1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Nak travel tapi poket nipis

Ramai yang menyangka bahawa untuk melihat keindahan dunia, seseorang itu perlu memiliki simpanan yang melimpah-ruah. Hakikatnya, kembara bukan tentang berapa banyak wang yang anda belanjakan tetapi tentang betapa bijaknya anda menguruskan sumber yang ada.

Tahukah anda, terdapat beberapa strategi yang boleh mengubah cara anda mengembara daripada seorang pelancong biasa kepada seorang pengembara tegar yang bijak.

  1. Kuasa fleksibiliti: Everywhere adalah destinasi

Salah satu kesilapan terbesar pengembara adalah menetapkan satu destinasi dan satu tarikh yang tidak boleh diubah. Jika anda ingin menjimatkan wang, jadikan fungsi everywhere sebagai kawan baik anda.

Kadangkala, tiket ke destinasi yang tidak pernah anda fikirkan mungkin sebuah bandar kecil di Yunnan atau pesisir pantai di Kalimantan jauh lebih murah dari destinasi popular yang sedang tular.

Fleksibiliti tarikh juga memainkan peranan penting. Memilih untuk terbang pada hari bekerja berbanding hujung minggu atau cuti sekolah selalunya memberikan perbezaan harga yang mampu membiayai penginapan anda untuk dua malam tambahan. Betul tak?

  1. Strategi set alert dan tempahan awal

Harga tiket penerbangan seperti pasaran saham; ia berubah mengikut saat. Anda perlu rajin untuk cuci mata melalui aplikasi di telefon bimbit anda setiap hari.

Untuk jimat masa, anda bolej ikuti group Whatsapp atau Telegram tentang tiket murah. Mereka rajin update promosi terbaharu.

Apabila harga turun, itu adalah isyarat untuk anda bertindak. Sebab itu, pentingnya konsep tidak kisah ke mana sekali pun yang penting harga tiket murah. Selesai beli tiket, baru boleh fikir tentang hal lain seperti penginapan, aktiviti dan perbelanjaan di sana.

  1. Kurangkan beban, lebihkan wang

Kita sering terjebak dalam tabiat membawa pakaian yang akhirnya tidak dipakai langsung. Mungkin disebabkan pertama kali pergi ke destinasi tersebut. Sebab itu, anda perlu cari tentang cuaca di lokasi berkenaan.

Membawa bagasi kabin sahaja bukan sahaja memudahkan pergerakan anda di lapangan terbang tetapi ia menghapuskan kos bagasi berbayar yang semakin meningkat.

Cubalah teknik capsule wardrobe yang mana pilih pakaian yang mudah dipadankan antara satu sama lain. Cuma, anda tiada pilihan lain untuk musim sejuk. Memang perlu bawa baju yang banyak.

Wang yang dijimatkan daripada kos bagasi boleh dialihkan untuk menikmati hidangan tempatan atau pun berbelanja untuk ahli keluarga di tanah air.

  1. Makan seperti orang lokal

Tips yang paling berkesan untuk menjimatkan bajet adalah dengan menjauhi restoran yang mempunyai menu dalam bahasa Inggeris di kawasan tumpuan pelancong.

Sebaliknya, carilah yang mana penduduk tempatan berkumpul. Kedai makan di lorong-lorong kecil atau pasar malam sering menawarkan rasa yang paling autentik dengan harga yang jauh lebih rendah.

Ada juga homestay atau Airbnb yang menawarkan konsep makan bersama pemilik rumah tersebut. Walau bagaimana pun, sebagai seorang Muslim, anda perlu memastikan semua menu tersebut adalah halal.

  1. Manfaatkan teknologi dan aplikasi

Di zaman digital ini, maklumat adalah kuasa. Gunakan aplikasi untuk memantau pengangkutan awam tempatan berbanding bergantung kepada teksi.

Di sesetengah wilayah, aplikasi pelepasan imigresen digital atau kad pengangkutan pintar boleh menjimatkan masa dan wang anda.

Anda juga boleh merancang awal dengan menempah tour guide atau pemandu tempatan terlebih dahulu sebelum ke sana.

Kesimpulan

Kembara bijak memerlukan sedikit kajian dan kesabaran. Dengan merancang lebih awal, kekal fleksibel dan berani mencuba untuk mengembara pastinya banyak membantu menjimatkan poket anda. Selain itu, anda juga boleh membuat bayaran ansuran di Solehah Travel selepas membuat pembayaran deposit destinasi terpilih.

bajet ala b40m40t20tips traveltravel bajettravel bajettravel jimat

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …

Kena Hantar Balik Malaysia Gara-gara Satu Selfie!

Setiap kali menjejakkan kaki ke lapangan terbang di luar negara, perasaan teruja untuk bercuti pastinya membara. Tangan …

ECRL Dijangka Beroperasi Disember 2026

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini berada di fasa kemuncak persediaan akhir. Setakat Oktober ini, kemajuan …

Berita Baik Buat Kaki Travel! Bas Direct TBS ke Betong (2026)

Bagi penggemar percutian singkat dan santai, wilayah Betong yang terletak di selatan Thailand (bersempadan dengan Pengkalan …