1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

Kalau korang tak rasa ‘healing’ di Fish Spa Bombon maknanya ada sesuatu yang tak kena!

Kalau korang tengah cari port healing yang luar biasa di Sabah, apa kata singgah ke Fish Spa Bombon Kampung Marakau, Ranau. Ini tempat istimewa yang boleh buat korang senyum dan hilang tekanan kerja sambil kaki dibelai oleh ikan sungai yang jinak-jinak belaka. Macam kelakar tapi serius, pengalaman dia memang lain macam!

Fish Spa Bombon ni sebenarnya tak jauh pun dari Pekan Ranau dalam 2.5 kilometer je. Kalau dari Kota Kinabalu, perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam setengah tapi percayalah, bila sampai sana, terus rasa berbaloi.

Tempat ni mula dibuka pada tahun 2014 dan uniknya, nama “Bombon” tu berasal daripada konsep Tagal iaitu kawasan larangan memancing. Maksudnya, sungai ni memang dijaga elok oleh penduduk kampung supaya ikan-ikan dalam tu membiak dengan aman.

Sebab tu lah bila datang sini, ikan-ikan tu jinak, tak takut manusia pun. Kau hulur je tangan bagi makan, terus datang mengerumuni seolah-olah faham.

Ikan-ikan di Sungai Mansahaban, memang jernih airnya. Bila pandang ke dasar, nampak jelas pelbagai jenis ikan, termasuk ikan koi berwarna-warni, ikan kelah, lampam jawa, tilapia, sampai belut pun ada! Airnya sejuk, bunyi deruan sungai pun menenangkan. Perfect untuk sesi healing hujung minggu (kalau anda tinggal berdekatan).

Tapi ingat ya, peraturan di sini ketat sikit. Tak dibenarkan mandi, kejar atau tangkap ikan. Cuma boleh celup kaki atau tangan dan rasai sendiri terapi semula jadi yang menenangkan tu. Tiket masuk pun murah je, RM5 sahaja untuk dewasa.

Selain bermain dengan ikan, kawasan sekitar Bombon ni pun menarik. Ada taman rusa yang mana pengunjung boleh bagi makan dan bergambar. Kalau korang sejenis suka aktiviti lasak, boleh terus ke Bukit Dompurungan yang terletak tak jauh dari kampung ni.

Bukit ni setinggi 901 meter dan kalau naik sampai atas, boleh nampak pemandangan Gunung Kinabalu yang megah di kejauhan. Kadang-kadang kalau bernasib baik, boleh juga ‘terserempak’ dengan bunga Rafflesia yang sedang mekar. Memang momen paling mahal tu!

Apa yang buat tempat ni lebih menarik ialah semangat komuniti kampung. Penduduk Marakau sendiri yang urus, jaga dan kembangkan tempat ni sampai jadi tarikan pelancong sekarang. Mereka bukan sekadar jaga ikan, tapi jaga sungai dan juga alam sekitar.

Fish Spa Bombon ni dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Jadi kalau korang tengah plan trip ke Kota Kinabalu, Kundasang dan Ranau, jangan lupa masukkan dalam itinerary. Datanglah sendiri dan rasai terapi semula jadi yang tak akan korang lupakan.

Bukit DompurunganFish SpaFish Spa BombonFish Spa Bombon Kampung MarakauGunung KinabaluRafflesiaRanauSabahtaman rusa

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

5 Destinasi Sejuk Paling Popular di Asia

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, melupakan sejenak cuaca panas dan melepaskan lelah di tempat dingin atau bersalji sentiasa ...

Syarat Masuk Thailand 2026: Jangan Sampai Kena Denda!

Merancang percutian ke luar negara memerlukan lebih daripada sekadar menempah tiket penerbangan dan penginapan. Memahami ...

5 Tempat Penginapan Best di Alahan Panjang (2026)

Alahan Panjang, Sumatera Barat tengah terkenal sekarang ini di dunia sosial media. Antara sebab utama, tiket penerbangan ke ...

FLYsiswa 2026: Syarat Kelayakan & Cara Untuk Tebus

Pengumuman rasmi mengenai pelaksanaan inisiatif FLYsiswa bagi tahun 2026 telah mencetuskan 'gelombang' kegembiraan di ...

5 Tips Penting Elak Kena Scam Bila Travel ke Istanbul

Bagi peminat travel, destinasi mana yang sering bermain di fikiran apabila bajet menjadi kekangan tetapi impian mahu ke ...

Ngeri! Penumpang Pesawat Ryanair Hampir Tercampak Keluar

Sebuah penerbangan antarabangsa Eropah yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang murah terkemuka, Ryanair, ...