1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

Pakej Vietnam: Panduan & Itinerary Hanoi Sapa Halong Bay

Dah alang-alang berjalan ke luar negara, apa kata ‘tapau’ terus tiga destinasi dalam masa lima hari sahaja. Terokai keindahan tanah tinggi, keajaiban budaya dan khazanah alam semula jadi dalam perjalanan Hanoi – Sapa – Halong Bay. Anda boleh lihat di jadual aturcara di bawah yang mana anda pasti berpuas hati dengan pengalaman luar biasa sepanjang berada di tempat sejuk di Vietnam ini. Pastikan anda mengambil penerbangan waktu pagi untuk turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai sebelum mengambil sleeper bus atau sleeper train untuk perjalanan lima hingga enam jam ke Sapa.

Hari 2: Menakluk Puncak Indochina & Pesona Budaya Sapa

Pertengahan Disember hingga Januari merupakan waktu terbaik untuk anda melihat keajaiban salji di Sapa. Walaupun ia adalah fenomena bermusim dan tidak berlaku setiap tahun namun siapa tahu, trip anda kali ni dapat melihat sendiri keunikan di puncak gunung ini.

  • Puncak Gunung Fansipan & Train/Cable Car: Dikenali sebagai Roof of Indochina pada ketinggian 3,143 meter. Perjalanan bermula dengan Fansipan Mountain Train melalui lanskap hijau, diikuti menaiki cable car yang menawarkan pandangan panorama Lembah Muong Hoa. Setibanya di puncak, anda boleh nikmati pemandangan awan karpet dan kompleks kuil Buddha yang megah.

  • Valley of Roses: Terletak di stesen bawah cable car Fansipan, lembah ini dihiasi ribuan kuntum bunga mawar pelbagai spesies dan warna, mewujudkan latar belakang foto yang romantik.

  • Cat Cat Village & Waterfall: Perkampungan tradisi suku kaum Black H’Mong. Berjalan di sepanjang laluan berturap batu, anda akan melihat rumah kayu tradisional, kraftangan tenunan tempatan, kincir air buluh, serta air terjun Cat Cat yang jernih.

  • Sun Plaza & Sapa Town: Sebaik turun ke bawah, anda boleh berjalan di Sun Plaza yang menampilkan seni bina gaya Perancis di pusat pekan Sapa. Menjelang malam, pekan Sapa meriah dengan suasana dingin dan deretan kedai cenderamata.

  • Di Sapa, suhu boleh mencecah 5–15°C untuk hari kebiasaan. Lebih sejuk, berangin dan berkabus. Suhu boleh turun hampir 0°C atau lebih rendah ketika gelombang sejuk, terutama di kawasan tinggi seperti Fansipan.

Hari 3: Pengembaraan & Nostalgia Kota Hanoi

  • Ban Mong Alpine Coaster: Rasai pengalaman menaiki alpine coaster yang mendebarkan merentasi lereng bukit dan hutan menghijau dengan kawalan kelajuan sendiri.

  • Ta Van Village & Rice Terrace: Perkampungan etnik Giay dan H’Mong yang dikelilingi sawah padi bertingkat (rice terrace). Pemandangan di sini sangat menenangkan dengan latar belakang bukit bukau.

  • Tribal Museum & Rope Bridge: Pelajari sejarah dan gaya hidup suku kaum tempatan di muzium mini serta lalui jambatan gantung tradisional di atas Sungai Muong Hua.

  • Mona Sapa: Lokasi spot fotografi popular yang menyediakan pelbagai arca, platform pemandangan dan perhiasan kreatif untuk gambar berbelakangkan lembah Sapa.

  • Sempadan China–Vietnam (Lao Cai): Persinggahan di jambatan sempadan antarabangsa yang memisahkan bandar Lao Cai (Vietnam) dan Hekou (China).

  • Hanoi Train Street & Night Market: Setibanya di Hanoi, nikmati keunikan laluan keretapi yang merentasi celah-celah lorong kediaman dan kafe di Train Street. Seterusnya, cuci mata di pasar malam Hanoi yang meriah dengan pelbagai jualan barangan dan makanan jalanan.

  • Di Hanoi, suhu boleh mencecah 15–20°C untuk kebanyakan hari. Sejuk, nyaman, kadangkala mendung atau renyai. Amat sukar diramalkan kerana perubahan cuaca luar biasa yang berlaku sekarang ini.

