1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

Apa Yang Best di Luang Prabang, Laos

Luang Prabang, destinasi yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, sering dianggap sebagai permata tersembunyi Asia Tenggara. Pekan ini menawarkan gabungan kebudayaan Buddha, binaan bersejarah era kolonial Perancis serta keindahan alam semulajadi yang sangat memukau. Walaupun Muslim di sini hanya minoriti tetapi anda jangan risau, masih ada restoran halal yang boleh anda singgah semasa travel ke sini nanti.

Aktiviti Popular:

  • Berenang di Kuang Si Waterfall: Menikmati keindahan alam atau mandi-manda di kolam semula jadi Kuang Si.

  • Mendaki Bukit Phousi di Waktu Senja: Mendaki 355 anak tangga ke puncak bukit Phousi di pusat pekan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam 360 darjah di atas Sungai Mekong.

  • Pelayaran Sunset Sungai Mekong: Menjelajah sungai bersejarah ini menggunakan bot kayu tradisional sambil menikmati pemandangan bukit bukau dan kecantikan matahari terbenam. Anda juga berpeluang melihat sendiri warisan UNESCO iaitu gabungan rumah kayu tradisional Laos dan villa kolonial Perancis di sepanjang pesisir Sungai Mekong.

  • Luang Prabang Night Market: Membeli-belah kraf tangan tempatan, kain tenunan dan barangan cenderamata yang dijual oleh komuniti etnik tempatan.

  • Melawat Wat Xieng Thong: Kuil purba paling megah di Luang Prabang dengan bumbung berlapis melengkung dan hiasan mozek Tree of Life.

  • Menaiki Basikal: Jika tepat pada waktunya, anda berpeluang untuk melihat komuniti tempatan beramai-ramai menaiki basikal sepanjang hari dengan berpakaian tradisional bagi mempromosikan budaya serta gaya hidup sihat.
Air Terjun Kuang Si

Terdapat sebuah masjid komuniti tempatan, iaitu Masjid Jamik Luang Prabang  yang terletak di sekitar kawasan bandar. Anda juga boleh menikmati makanan halal di Fathima Indian & Malaysian Halal Restaurant atau pun Wat That Restaurant yang tidak jauh dari pekan utama.

Bulan Terbaik (Musim Sejuk & Kering): November hingga Februari kerana cuaca sangat sejuk dan selesa (sekitar 15°C–28°C) tanpa hujan. Anda bakal menikmati pemandangan hijau selepas musim hujan.

Jika anda berminat untuk ke destinasi ini, boleh mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur (transit menerusi Bangkok dengan Thai AirAsia/Thai Airways atau Hanoi dengan VietJet Air/Vietnam Airlines) terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang (LPQ).

Luang Prabang secara puratanya memerlukan 2 hingga 3 hari sahaja untuk diterokai secara santai. Disebabkan saiz perbandarannya yang kecil, ia selalunya digabungkan sebagai sebahagian daripada persinggahan atau multi-city itinerary.

Ini adalah gabungan laluan paling standard dan mudah di Laos kerana adanya perkhidmatan kereta api laju Laos-China Railway (LCR).

  • Vang Vieng:

    • Masa Perjalanan: ~50 minit dengan kereta api laju dari Luang Prabang.

  • Vientiane (Ibu Negara Laos):

    • Masa Perjalanan: ~1 jam dari Vang Vieng atau ~2 jam terus dari Luang Prabang.

  • Hanoi (Vietnam)

    • Masa Perjalanan: ~1 jam 15 minit penerbangan terus dari Luang Prabang ke Hanoi (HAN).

 

bukit phousiHanoikuang si waterfalllaosluang prabangtempat menarikvang viengvientianevietnam

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Hotel Mewah Di Batam Serendah RM250 Semalam

Batam seringkali menjadi destinasi popular rakyat Malaysia untuk percutian singkat, membeli-belah dan menikmati makanan …

Krisis Kewangan 2026: Apakah Masa Depan AirAsia?

Isu kedudukan kewangan syarikat penerbangan tambang murah gergasi, AirAsia, kini menjadi bualan hangat dan menimbulkan …

Percutian Sesak! Tarikh Waktu Puncak Yang Wajib Dielakkan

Pemilihan tarikh yang tepat memainkan peranan penting dalam menentukan keselesaan sesuatu perjalanan. Bagi mengelakkan …

7 Tempat Best di Bandung 2026

Bandung memang tak pernah mengecewakan! Sama ada anda gilakan aktiviti ekstrem, pemandangan alam semula jadi yang …

Kenapa Wajib Ambil Takaful Perjalanan Bila ke Luar Negara?

Setiap orang mengimpikan percutian yang tenang dan mendamaikan bila melancong ke luar negara. Kita hanya merancang, Allah …

Tempat Menarik di Vietnam Selain Phu Quoc

Dah banyak kali melancong ke Indonesia dan Thailand? Mungkin sudah tiba masanya untuk anda beralih arah ke Vietnam pula. …