Siapa peminat filem Hindustan pasti termimpi-mimpi nak jejak kaki ke bumi Kashmir. View gunung bersalji yang cantik, cuaca sejuk yang mendamaikan serta nak rasa sendiri syurga makanan di sana.
Sebelum anda datang ke sini, anda perlu tahu dahulu sedikit sebanyak tentang Kashmir.
- Kena tukar flight
Selalunya pelancong akan mengambil flight dari KLIA ke New Delhi. Lepas tu sambung pula domestic flight ke Srinagar. Bila sampai ke New Delhi, memang agal cultural shocked sebab bising, sibuk dan penuh dengan manusia. Rasa agak serabut. Tapi bila jejak kaki di Kashmir terus rasa hati jadi tenang.
- Majoriti Muslim
Masa pertama kali sampai sini, agak terkejut kerana di mana-mana sahaja terdapat surau dan masjid. Hampir kesemua kedai makan ada surau jadinya memudahkan untuk menunaikan solat fardhu. Tak perlu nak solat di kaki lima atau di lorong. Majoriti penduduk sini Muslim, nak cari makanan yang halal pun senang.
- Masih mundur
Kashmir sebenarnya underrated. Bukan tempat moden, glam dan fancy. Walaupun ia dikenali seluruh dunia tetapi banyak sudut yang masih mundur dikatakan bahaya oleh dunia luar. Jangan terkejut apabila anda akan melihat askar India bersenjata di merata tempat. Mereka berdiri di highway, airport bahkan di pasar juga tidak terkecuali. Kashmir ini wilayah rebutan kuasa besar. Ekonomi pun bergantung pada pertanian dan pelancongan sahaja.
- Musim yang sesuai
Jika anda mahu bermain salji, disarankan untuk ikut trip pada bulan Disember hingga Januari. Manakala bulan Mac dan April adalah peralihan ke musim bunga. Masih lagi boleh merasa snowfall jika bernasib baik. Musim bunga pun sejuk okay! Masih kena pakai baju sejuk cuma tak perlu lah enam lapis seperti musim salji.
- Kena cukup fit
Sebelum dapat melihat gunung bersalji ni, anda perlu bersedia mental dan fizikal kerana perlu berjalan banyak terutama ketika di lapangan terbang New Delhi. Kawasannya sangat besar. Lebih besar dari KLIA. Ada 78 gates. Kalau dapat gate yang paling hujung memang ketar lutut juga lah nak berjalan. Tu belum lagi nak panjat kawasan berbukit untuk dapatkan view cantik.
- Komunikasi terhad
Kashmir under strict control kerajaan India jadinya pelancong tak boleh semudah itu nak beli simcard. Kena daftar, ambil gambar, daftar alamat semua bagai. TikTok pun tak boleh access. Selalunya orang pinjam simcard local guide. Nak lagi mudah, ikut trip Solehah Travel je. Kami siapkan untuk anda. Dari segi percakapan, rata-rata penjual dan penduduk di situ fasih berbahasa Inggeris. Ada juga yang pandai berbahasa Melayu mungkin kerana ramai orang Malaysia ke sana.
- Wang tunai
Sebaik sahaja anda sudah booking pakej ke Kashmir, perkara utama yang perlu anda lakukan ialah menukar wang ringgit kepada rupee. Kalau ada duit kecil lebih baik kerana di sana anda perlu bersedia dengan budaya tipping yang berleluasa. Buat aktiviti menaiki kuda, angkat beg semua kena ada tipping. Urusan jual beli pula anda perlu pandai bargain kerana mereka suka ‘berdebat’ dengan pembeli. Kalau anda berjaya mendapat harga murah maka itu memang rezeki anda.
INFO TAMBAHAN: Dari segi keselamatan, surprisingly Kashmir sangat mesra pelancong. Mereka sangat sopan, baik dan menghormati kita. Anda akan melihat ramai lelaki menjadi penjual kerana mengikut budaya mereka, wanita perlu berada di rumah.
Kalau anda rasa malas atau takt ahu nak DIY untuk ke Kashmir, jom lah booking dengan Solehah Travel. RM3990 sahaja seorang untuk 7 hari 5 malam termasuk tiket penerbangan. Kami kasi settle semua. Anda datang bawa duit belanja je.
Tiada komen lagi.