI ini tidak boleh dilepaskan:

  • Grand Indonesia: Salah satu shopping mall terbesar di Asia Tenggara. Menawarkan pelbagai pilihan jenama fesyen popular antarabangsa, kedai konsep gaya hidup serta ratusan pilihan restoran dan kafe moden.

  • Plaza Indonesia: Terletak berhadapan dengan Grand Indonesia, mall ini fokus pada barangan high-end dan busana mewah seperti Louis Vuitton, Chanel, Gucci dan Dior.

Tips Penting Semasa Berbelanja di Jakarta:

  1. Sediakan Wang Tunai & E-Wallet: Di pusat borong atau pasar tradisional seperti Thamrin City dan Pasar Baru, pembayaran tunai lebih digalakkan. Manakala di PIK dan Grand Indonesia, transaksi cashless/kad kredit digunakan secara meluas.

  2. Masa Sesuai untuk Melawat: Elakkan pergi ke kawasan pusat borong pada waktu puncak hujung minggu jika anda mahu elak kesesakan. Waktu pagi hari bekerja (Isnin–Khamis) adalah waktu terbaik.

  3. Pakaian Selesa: Pakai pakaian yang ringan dan kasut berjalan yang selesa kerana kebanyakan destinasi ini memerlukan anda banyak berjalan kaki.

Blok M SquareGrand IndonesiaIndonesiaJakartaPantai Indah Kapukpasar baruPIKPlaza IndonesiaSarinahSolehah Travelthamrin cityTips Travel

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …

Kena Hantar Balik Malaysia Gara-gara Satu Selfie!

Setiap kali menjejakkan kaki ke lapangan terbang di luar negara, perasaan teruja untuk bercuti pastinya membara. Tangan …

ECRL Dijangka Beroperasi Disember 2026

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini berada di fasa kemuncak persediaan akhir. Setakat Oktober ini, kemajuan …

Berita Baik Buat Kaki Travel! Bas Direct TBS ke Betong (2026)

Bagi penggemar percutian singkat dan santai, wilayah Betong yang terletak di selatan Thailand (bersempadan dengan Pengkalan …

5 Kesilapan Pelancong Malaysia di Luar Negara

Membuat keputusan untuk melancong ke luar negara sememangnya mengujakan. Dapat melihat budaya orang, menikmati keindahan …