Berita gembira buat pengembara dari Malaysia dan pencinta alam semula jadi! Perjalanan ke Sumatera kini menjadi jauh lebih mudah dan pantas apabila syarikat penerbangan TransNusa melancarkan penerbangan antarabangsa terus julung kalinya bagi laluan Kuala Lumpur (KLIA) ⇌ Bandar Lampung (TKG) bermula Ogos ini.
Pelancaran laluan baharu ini secara rasmi memotong masa perjalanan separuh lebih singkat berbanding sebelum ini yang mana pelancong tidak lagi perlu melakukan penerbangan transit di Jakarta, turun di Palembang dan menaiki kenderaan untuk 2 jam lebih perjalanan mahupun menaiki feri merentasi Selat Sunda.
Setakat ini, TransNusa adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang mengendalikan laluan antarabangsa terus tanpa transit dari KLIA ke Bandar Lampung.
Jadual & Maklumat Penerbangan Harian
TransNusa menawarkan perkhidmatan penerbangan harian (7 hari seminggu) menggunakan pesawat narrow-body yang selesa dengan tawaran tambang promosi bermula serendah RM399 sehala.
Jadual Penerbangan:
-
Bandar Lampung ke Kuala Lumpur (8B 661): Berlepas jam 11:40 pagi (WIB) dan tiba di KLIA jam 2:25 petang (waktu tempatan).
-
Kuala Lumpur ke Bandar Lampung (8B 662): Berlepas jam 4:25 petang (atau 3:00 petang mengikut jadual tertentu) dan tiba di Lampung jam 5:10 petang (WIB).
Rangkaian Penerbangan Terus TransNusa dari Malaysia
Dengan penambahan laluan Bandar Lampung ini, TransNusa kini beroperasi menghubungkan Malaysia ke tiga destinasi utama Indonesia dari Kuala Lumpur:
-
Jakarta (CGK): Penerbangan frekuensi tinggi dari KLIA, Subang (SZB) dan juga Penang (PEN).
-
Bali / Denpasar (DPS): Akses terus ke destinasi pulau antarabangsa.
-
Bandar Lampung (TKG): Laluan terus terbaharu untuk ekopelancongan & aktiviti pantai.
Tiada komen lagi.