1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Pengalaman ngeri sangkut di imigresen Korea

Setiap kali ke luar negara, adakah anda akan memeriksa passport setiap kali keluar dan masuk negara tersebut?

Benda macam ni memang nampak remeh tapi impak dia boleh buat burn duit beribu ringgit kalau kena reject masuk negara macam Korea atau Jepun.

Sebenarnya, isu missing stamp atau cop tak lengkap ni memang nightmare paling ngeri buat traveller. Bukan setakat isu overstay je. Kalau tak ada cop keluar, imigresen negara seterusnya akan anggap kita masuk negara mereka secara haram atau ada rekod yang tak clear.

Seperti mana perkongsian @themohdafiqq di Thread baru-baru ini yang mana rakannya ‘tersangkut’ di imigresen Korea dan ditahan untuk soal siasat. Pegawai buat pemeriksaan di sistem dan mendapati rakannya ada rekod overstay di Thailand.

Bila tengok passport tu, rupa-rupanya dia tak cop keluar masa balik bercuti dari Siam hari tu!

Untuk sesiapa yang tengah belek passport lepas baca ni, ini antara check-list yang korang kena buat sebelum merancang percutian seterusnya:

  1. Kira ‘pasangan’ cop

Setiap kali masuk sesebuah negara, mesti kena ada cop masuk dan cop keluar. Kalau anda pergi ke Thailand, pastikan ada cop masuk dari imigresen Thailand dan bila balik, pastikan ada cop keluar dari mereka. Jangan main jalan je lepas dapat passport tu.

  1. Check tarikh & lokasi

Kadang-kadang pegawai tersilap set tarikh pada cop tu. Kalau tarikh keluar lebih awal dari tarikh masuk, memang haru-biru dalam sistem tu nanti. Pastikan tarikh tu betul-betul sama dengan tarikh keberadaan anda di sana.

  1. Simpan bukti digital/fizikal

Biasanya bila dapat benda ni, kita akan buang. Tiket flight (boarding pass) atau itinerary sangat menyelamatkan nyawa.

  • Simpan e-boarding pass dalam telefon bimbit atau dalam beg (hard copy).
  • Jangan terus buang slip imigresen (macam slip TM6 Thailand dulu-dulu).
  1. Isu autogate

Sekarang banyak negara dah pakai autogate (termasuk Malaysia). Sistem ini tak perlukan cop fizikal. Tapi, kalau anda masuk secara manual (guna kaunter), WAJIB pastikan pegawai tu cop. Kalau guna autogate dan risau, boleh minta pegawai di kaunter bantuan untuk sahkan rekod dah masuk dalam sistem.

Tips tambahan untuk yang selalu ke Thailand (terutama area Danok/Padang Besar): Wajib kena kira cop! Tambahan pula anda guna kenderaan sendiri, prosedurnya berbeza sedikit sebab ada dokumen kenderaan lagi nak kena settle.

Kesian juga member yang sangkut tu. Jadikan pengajaran untuk kita semua. Belek passport tu setiap masa ya. Kali ini, kena jadi lebih teliti.

myborderpasscop passportautogateRhailandSolehah TravelPadang Besardanokpassportimigresen

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Flight Delay Apa Nak Buat? Kenali Hak Penumpang (MACPC)

Kebelakangan ni banyak sangat isu flight delayed, suspended atau pun dibatalkan. Bagi kaki travel, situasi ini bukan ...

Dilarang Guna Gambar AI Permohonan Online Pasport Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) baru-baru ini mengeluarkan peringatan tegas buat seluruh rakyat Malaysia agar menggunakan ...

Viral Kena Bayar Hampir RM400 Parkir di LTCP KLIA

Heboh di sosial media baru-baru ini yang mana seorang pengguna Long Term Car Park (LTCP) KLIA meluahkan rasa terkejut dan ...

Wajib isi Digital Arrival Card Vietnam mulai April 2026

Siapa sangka, kini nak masuk ke Vietnam dah jadi seiring dengan kecanggihan negara seperti Korea Selatan dan Jepun! Kalau ...

6 pilihan syarikat penerbangan selain Air Asia

Memilih syarikat penerbangan yang tepat bukan hanya soal harga tetapi tentang nilai yang anda dapat dengan wang yang ...

Inovasi Prayer Space di Okayama, Pemudah Urusan Untuk Solat

Bayangkan anda berada di sebuah pekan kecil di luar bandar Jepun, dikelilingi keindahan seni bina kayu dan ketenangan alam, ...