1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Do’s & Don’t penting untuk elak masalah di negara orang

Seronok tak terkata bila dapat peluang untuk melancong ke luar negara. Setahun sekali pun cukup lah yang penting dapat pengalaman yang berharga.

Tetapi dalam keterujaan itu perlu berhati-hati apatah lagi jika anda baru pertama kali menjejakkan kaki ke negara tersebut.

Bila membuat carian di sosial media, ramai yang cakap okay sebab kadang-kadang mereka tak kongsi kisah sebenar. Untuk lebih selamat, ikut beberapa guideline ini:

  • Hormat budaya tempatan

Setiap negara ada sensitiviti yang berbeza. Ada tempat yang tak boleh bising dalam public transport, ada yang kena berpakaian sopan, ada yang tak boleh sentuh kepala orang, ada yang kena tepati masa dan ada juga yang pantang sentuh benda-benda suci macam altar atau religious items. Bila kita faham dan respect peraturan macam ni, bukan saja kita elakkan diri daripada kena marah tapi warga tempatan pun akan lebih appreciate kehadiran kita.

  • Ayat asas

Seterusnya, cuba belajar basic words dalam bahasa negara tu. Tak payah ayat yang panjang. Sekadar tahu thank you, kamsahamnida, arigatou gozaimasu, khop khun pun dah cukup buat warra tempatan senyum. Simple effort macam ni boleh buat traveller nampak lebih approachable dan biasanya orang tempatan akan lebih ‘selesa’ bila kita cuba guna bahasa mereka walaupun tatabahasa hancur sikit.

  • Salinan digital

Passport, hotel booking, insurance, flight ticket, semua tu kena ambil gambar dan simpan dalam phone atau cloud. Kalau hilang passport atau beg dicuri sekurang-kurangnya kita ada backup untuk mudahkan proses. Ini ramai travellers lupa buat tapi sebenarnya penyelamat terbesar bila kita berada di negara orang. Walaupun kita dah pernah melancong banyak negara tetapi kehilangan barang-barang penting ini kerap juga berlaku.

  • Jaga adab dan adat

Bila memasuki tempat-tempat bersejarah seperti makam, istana lama atau candi perlu hormat adat yang telah ditetapkan. Jangan pakai langgar je. Kita tak tahu apa pantang larang yang penduduk setempat tidak lakukan di situ. Begitu juga bila memasuki rumah ibadah, kalau kena buka kasut maka lakukan sedemikian. Jangan bising, jangan ambik gambar tanpa izin dan jangan sentuh barang keagamaan sembarangan. Kadang-kadang dah ada arahan jangan sentuh tapi pelancong tetap juga gatal tangan nak pegang.

  • Wang dan barang mahal

Selain itu, jangan tunjuk duit atau barang mahal di tempat terbuka terutama yang ramai orang. Di Malaysia mungkin kita rasa selamat dan tiada masalah tetapi bila berada di negara luar, kita tak tahu bagaimana budaya masyarakat sana. Pickpocket memang target pelancong yang nampak wealthy or careless. Jadi, elakkan menjadi walking target.

Kesimpulannya, melancong luar negara memang bagi kita peluang besar untuk belajar, explore, dan grow as a person. Tapi yang paling penting, kita jaga adab, perangai dan hormat orang lain. Bila kita respect negara orang, biasanya mereka akan respect kita balik. Travel experience pun akan menjadi lancar dan bermakna.

INFO TAMBAHAN: Biasanya tour leader atau tour guide akan beritahu perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan di sesuatu kawasan. Kena ikut arahan ya. Kalau malas nak study atau buat kajian awal untuk ke destinasi tersebut, jom lah ikut trip dengan Solehah Travel. Kami memang ada tour leader dan tour guide yang berpengalaman.

Solehah Traveltriptraveltour guidetour leaderdo'sdont'soverseasTips Travelluar negaraTips Bercuti

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

6 sebab baucer percutian adalah hadiah ulang tahun terbaik

Setiap kali ulangtahun perkahwinan mesti setiap orang buntu tak tahu nak bagi hadiah apa untuk pasangan ...

6 pulau tercantik di Malaysia untuk lari dari cuaca panas!

Laporan terkini mengatakan terdapat beberapa kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 1 (Berjaga-jaga dengan suhu maksimum ...

6 destinasi paling sejuk di Indonesia

Cuasa panas sekarang ini menyebabkan ramai orang nak mencari udara sejuk tapi rasa dah bosan pula pergi Genting Highlands ...

Soekarno-Hatta kini 22 terbaik dunia

Sekadar menggantikan lapangan terbang lama yang sesak pada 1985, kepada sebuah hab yang kini diiktiraf di peringkat dunia, ...

6 Hotel Dengan Mini Waterpark Bawah RM300 Di Malaysia!

Macam-macam masalah yang timbul sekarang ini yang melibatkan penerbangan ke luar negara. Bagi anda yang tak mahu pening ...

Isu catuan minyak di Thailand. Apa yang pelancong kena tahu?

Krisis geopolitik di Timur Tengah sekarang ini makin meruncing apabila ada negara yang terpaksa mengambil inisiatif untuk ...