1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

7 Tempat Menarik di India untuk Pelancong Malaysia Teroka

7 Tempat Menarik di India untuk Pelancong Malaysia Teroka

India bukan sebuah negara yang boleh dinilai berdasarkan satu gambaran sahaja. Memang tidak dinafikan terdapat isu kebersihan, kesesakan, keselamatan wanita dan jenayah di sesetengah kawasan. Namun, India sangat luas, mempunyai 28 negeri dan 8 wilayah kesatuan dengan perbezaan ketara dari segi budaya, pembangunan, kebersihan dan suasana kehidupan.

Ada kawasan yang sibuk, sesak dan mencabar untuk pelancong kali pertama. Tetapi ada juga destinasi yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi, bandar yang lebih tersusun, kawasan peranginan, warisan budaya dan pengalaman pelancongan yang menarik.

Jadi, tidak adil untuk mengatakan seluruh India kotor atau tidak selamat.

Bagi pelancong Malaysia yang pertama kali ingin ke India, saya lebih menyarankan pemilihan destinasi berdasarkan keselesaan, kemudahan pengangkutan, infrastruktur pelancongan dan pengurusan perjalanan yang baik.

1. Kerala

India Selatan

  • Munnar – ladang teh dan pergunungan hijau.

  • Alleppey – houseboat dan backwaters.

  • Kochi – bandar bersejarah dan seni bina kolonial.

  • Thekkady – alam semula jadi dan ladang rempah.

Suasana lebih santai, tarikan alam semula jadi dan pengalaman budaya. Sesuai untuk keluarga, pasangan dan warga emas dengan itinerary yang terancang. Penduduk di kawasan sekitar juga kelihatan lebih moden dan mudah untuk berkomunikasi.

2. Goa

India Barat

  • Baga dan Calangute Beach.

  • Old Goa – gereja dan bangunan bersejarah.

  • Panjim – bandar dengan pengaruh Portugis.

  • Fontainhas – kawasan seni bina berwarna-warni.

Pantai, seni bina, sejarah dan suasana percutian yang old school. Pilih kawasan penginapan dan pengangkutan yang sesuai kerana sesetengah kawasan hiburan agak sibuk pada waktu tertentu.

3. Sikkim

India Timur sempadan dengan Bhutan, Tibet dan Nepal.

  • Gangtok – bandar pergunungan.

  • Tsomgo Lake – tasik glasier.

  • Nathula Pass – kawasan pergunungan Himalaya.

  • Pelling – pemandangan Gunung Kanchenjunga.

Kawasan pergunungan, udara sejuk dan suasana alam semula jadi. Sesetengah kawasan memerlukan permit khas dan perjalanan boleh terjejas akibat cuaca.

4. Himachal Pradesh

India Utara

  • Shimla – bandar peranginan pergunungan.

  • Manali – gunung bersalji dan aktiviti outdoor.

  • Dharamshala – budaya Tibet dan pemandangan Himalaya.

  • Dalhousie – pekan pergunungan yang tenang.

Sesuai untuk mereka yang gemarkan cuaca sejuk, pemandangan gunung dan pengalaman berbeza daripada bandar besar.

5. Rajasthan

India Barat sempadan dengan Pakistan

  • Udaipur – City of Lakes.

  • Jaipur – Pink City.

  • Jodhpur – Blue City.

  • Jaisalmer – padang pasir dan istana pasir.

Istana diraja, seni bina unik dengan cat berwarna-warni, hotel warisan, gurun pasir seluas pemandangan dan sangat kaya dengan kebudayaan India.

6. Sri Lanka

India Selatan terletak betul-betul di bahagian bawah benua India

  • Ella – Nine Arch Bridge, Ella Rock, Little Adam’s Peak dan pemandangan ladang teh
  • Nuwara Eliya – Ladang teh, Gregory Lake, Ramboda Falls, kilang teh dan dikenali sebagai Little England kerana cuaca sejuk dan seni bina kolonial.

  • Sigiriya – Sigiriya Lion Rock dan tapak warisan UNESCO

  • Yala National Park – Safari untuk hidupan liar. Sesuai untuk anda yang gemar wildlife photography

7. Kashmir

India Utara di kawasan pergunungan Himalaya. Destinasi paling cantik di India.

  • Srinagar – Dal Lake, Shikara boat ride, houseboat, Mughal Garden
  • Gulmarg – Menaiki gondola, bermain salji, aktiviti ski
  • Pahalgam – Betaab Valley, Aru Valley, Lidder River
  • Sonamarg – Thajiwas Glacier, zero point, menunggang kuda di kawasan berbukit

Kesimpulan

India sebenarnya mempunyai banyak sisi yang mungkin belum dikenali oleh pelancong Malaysia. Selain bandar besar seperti Delhi dan Mumbai, terdapat destinasi yang menawarkan pengalaman alam semula jadi, seni bina, sejarah, budaya dan kehidupan masyarakat tempatan yang sangat menarik.

Tidak semua tempat sesuai untuk semua orang. Sebab itu, pemilihan destinasi, musim perjalanan, hotel, pengangkutan dan pengurusan trip memainkan peranan penting.

Jangan menilai keseluruhan India berdasarkan pengalaman atau berita dari satu kawasan sahaja. Tetapi jangan juga mengabaikan risiko keselamatan semata-mata kerana ingin menikmati percutian. Pilih destinasi dengan bijak, buat persediaan secukupnya dan nikmati pengalaman meneroka dunia dengan lebih terbuka.

dal lakegoaGulmarghimachal pradeshindiajaipurKashmirkeralamanali shimlapanjimrajasthansikkimSonamargsri lankaudaipur

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Thailand selama ini menjadi antara destinasi percutian kegemaran rakyat Malaysia. Faktor jarak yang dekat, kos perjalanan …

Bawa Makanan Ke Jepun: Elak Produk Berasas Daging & Ayam

Jumlah pelancong asing yang berkunjung ke Jepun meningkat 0.4 peratus pada Oktober 2026 berbanding tempoh sama tahun lepas …

Pesawat Penumpang Elektrik China CE-25A: Masa Depan Travel

Industri pelancongan dan penerbangan global kini berada di ambang transformasi besar. Sebelum ini, pesawat Heart Aerospace …

AirBorneo: Terbang Terus Kuching ke Jakarta Kini Bermula RM399

Pelancaran laluan penerbangan terus antara Kuching dan Jakarta oleh syarikat penerbangan milik Kerajaan Sarawak, AirBorneo, …

Tips Memilih Travel Agency: Jangan Bandingkan Harga Semata-mata

Merancang percutian pastinya menjadi sesuatu yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi apabila berpeluang meneroka destinasi …

Pelancong Malaysia yang berhasrat membawa kenderaan bukan milik sendiri memasuki Thailand kini perlu lebih berwaspada dan …