Hari 4: Keajaiban Dunia di Halong Bay

  • Pelayaran Halong Bay Cruise (4 Stars): Menyusuri perairan berwarna hijau di Halong Bay yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dengan ribuan pulau batu kapur.

  • Dog Stone & Burning Incense Islet: Formasi batu kapur unik di tengah laut yang menyerupai bentuk anjing (Dog Stone) dan tempat pembakar kemenyan (Burning Incense Islet—yang tertera pada wang kertas 200,000 Dong Vietnam).

  • Ba Hang Floating Village: Perkampungan terapung tradisional di mana anda boleh merasai pengalaman menaiki sampan dayung atau berkayak menyusuri gua-gua air yang tenang.

  • Thien Cung Cave (Gua Syurga): Salah satu gua batu kapur paling indah di Halong Bay, dihiasi stalaktit dan stalagmit raksasa yang disinari lampu warna-warni.

  • Lebih kurang seperti Hanoi, suhu di Halong Bay boleh mencecah 15–20°C juga untuk kebanyakan hari. Tidak perlu memakai jaket yang tebal. Elakkan memakai baju yang terlalu nipis.

Hari 5: Warisan & Kenangan Terakhir di Hanoi

Disebabkan hari pertama tidak sempat untuk berjalan-jalan di Hanoi, maka hari terakhir adalah waktu yang palaing sesuai untuk anda mengambil masa beberapa jam sebelum berlepas pulang ke tanah air.

  • Hanoi Old Quarter: Kawasan warisan bersejarah yang terkenal dengan 36 lorong perniagaan tradisional. Suasana nostalgia seni bina gabungan Perancis dan Asia sesuai untuk bersiar-siar santai. Ada boleh melihat keindahan Tasik Hoan Kiem dan juga persembahan teater patung kayu tradisional di atas air.

  • Dong Xuan Market: Pasar tertutup terbesar dan tertua di Hanoi. Tempat terbaik untuk membeli cenderamata, barangan sutera, teh, kopi Vietnam dan kraf tangan sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

Nak rasai sendiri keindahan Vietnam tanpa pening kepala fikir jadual dan logistik? Kami sedia bantu jadikan trip impian anda satu kenyataan. Tempat terhad untuk setiap tarikh pelepasan.

𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝 𝗩𝗜𝗣 𝗛𝗔𝗡𝗢𝗜 – 𝗦𝗔𝗣𝗔 – 𝗛𝗔𝗟𝗢𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗬 𝟱𝗛𝟰𝗠

𝟭𝟳 – 𝟮𝟭 𝗝𝗔𝗡𝗨𝗔𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟳

𝗣𝗥𝗢𝗠𝗢𝗦𝗜 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗠𝗘𝗪𝗔!

Harga Asal: RM3,199/pax
𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗠𝗢𝗦𝗜: 𝗥𝗠𝟮,𝟵𝟵𝟵/𝗣𝗔𝗫 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔!
J𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗥𝗠𝟮𝟬𝟬 𝗦𝗘𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚!
𝗗𝗘𝗣𝗢𝗦𝗜𝗧 𝗥𝗠𝟱𝟬𝟬 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔!

Pakej termasuk:
✅ Tiket penerbangan pergi balik AirAsia
✅ Bagasi 20kg pergi balik
✅ Hotel 3⭐ Sapa & 4⭐ Hanoi
✅ Halong Bay Cruise 4⭐
✅ Makanan halal mengikut itinerary
✅ Fansipan Cable Car & Mountain Train
✅ Ban Mong Alpine Coaster
✅ Tiket masuk tempat lawatan mengikut itinerary
✅ Kad SIM data tanpa had
✅ Pengangkutan sepanjang perjalanan
✅ Pemandu pelancong berbahasa Melayu atau Inggeris

Ba Hang Floating VillageCat Cat VillageDog StoneDong Xuan MarketFansipanhalong bayHanoiHanoi Old QuarterSapaSolehah TravelTa Van Villagetempat menarikTips Travelvietnam

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Syarikat Penerbangan Baharu di KLIA 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyaksikan momentum pertambahan laluan udara antarabangsa yang amat …

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …

Kena Hantar Balik Malaysia Gara-gara Satu Selfie!

Setiap kali menjejakkan kaki ke lapangan terbang di luar negara, perasaan teruja untuk bercuti pastinya membara. Tangan …

ECRL Dijangka Beroperasi Disember 2026

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini berada di fasa kemuncak persediaan akhir. Setakat Oktober ini, kemajuan …