1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Nak ke Zhangjiajie? Ini Perkara Wajib Tahu!

Zhangjiajie yang terletak di wilayah Hunan, China sememangnya terkenal dengan lanskap tiang batu pasir gergasi yang menjadi inspirasi filem Avatar. Destinasi ini sangat menakjubkan untuk aktiviti healing dan menikmati keindahan alam semula jadi tetapi ia mempunyai cabaran fizikal serta fasiliti tersendiri.

Daya Tarikan Utama

  • Gunung Tianmen (Tianmen Mountain): Menawarkan pengalaman menaiki cable car antara yang terpanjang di dunia, laluan kaca (Skywalk) di tepi tebing curam dan pemandangan lubang gergasi Tianmen Cave (Heaven’s Gate).

  • Tangga Gunung Tianmen Stairway to Heaven: Terdapat 999 anak tangga yang menghubungkan tapak platform bawah terus ke Tianmen Cave. Walaupun terdapat escalator di dalam gunung bagi mereka yang tidak mahu memanjat, anda tetap perlu banyak berjalan dan menuruni/memanjat laluan lain untuk mengelilingi puncak gunung ini.
  • Zhangjiajie National Forest Park (Taman Negara Avatar): Kawasan tiang-tiang batu tinggi menjulang (Bailong Elevator — lif luar bangunan tertinggi di dunia) yang memberikan pemandangan seolah-olah berada di planet asing.

  • Jambatan Kaca Zhangjiajie: Jambatan lantai kaca gergasi yang merentasi jurang melepasi pemandangan kanyon di bawah yang spektakular.

  • Gua Huanglong & Baofeng Lake: Lokasi santai menyusuri tasik dengan bot sambil menikmati keindahan stalaktit dan stalagmit di dalam gua.

  • Zipline Kanyon Zhangjiajie: Terletak berdekatan dengan jambatan kaca. Walaupun terdapat lebih lima zipline disediakan namun jika anda datang pada salah waktu, anda perlu menunggu lebih kurang sejam untuk merasai permainan ini. Tertakluk kepada keadaan cuaca (akan ditutup jika hujan lebat atau angin terlalu kencang).

Golongan yang Tidak Sesuai Mengikuti Trip Ini

  • Sakit Kaki, Menggunakan Tongkat, Kerusi Roda atau Masalah Lutut: Kebanyakan trek merangkumi perjalanan ribuan anak tangga batu dan laluan pejalan kaki yang sangat panjang. Walaupun terdapat lif dan escalator, jarak berjalan kaki harian amat jauh.

  • Pesakit Semput atau Asma: Aktiviti harian memerlukan stamina yang tinggi kerana banyak laluan mendaki bertangga dan perubahan suhu di kawasan tinggi yang boleh mencetuskan masalah pernafasan.

  • Kanak-kanak Kecil & Warga Emas Kategori Uzur: Penggunaan stroller hampir mustahil di laluan bertangga dan berliku. Anak-kanak mudah letih dan berkemungkinan besar perlu didukung sepanjang perjalanan.

  • Mereka yang Geli/Sukar Adaptasi Tandas Cangkung: Fasa kemudahan awam di kawasan pegunungan kebanyakannya menggunakan tandas cangkung serta keadaan bau yang kurang menyenangkan. Kadang kala tiada pintu yang penuh serta penyediaan tisu dan bekalan air paip yang terhad.

  • Gila Shopping: Zhangjiajie bukan pusat berbelanja seperti Shanghai atau Guangzhou. Barangan yang dijual kebanyakannya cenderamata tempatan, teh dan kraf tangan asas.

  • Musim Puncak Cuti Umum China: Elakkan melancong semasa Golden Week (awal Oktober) atau Tahun Baru Cina kerana kesesakan jalan raya dan beratur panjang di lif/kemudahan boleh memakan masa hingga 3–4 jam.

Jadi, adakah Zhangjiajie termasuk dalam bucket list anda selepas ini? Pastikan anda betul-betul bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum melangkah ke sana. Kalau anda perlukan inspirasi atau panduan destinasi kembara yang lain, jangan lupa ikuti kemas kini blog Solehah Travel! Selamat mengembara!

avatarBaofeng LakechinaGua HuanglongGuangzhouGunung TianmenJambatan Kaca ZhangjiajieShanghaiZhangjiajieZhangjiajie National Forest Parkzipline kanyon

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …

Kena Hantar Balik Malaysia Gara-gara Satu Selfie!

Setiap kali menjejakkan kaki ke lapangan terbang di luar negara, perasaan teruja untuk bercuti pastinya membara. Tangan …

ECRL Dijangka Beroperasi Disember 2026

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini berada di fasa kemuncak persediaan akhir. Setakat Oktober ini, kemajuan …

Berita Baik Buat Kaki Travel! Bas Direct TBS ke Betong (2026)

Bagi penggemar percutian singkat dan santai, wilayah Betong yang terletak di selatan Thailand (bersempadan dengan Pengkalan …