1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Flight Ke Timur Tengah Kena Cancel? Ini Cara Dapatkan Refund

Masing-masing dah semangat nak sambut lebaran di luar negara. Ada yang trip sekeluarga bawa mak ayah sekali, ada juga yang nak ziarah ahli keluarga di negara tersebut namun semua impian itu terpaksa dilupakan dek kerana krisis geopolitik yang berlaku di Timur Tengah sekarang ini.

Tiket penerbangan boleh dapat refund tapi modal yang telah dikeluarkan untuk pengangkutan dan penginapan mungkin tidak dapat semula sepenuhnya modal yang telah dikeluarkan.

Berita baik buat masa ini

Bagi anda yang telah menempah penerbangan dengan Emirates untuk perjalanan sehingga 31 Mac 2026, ada berita yang melegakan.

Pihak Emirates telah mengumumkan polisi fleksibel untuk melakukan rebooking atau meminta refund penuh. Selain refund ke kad asal, mereka juga memberi pilihan untuk memasukkan nilai tersebut ke dalam akaun atau travel voucher yang boleh digunakan sehinggan hujung tahun ini.

Bukan itu sahaja, syarikat penerbangan lain seperti Etihad juga sangat efisien dalam memproses pemulangan wang. Ada antara ‘mangsa’ awal yang penerbangannya dibatalkan pada 1 Mac lepas. Walaupun keadaan nampak buntu pada mulanya, alhamdulillah, wang berjumlah RM3,000 berjaya dipulangkan sepenuhnya ke akaun dalam masa tak sampai 24 jam!

Tips Penting: Jangan Silap Klik!

Satu pesanan penting bagi penumpang Emirates: Jangan lakukan refund melalui menu ‘Manage Booking’ di aplikasi atau website mereka. Sistem tersebut selalunya diprogramkan untuk mengenakan caj penalti pembatalan secara automatik.

Sebaliknya, gunakan pautan khas Refund Request Form yang disediakan untuk memastikan anda mendapat kembali wang tanpa sebarang potongan yuran.

Bagaimana Kalau Beli Melalui Trip.com atau OTA?

Bagi anda yang membeli tiket melalui pihak ketiga seperti Trip.com, prosedurnya sedikit berbeza namun tetap boleh dilakukan. Anda perlu memohon melalui borang rasmi syarikat penerbangan terlebih dahulu.

Kunci utamanya ialah sabar. Pastikan status penerbangan anda dalam sistem Online Travel Agency (OTA) bertukar kepada ‘Cancelled’ terlebih dahulu, barulah butang ‘Full Refund’ akan muncul secara automatik.

Perlindungan Tambahan: Peranan Insurans Perjalanan

Ramai yang bertanya, adakah insurans cover kes sebegini? Berita baik buat pemegang polisi Etiqa TripCare 360, mereka telah mengesahkan perlindungan untuk gangguan perjalanan (travel disruptions) akibat situasi di Timur Tengah.

Perlu difahami bahawa insurans biasanya tidak membayar balik harga tiket (kerana itu tanggungjawab syarikat penerbangan) tetapi mereka melindungi anda dari segi kesulitan perjalanan. Ini termasuklah pampasan untuk kelewatan atau kerugian lain yang berlaku di luar zon konflik. Jadi, pastikan insurans anda sentiasa dikemas kini!

Pesanan Penting: Keselamatan Adalah Keutamaan

Melihat kepada situasi semasa yang masih tidak menentu, adalah lebih baik agar anda menangguhkan terlebih dahulu sebarang rancangan perjalanan ke wilayah Timur Tengah buat masa ini.

Pihak Wisma Putra sendiri telah mengeluarkan peringatan rasmi kepada seluruh rakyat Malaysia supaya mengelakkan atau menangguhkan perjalanan ke sana selagi konflik belum reda sepenuhnya.

Malah, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan penerbangan sewaan khas melalui Malaysia Airlines (MAS) khusus untuk membawa pulang rakyat kita yang terkandas di zon terlibat.

Bagi kami, keseronokan bercuti tidak bermakna tanpa jaminan keselamatan. Biarlah kita bersabar seketika demi kesejahteraan diri dan keluarga tersayang. Solehah Travel mendoakan semoga segala urusan anda semua yang terkesan dipermudahkan.

asia baratemiratesetihadetiqa teripcare 360flight cancelgeopolitikiranisraelperangtimur tengahwar

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …

Kena Hantar Balik Malaysia Gara-gara Satu Selfie!

Setiap kali menjejakkan kaki ke lapangan terbang di luar negara, perasaan teruja untuk bercuti pastinya membara. Tangan …

ECRL Dijangka Beroperasi Disember 2026

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini berada di fasa kemuncak persediaan akhir. Setakat Oktober ini, kemajuan …

Berita Baik Buat Kaki Travel! Bas Direct TBS ke Betong (2026)

Bagi penggemar percutian singkat dan santai, wilayah Betong yang terletak di selatan Thailand (bersempadan dengan Pengkalan …