Trend slow travel memang tengah naik mendadak sekarang dan semakin mendapat tempat di hati ramai pengembara.
Kalau dulu orang melancong gaya touch and go—kejar check-in 5-6 tempat ikonik dalam satu hari semata-mata untuk bergambar tetapi sekarang fokusnya dah berubah. Ramai yang dah mula penat dengan cara begitu.
Berikut adalah sebab utama mengapa slow travel semakin menjadi pilihan berbanding pelancongan konvensional:
1. Pentingkan Kualiti Dari Kuantiti
Slow travel bukan tentang berapa banyak negara atau bandar yang kita boleh tanda dalam senarai pasport tetapi tentang sejauh mana kita menyelami setiap satu tempat. Bukankah lebih seronok jika kita menjejakkan kaki ke negara luar bukan sahaja untuk berjalan-jalan malah dapat belajar tentang budaya dan komuniti di sesuatu tempat.
Contohnya, ada yang memilih untuk tinggal seminggu di satu kawasan (contohnya di perkampungan seberang atau pekan kecil), belajar masak makanan tempatan, melakukan aktiviti masyarakat setempat dan berborak dengan penduduk asal. Pengalaman ini jauh lebih mahal nilainya. Malah di dalam negara juga ada individu yang menawarkan pakej sebegitu khususnya buat anak-anak muda untuk kembali semula mengenal ‘alam’.
2. Penat Melampau Vs. Ketenangan Jiwa
Kehidupan seharian kita dah cukup pantas dan penuh tekanan. Cukuplah burnout di pejabat. Jadi, apabila melancong, ramai yang tak sanggup lagi nak hadapi jadual perjalanan yang padat dan terkejar-kejar dari jam 7 pagi sampai 10 malam. Slow travel memberi ruang untuk pelancong bangun pagi tanpa penggera, menikmati secawan kopi di balkoni rumah penginapan dan hanya berjalan tanpa jadual yang padat. Ia adalah satu bentuk self-care yang jarang orang ramai ambil peduli.
Solehah Travel banyak menyediakan trip santai seperti Pontianak-Mempawah-Singkawang. Dalam masa 4 hari 3 malam, banyak habiskan masa melihat keindahan seni bina masjid, istana lama, bangunan lama, menikmati kulinari tempatan yang berbeza, membeli-belah dan pastinya tempat penginapan yang dekat dengan kawasan tarikan untuk anda singgah berjalan kaki di malam hari.

3. Kesedaran Tentang Kelestarian
Pelancong zaman sekarang (terutamanya Gen Z dan Millenial) lebih prihatin tentang impak mereka kepada alam sekitar dan ekonomi setempat.
Daripada naik penerbangan domestik yang kerap, mereka lebih rela naik kereta api atau bas untuk menikmati pemandangan yang sememangnya memukau pandangan.
Mereka lebih suka berbelanja di kedai runcit kecil, pasar malam atau menggunakan khidmat pemandu pelancong tempatan dengan niat untuk membantu komuniti di situ.
4. Nilai Pulangan Wang (Value for Money)
Walaupun nampak macam duduk lama di satu tempat itu mahal, hakikatnya slow travel boleh jadi lebih menjimatkan. Kos pengangkutan (penerbangan, tiket bas atau sewa kereta antara bandar) biasanya adalah komponen paling mahal dalam bajet travel. Dengan mengurangkan pergerakan agresif dan tinggal lebih lama di satu tempat, pelancong boleh jimat banyak, malah boleh dapat diskaun penginapan jangka masa panjang (seperti mingguan/bulanan).
Kesimpulannya, slow travel bukan lagi sekadar trend sementara tetapi sudah bertukar menjadi satu anjakan budaya (cultural shift) dalam industri pelancongan. Pengembara masa kini mahukan connection, penceritaan yang bermakna, musafir yang bermanfaat serta kepulangan ke tanah air dalam keadaan yang benar-benar segar.









Tiada komen lagi.