1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

5 Tips Penting Elak Kena Scam Bila Travel ke Istanbul

Bagi peminat travel, destinasi mana yang sering bermain di fikiran apabila bajet menjadi kekangan tetapi impian mahu ke luar negara tetap membara? Tahukah anda, jika dikira kos tiket penerbangan, penginapan dan perbelanjaan harian, Istanbul sebenarnya jauh lebih murah berbanding Tokyo atau Osaka. Malah, sebagai pelancong Muslim, Istanbul adalah syurga kerana sumber makanan halal tersangat mudah didapati di mana-mana ceruk jalanan.

Bagaimanapun, di sebalik keindahan Selat Bosphorus dan gahnya seni bina Hagia Sophia, kota metropolitan ini menyimpan satu sisi gelap yang cukup terkenal di kalangan pengembara tegar: Ia adalah lubuk taktik penipuan (scam).

Jika anda pertama kali menjejakkan kaki ke sini tanpa persediaan mental, anda mungkin akan pulang dengan poket yang kering dan hati yang remuk. Golongan scammer di Istanbul sangat licik. Mereka mampu tersenyum manis sambil ‘melapah’ wang saku anda hidup-hidup.

Antara taktik yang paling popular ialah membezakan harga menu antara pelancong asing dan warga tempatan. Malah, banyak kedai sengaja tidak mempamerkan tanda harga pada barangan jualan. Jika mereka melihat anda memakai pakaian berjenama atau membawa kamera mahal, harga barang tersebut boleh melonjak naik berkali ganda daripada harga asal! Lebih parah, barangan premium seperti safron yang mahal pun ada yang tiruan.

Isu pengangkutan dan penginapan juga tidak kurang hebatnya. Teksi di Istanbul terkenal dengan sikap enggan menggunakan meter. Mereka mungkin bersetuju dengan satu harga pada awalnya, namun menukar harga tersebut di pertengahan jalan, malah ada kes pemandu membawa rakan untuk mengugut penumpang sekiranya enggan membayar jumlah yang tidak masuk akal.

Bagi yang gemar menempah Airbnb, taktik memberikan alasan tipikal seperti “rumah ada masalah leaking” atau “ada renovation” saat akhir sering digunakan untuk menukar rumah tempahan anda yang cantik kepada unit yang jauh lebih daif dan tidak selesa.

Tips Penting Elak Kena Tipu di Istanbul

Bagi memastikan percutian anda tidak bertukar menjadi mimpi ngeri, pastikan anda mengamalkan tips ini:

  • Gunakan Pengangkutan Awam atau Aplikasi e-Hailing: Elakkan menahan teksi kuning di tepi jalan secara melulu. Gunakan rangkaian trem dan metro yang sangat efisien atau tempah kenderaan melalui aplikasi rasmi seperti Uber supaya harga tambang lebih telus.

  • Jangan Usik Jika Tak Berniat Membeli: Peniaga di beberapa kawasan tumpuan boleh menjadi sangat agresif dan marah-marah jika anda memegang atau mencuba barang tetapi akhirnya tidak membeli.

  • Sahkan Harga Sebelum Memesan Hidangan: Sentiasa minta menu yang mempunyai harga bercetak yang jelas. Jika ragu-ragu, sahkan harga akhir dengan pelayan sebelum makanan dihidangkan.

  • Pilih Hotel Sahih Terus Daripada Rangkaian Dipercayai: Untuk mengelakkan taktik penukaran rumah saat akhir oleh hos Airbnb, buat tempahan terus dengan pihak hotel yang mempunyai reputasi baik. Sebaiknya, pilih lokasi yang landai kerana bentuk muka bumi Istanbul sangat berbukit dan memenatkan untuk berjalan kaki.

  • Travel Bersama Tour Guide yang Berpengalaman: Cara paling selamat adalah dengan mengikuti trip berkumpulan yang diuruskan oleh agensi pelancongan di Malaysia. Mereka dah menyediakan sekali khidmat Tour Guide tempatan yang dipercayai. Pastikan pengurus trip anda jenis yang tegas mempertahankan hak peserta dan menolak komisyen pekedai bagi memastikan anda mendapat harga barangan yang paling murah dan tulen.

  • Bermain Mata: Sebaiknya cuba mengelak memandang mata jika terserempak dengan mereka walaupun mereka menghadiahkan senyuman. Ini kerana pernah terjadi kes pelancong Malaysia dipukau apabila bersikap ramah.
  • Sewa Rumah: Selain daripada masalah Airbnb, bagi golongan wanita, anda disarankan untuk tidak percaya sepenuhnya jika ditawarkan menyewa rumah dengan harga yang murah. Ditakuti, anda akan serumah dengan lelaki yang tidak dikenali.

Kesimpulan

Pada akhirnya, Istanbul tetap sebuah kota magis yang sangat berbaloi untuk dilawati sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Jangan biarkan ketakutan pada scammer memadamkan impian anda. Kuncinya mudah sahaja. Melancong dengan berilmu. Buat kajian serba sedikit sebelum ke sana. Sekurang-kurangnya anda tahu apakah risiko yang perlu dielakkan.

istanbuljepunOsakascammerSolehah TravelTips TravelTokyo

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Selatan Thailand sekali lagi dilanda cuaca ekstrem apabila hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu mencetuskan …

Pelabuhan Sanglang Perlis: Alternatif Baharu Ke Langkawi

Bagi penduduk di kawasan utara tanah air dan para pelancong yang sering berkunjung ke Pulau Langkawi, berita pembangunan …

Pakej Vietnam: Panduan & Itinerary Hanoi Sapa Halong Bay

Dah alang-alang berjalan ke luar negara, apa kata 'tapau' terus tiga destinasi dalam masa lima hari sahaja. Terokai …

Syarikat Penerbangan Baharu di KLIA 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyaksikan momentum pertambahan laluan udara antarabangsa yang amat …

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …