1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Perbezaan tour guide dan tour leader.

Bunyi macam sama tapi sebenarnya berbeza. Ramai yang keliru apakah tugasan tour guide dan tour leader. Kedua-duanya memang kerja dalam industri pelancongan, bawa orang berjalan tapi sebenarnya tugas, peranan dan undang-undang yang terlibat sangat berbeza. Kalau silap faham, bukan sahaja boleh menyusahkan pelancong malah boleh menyebabkan seseorang dikenakan tindakan undang-undang di luar negara.

Apa itu tour guide?

Tour guide ialah pemandu pelancong berlesen. Mereka perlu ada lesen khas yang dikeluarkan oleh kerajaan negara tersebut. Sebab itulah tour guide bukan sekadar bercerita tentang sesuatu tempat tetapi mereka sebenarnya:

  • Dibenarkan secara sah untuk memberi penerangan sejarah, budaya dan fakta di destinasi terpilih.
  • Memiliki sijil dan latihan profesional. Untuk dapatkan sijil, memerlukan kos yang tinggi dan juga praktikal di lapangan. Sebab itu, sijil ini sangat berharga.
  • Mempunyai hak undang-undang untuk guide di lokasi tertentu seperti muzium, tapak sejarah, taman negara dan kawasan warisan.

Di kebanyakan negara, syaratnya ketat. Contoh: Thailand, Vietnam, Korea, Turki, Jepun dan beberapa negara Eropah memang melarang pemandu asing daripada menjadi tour guide berbayar tanpa lesen tempatan. Kalau tertangkap, dendanya boleh mencecah ribuan ringgit, malah ada negara yang mengenakan sekatan tidak boleh masuk semula ke negara terbabit untuk tempoh tertentu.

Apa itu tour leader?

Tour leader pula ialah ketua rombongan atau pengiring kumpulan dari agensi pelancongan. Tugas mereka lebih kepada:

  • Mengurus jadual perjalanan.
  • Pastikan semua ahli rombongan hadir dan selamat.
  • Urus check-in hotel, airport, tiket, pengangkutan, makan dan komunikasi dengan ground handler.
  • Menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku sepanjang trip.
  • Mengubah itenary trip mengikut kesesuaian cuaca atau pun keadaan.

Tour leader tak perlu lesen tour guide tempatan dan tak dibenarkan (secara undang-undang) memberi penerangan tentang sejarah lokasi. Mereka hanya mengurus logistik dan memastikan perjalanan berjalan dengan lancar. Agak kasihan kepada tour leader kerana apabila berlaku masalah melibatkan operator di negara terbabit, mereka yang dipersalahkan.

Boleh ke rakyat Malaysia jadi tour guide luar negara?

Kebanyakan negara tidak membenarkan rakyat asing menjadi tour guide tanpa lessen. Malaysia sendiri pun melarang tour guide luar negara bekerja tanpa lesen tempatan. Kalau rakyat Malaysia pergi luar negara dan bertindak macam tour guide tanpa lesen, risiko yang boleh berlaku termasuk:

  • Didenda oleh pihak berkuasa tempatan.
  • Ditahan untuk soal siasat.
  • Dilarang masuk semula (blacklist).
  • Visa dibatalkan.

Ramai tak sedar, walaupun tour leader cuma nak tolong explain sikit, di sesetengah negara itu pun boleh dianggap melanggar undang-undang.

Kesimpulan

Sebelum melancong ke luar negara, tanya dahulu orang lain yang pernah pergi atau study tentang negara tersebut. Berhati-hati dengan tawaran harga pakej yang diberikan oleh mana-mana individu. Cari yang sah dan berdaftar untuk percutian yang tenang. Solehah Travel berdaftar dengan MOTAC dan tour leader kami dah arif apa yang boleh dilakukan dan apa yang tak boleh.

tour guidetour leaderbeza tour guide dan tour leaderMOTACtravel agencyagensi pelanconganejen agensi pelancongan

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Flight Delay Apa Nak Buat? Kenali Hak Penumpang (MACPC)

Kebelakangan ni banyak sangat isu flight delayed, suspended atau pun dibatalkan. Bagi kaki travel, situasi ini bukan ...

Dilarang Guna Gambar AI Permohonan Online Pasport Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) baru-baru ini mengeluarkan peringatan tegas buat seluruh rakyat Malaysia agar menggunakan ...

Viral Kena Bayar Hampir RM400 Parkir di LTCP KLIA

Heboh di sosial media baru-baru ini yang mana seorang pengguna Long Term Car Park (LTCP) KLIA meluahkan rasa terkejut dan ...

Wajib isi Digital Arrival Card Vietnam mulai April 2026

Siapa sangka, kini nak masuk ke Vietnam dah jadi seiring dengan kecanggihan negara seperti Korea Selatan dan Jepun! Kalau ...

6 pilihan syarikat penerbangan selain Air Asia

Memilih syarikat penerbangan yang tepat bukan hanya soal harga tetapi tentang nilai yang anda dapat dengan wang yang ...

Inovasi Prayer Space di Okayama, Pemudah Urusan Untuk Solat

Bayangkan anda berada di sebuah pekan kecil di luar bandar Jepun, dikelilingi keindahan seni bina kayu dan ketenangan alam, ...