1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Tips Memilih Travel Agency: Jangan Bandingkan Harga Semata-mata

Tips Memilih Travel Agency: Jangan Bandingkan Harga Semata-mata

Merancang percutian pastinya menjadi sesuatu yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi apabila berpeluang meneroka destinasi baharu bersama keluarga dan insan tersayang. Namun, sebelum membuat tempahan, pemilihan agensi pelancongan merupakan antara perkara penting yang perlu diberikan perhatian.

Tidak dinafikan, harga sering menjadi faktor utama apabila seseorang ingin memilih pakej percutian. Ada yang tertarik dengan tawaran lebih murah, manakala sebahagian yang lain sanggup membayar lebih demi mendapatkan pengalaman perjalanan yang selesa. Persoalannya, adakah pakej yang lebih murah semestinya lebih berbaloi dan adakah pakej yang lebih mahal menjamin perkhidmatan yang lebih baik?

Hakikatnya, perbezaan harga antara agensi pelancongan boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor:

1. Tiket penerbangan

Ada agensi menggunakan tiket penerbangan tambang murah atau transit dan ada juga yang menggunakan full-service airline. Perbezaan termasuk bagasi, makanan, pemilihan tempat duduk dan waktu penerbangan memainkan peranan penting dalam penentuan harga pakej. Mungkin anda tak kisah untuk menaiki penerbangan petang atau malam tapi ada individu yang rasa rugi kerana dah banyak ‘potong’ masa lawatan.

2. Kategori hotel dan lokasi

Hotel 3 bintang, 4 bintang dan 5 bintang mempunyai kos berbeza. Malah, hotel yang terletak di tengah bandar mungkin lebih mahal berbanding hotel yang jauh dari kawasan tarikan pelancong. Ada yang suka penginapan biasa sahaja asalkan dapat berjalan-jalan di negara orang. Namun, ada juga yang mahukan keselesaan untuk tidur setelah penat berjalan seharian.

3. Pengangkutan dan saiz kumpulan

Private transport, bas persendirian, shared transport dan bilangan peserta mempengaruhi kos. Disebabkan itu, travel dalam kumpulan yang kecil lebih banyak mengeluarkan kos. Terdapat agensi pelancongan yang terpaksa membatalkan perjalanan sekiranya tidak cukup kuota peserta.

4. Tour guide dan tour leader

Ada pakej menyediakan local guide sahaja. Ada yang turut menyediakan tour leader dari Malaysia yang mengiringi peserta sepanjang perjalanan. Ini juga melibatkan kos tambahan. Namun, anda perlu ingat. Dari segi undang-undang setiap negara, anda perlu menggunakan khidmat local tour guide sekiranya anda membawa kumpulan. Jika tiada, anda berisiko untuk dikenakan denda atau disenarai hitam dari memasuki negara terbabit sekiranya ditangkap.

5. Makanan dan aktiviti

Fullboard, halfboard atau sarapan sahaja? Adakah tiket masuk tempat menarik, island hopping dan aktiviti tambahan sudah termasuk dalam harga? Kebanyakan agensi, hanya menyediakan sarapan sahaja untuk peserta bagi mengurangkan kos pakej sedia ada. Jika anda tidak mahu bersusah payah untuk mencari makanan halal di negara yang minoriti Islam, maka anda disarankan untuk mengambil pakej fullboard.

6. Kos operasi dan perkhidmatan agensi

Ini antara perkara yang pelanggan jarang nampak. Kos staf, pengurusan tempahan, urusan dokumentasi, khidmat pelanggan, pengendalian kecemasan dan sokongan sepanjang perjalanan juga perlu diambil kira.

Dalam dunia travel:

  • Murah tidak semestinya tidak bagus.
  • Mahal tidak semestinya lebih berkualiti.
  • Yang penting, apa yang termasuk dalam pakej dan sejauh mana agensi bertanggungjawab terhadap pelanggan.
  • Jangan sampai kita berjimat beberapa ratus ringgit tetapi akhirnya terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang, masa dan tenaga untuk menyelesaikan masalah sepanjang perjalanan.
cara memilih travel agencyPakej percutian murahTips booking pakej travelTips memilih travel agencytravel agency Malaysia

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Thailand selama ini menjadi antara destinasi percutian kegemaran rakyat Malaysia. Faktor jarak yang dekat, kos perjalanan …

Bawa Makanan Ke Jepun: Elak Produk Berasas Daging & Ayam

Jumlah pelancong asing yang berkunjung ke Jepun meningkat 0.4 peratus pada Oktober 2026 berbanding tempoh sama tahun lepas …

Pesawat Penumpang Elektrik China CE-25A: Masa Depan Travel

Industri pelancongan dan penerbangan global kini berada di ambang transformasi besar. Sebelum ini, pesawat Heart Aerospace …

AirBorneo: Terbang Terus Kuching ke Jakarta Kini Bermula RM399

Pelancaran laluan penerbangan terus antara Kuching dan Jakarta oleh syarikat penerbangan milik Kerajaan Sarawak, AirBorneo, …

7 Tempat Menarik di India untuk Pelancong Malaysia Teroka

India bukan sebuah negara yang boleh dinilai berdasarkan satu gambaran sahaja. Memang tidak dinafikan terdapat isu …

Pelancong Malaysia yang berhasrat membawa kenderaan bukan milik sendiri memasuki Thailand kini perlu lebih berwaspada dan …