1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Era digital Imigresen: MyNIISe, MyDigital ID & MyBorderPass

Pengurusan masa amat petning setiap kali mahu melancong sama ada dalam atau luar negara. Kalau anda selalu travel ke luar negara, mesti sentiasa berdoa agar tak perlu beratur panjang di imigresen.

Tahukah anda, baru-baru ini Malaysia tengah buat transformasi besar pada sistem imigresen negara. Anda patut tahu tentang perubahan ini supaya tak kelam-kabut semasa travel nanti.

Menurut laporan Sinar Harian, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) secara percubaan bermula 22 September 2025 sehingga 28 Februari 2026.

Sistem ini sebenarnya direka untuk ambil alih fungsi sistem sedia ada termasuk MyBorderPass dan kod QR lama, menjadikan pengalaman imigresen lebih pantas dan selamat. Ia menepati matlamat negara yang mahu melangkah maju ke arah digital dalam setiap sistem pengurusan.

Walau bagaimanapun, KDN turut mengingatkan bahawa dokumen perjalanan atau pasport yang sah tetap diperlukan mengikut ketetapan Akta Imigresen 1959/63 bagi urusan keluar masuk negara.

 

Apa Itu MyNIISe?

MyNIISe ialah aplikasi mudah alih rasmi daripada Jabatan Imigresen Malaysia yang membolehkan pengguna generate QR code untuk keluar dan masuk Malaysia di pintu sempadan negara.

Orang ramai termasuk pelawat asing digalakkan memuat turun aplikasi MyNIISe yang boleh didapati di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery bagi memudahkan urusan di pintu masuk yang telah diaktifkan penggunaan sistem baharu itu.

Fungsi sistem baharu ini termasuk buat Digital Arrival Card (MDAC), generate QR code untuk diri sendiri atau kumpulan dan terima notifikasi berkaitan perjalanan.

Sistem ni juga digabungkan dengan teknologi eGate, eKYC dan Face Recognition untuk pengesahan identiti yang lebih cepat.

Sebelum ni, ramai guna MyBorderPass untuk QR code clearance. MyNIISe datang untuk gantikan sistem lama itu secara berperingkat, jadi pada satu masa nanti kita tak perlu buka banyak aplikasi lagi semuanya dalam satu platform.

MyDigital ID — Kunci untuk akses MyNIISe

Mulai 15 Januari 2026, rakyat Malaysia WAJIB guna MyDigital ID untuk login MyNIISe. MyDigital ID ni basically adalah identiti digital rakyat Malaysia yang disahkan melalui pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jadi identiti tu secure dan anda tak perlu ingat banyak password lagi bila nak akses banyak sangat aplikasi.

MyDigital ID bukan setakat untuk MyNIISe sahaja, ia juga digunakan untuk akses perkhidmatan kerajaan lain secara digital, macam MySejahtera, semakan saman JPJ dan macam-macam lagi.

MyDigital ID akan jadi single sign-on untuk semua urusan imigresen secara digital.

Kalau anda belum daftar MyDigital ID, memang bagus sangat nak buat awal. Sebab bila travel last-minute, tak sempat register, boleh buat stress dekat imigresen.

MyBorderPass — Apa jadi dengan dia?

MyBorderPass dulu banyak digunakan untuk generate QR code imigresen, terutamanya untuk traveller Malaysia yang kerap berjalan ke luarr negara. Ianya masih wujud lagi sekarang ini semasa trial MyNIISe berjalan, sebab implementasi sistem baharu dibuat secara berperingkat. Tapi nanti bila MyNIISe dah fully menggantikan sistem lama, MyBorderPass dijangka akan retired.

KESIMPULAN

Macam mana pun, transformasi ini sebenarnya satu step besar Malaysia nak jadi lebih digital dalam urusan imigresen. Bukan setakat jimat masa tapi juga nak memudahkan urusan semua rakyat Malaysia yang mahu melancong. Travel yang lancar tu memang priceless!

airportimigresenMyNIISEmyborderpassmydigitaliddigitaltravel tips

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Flight Delay Apa Nak Buat? Kenali Hak Penumpang (MACPC)

Kebelakangan ni banyak sangat isu flight delayed, suspended atau pun dibatalkan. Bagi kaki travel, situasi ini bukan ...

Dilarang Guna Gambar AI Permohonan Online Pasport Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) baru-baru ini mengeluarkan peringatan tegas buat seluruh rakyat Malaysia agar menggunakan ...

Viral Kena Bayar Hampir RM400 Parkir di LTCP KLIA

Heboh di sosial media baru-baru ini yang mana seorang pengguna Long Term Car Park (LTCP) KLIA meluahkan rasa terkejut dan ...

Wajib isi Digital Arrival Card Vietnam mulai April 2026

Siapa sangka, kini nak masuk ke Vietnam dah jadi seiring dengan kecanggihan negara seperti Korea Selatan dan Jepun! Kalau ...

6 pilihan syarikat penerbangan selain Air Asia

Memilih syarikat penerbangan yang tepat bukan hanya soal harga tetapi tentang nilai yang anda dapat dengan wang yang ...

Inovasi Prayer Space di Okayama, Pemudah Urusan Untuk Solat

Bayangkan anda berada di sebuah pekan kecil di luar bandar Jepun, dikelilingi keindahan seni bina kayu dan ketenangan alam, ...