1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National Geographic: The Best Places in the World to Travel to in 2027 membuktikan bahawa keunikan pelbagai aspek di negeri ini daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO di Georgetown, pantai berlatarbelakangkan hutan hujan, perkampungan tradisional dan sungai bakau di Seberang Perai sehinggalah kepada hab perindustrian moden. Ini semua mempunyai tarikan tersendiri yang memikat hati pelancong antarabangsa.

Ia juga terus memperkukuhkan imej Pulau Pinang selepas pengiktirafan makanan terbaik pada tahun 2025, sekali gus menjadi pemangkin semangat buat penggiat industri pelancongan tempatan untuk terus memberikan perkhidmatan dan produk pelancongan yang terbaik.

Berdasarkan laporan National Geographic untuk senarai Best Places in the World to Travel to in 2027, beberapa lokasi utama serta kawasan di Pulau Pinang yang diketengahkan dan mendapat pengiktirafan termasuk:

  • Georgetown (Tapak Warisan Dunia UNESCO): Diketengahkan kerana nilai sejarah dan seni binanya, seperti rumah kedai warisan, Pinang Peranakan Mansion, penempatan atas air (Clan Jetties), seni jalanan di Armenian Street dan Love Lane serta pelbagai sajian makanan jalanan tempatan.

  • Bukit Bendera (Penang Hill) & The Habitat: Terkenal dengan pemandangan dari ketinggian 2,700 kaki, perkhidmatan tren funikular, laluan kanopi hutan hujan (The Habitat) serta ekosistem hutan hujan tropika.

  • Kuil Kek Lok Si: Kuil Buddha terbesar di Malaysia yang terletak di Ayer Itam yang menampilkan kolam penyu, seni bina pagoda tujuh tingkat dan patung Dewi Guan Yin.

  • Seberang Perai: Kawasan daratan negeri yang mengetengahkan perkampungan tradisional, kawasan sungai bakau serta pengalaman ekopelancongan (Penang River Cruise).

  • Kawasan Pantai & Alam Semula Jadi: Pantai-pantai berlatarbelakangkan hutan hujan tropika di sekitar pulau. Di sini ada Pantai Batu Ferringghi, Pantai Tanjung Bungah, Pantai Monyet dan banyak lagi.

Destinasi lain yang turut disenaraikan untuk tahun 2027 ini termasuk Chengdu, Nigata, Jaipur, Vestland, Normandy, Santander, Puerto Rico, Madison, Malawi dan banyak lagi. Tunngu apa lagi tu? Jom ramai-ramai terjah Pulau Pinang okay! Kita support cuti-cuti Malaysia pula.

asiabukit benderadestinasi terbaik dunia 2027georgetownkul kek lok simalaysiaNAT GEOnational geographyPenangpulau pinangTips TravelTips travel Malaysia

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …

Kena Hantar Balik Malaysia Gara-gara Satu Selfie!

Setiap kali menjejakkan kaki ke lapangan terbang di luar negara, perasaan teruja untuk bercuti pastinya membara. Tangan …

ECRL Dijangka Beroperasi Disember 2026

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini berada di fasa kemuncak persediaan akhir. Setakat Oktober ini, kemajuan …

Berita Baik Buat Kaki Travel! Bas Direct TBS ke Betong (2026)

Bagi penggemar percutian singkat dan santai, wilayah Betong yang terletak di selatan Thailand (bersempadan dengan Pengkalan …

5 Kesilapan Pelancong Malaysia di Luar Negara

Membuat keputusan untuk melancong ke luar negara sememangnya mengujakan. Dapat melihat budaya orang, menikmati keindahan …