1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

Pasar terapung paling unik di Banjarmasin

Pontianak dan Singkawang kaya dengan budaya tetapi Banjarmasin ni memang lain macam vibe nya. Bandar ni dikelilingi puluhan sungai kecil. Sebab tu ia mendapat jolokan Kota Seribu Sungai.

Masuk je ke sini, korang akan rasa macam bandar ‘hidup’. Dari pagi sampai ke tengah hari, aktiviti harian penduduk memang banyak tertumpu di sungai.

Sebab tu juga Banjarmasin jadi antara destinasi pelancongan paling unik di Kalimantan Selatan. Jika anda menaiki bot teksi, anda akan melalui perkampungan atas air dan dapat melihat kehidupan penduduk di situ.

Ada yang mandi dan membasuh menggunakan air hungai malah kanak-kanak kelihatan seronok bermain kejar-kejar di atas laluan berkayu.

Banyak spot menarik sepanjang laluan sungai dan memang semuanya worth the trip. Antara yang korang wajib singgah pasar terapung Kuin dan pasar terapung Siring

Kredit foto: silver-travellers.com

Pasar terapung Kuin ni bukan biasa-biasa. Dikatakan satu-satunya pasar terapung alami di dunia! Bayangkan, pasar ni dah wujud kira-kira 400 tahun dan terletak betul-betul di muara Sungai Barito. Tapi kena datang awal kerana operasi pasar ni sekejap je dari pukul 5.30 pagi sampai 7.30 pagi.

Peniaga di pasar terapung ini kebanyakannya adalah Muslim. Mereka mula berniaga selepas subuh.

Di sini, korang akan nampak deretan perahu kecil bersilang-silang, penuh dengan sayur, buah, lauk, kuih tradisi Banjar yang mana semua dijual atas air. Memang seronok melihat mereka berniaga dengan sesi tawar-menawar bersama pembeli.

Ada juga peniaga yang mendekati bot pelancong dan mula mempromosi barang jualan mereka.

Satu lagi lokasi yang korang kena singgah ialah pasar terapung Lok Baintan di Desa Sungai Pinang. Lokasi ini memang salah satu highlight paling popular untuk pelancong. Deretan perahu berwarna-warni dan kebanyakannya dikayuh oleh wanita Banjar. Serius Insta-worthy!

Dekat sini, peniaga menjual macam-macam barangan antaranya bahan dapur, peralatan rumah, makanan panas, sampai lah kopi harum yang dibuat fresh atas perahu.

Lepas penat membeli-belah, semestinya kena isi perut dengan menu tradisional iaitu soto Banjar iaitu sup yang dimakan bersama lontong. Jangan lupa untuk rasa juga apam Barabai. Berlemak, lembut dan manis. Biasanya dibungkus dengan daun pisang. Sebungkus mengandungi kira-kira 8-10 keping.

Jika korang minat budaya atau suka beli cenderahati, memang wajib beli kain Sasirangan. Kain tradisional suku Banjar, dibuat melalui teknik pewarnaan rintang seperti batik ikat. Lagi lama tengok, lagi cantik corak dia. Ada banyak motif, antaranya Iris Pudak, Kambang Raja, Bayam Raja, Kulit Kurikit, Ombak Sinapur Karang, Bintang Bahambur, Sari Gading, Kulit Kayu, Naga Balimbur dan banyak lagi.

Pendek kata, Banjarmasin ni bukan tempat untuk jalan-jalan kosong je. Banyak benda boleh dipelajari.

TAMBAHAN: Korang tak tahu macam mana nak pergi sana atau pertama kali nak jejak kaki ke Banjarmasin? Jom lah ikut trip dengan Solehah Travel. Banyak tempat menarik yang kita akan lawati. Pakej Banjarmasin-Martapura 5 hari 4 malam harga bermula RM1499 sahaja seorang. Jom daftar cepat. Trip untuk tahun depan pun dah ada.

Banjarkain SasiranganSolehah Travelejen sah Solehah TravelBanjarmasinkota seribu sungaiLok BaintanKalimantan Selatanpasar terapung Kuinpasar terapung

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Flight Delay Apa Nak Buat? Kenali Hak Penumpang (MACPC)

Kebelakangan ni banyak sangat isu flight delayed, suspended atau pun dibatalkan. Bagi kaki travel, situasi ini bukan ...

Dilarang Guna Gambar AI Permohonan Online Pasport Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) baru-baru ini mengeluarkan peringatan tegas buat seluruh rakyat Malaysia agar menggunakan ...

Viral Kena Bayar Hampir RM400 Parkir di LTCP KLIA

Heboh di sosial media baru-baru ini yang mana seorang pengguna Long Term Car Park (LTCP) KLIA meluahkan rasa terkejut dan ...

Wajib isi Digital Arrival Card Vietnam mulai April 2026

Siapa sangka, kini nak masuk ke Vietnam dah jadi seiring dengan kecanggihan negara seperti Korea Selatan dan Jepun! Kalau ...

6 pilihan syarikat penerbangan selain Air Asia

Memilih syarikat penerbangan yang tepat bukan hanya soal harga tetapi tentang nilai yang anda dapat dengan wang yang ...

Inovasi Prayer Space di Okayama, Pemudah Urusan Untuk Solat

Bayangkan anda berada di sebuah pekan kecil di luar bandar Jepun, dikelilingi keindahan seni bina kayu dan ketenangan alam, ...