1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Malaysia penyumbang terbesar pelancong ke Indonesia

Indonesia bukan lagi destinasi asing untuk rakyat Malaysia. Malah, berdasarkan laporan terkini Statistik Indonesia, Malaysia muncul sebagai penyumbang terbesar pelancong asing ke Indonesia, mengatasi negara-negara lain seperti Australia dan China.

Fakta ini bukan sekadar angka tetapi jelas mencerminkan trend travel rakyat Malaysia yang semakin aktif terutamanya ke destinasi serumpun.

Salah satu sebab utama kenapa Indonesia menjadi pilihan ramai adalah faktor jarak yang dekat. Dari Kuala Lumpur, Johor Bahru atau Penang, pelancong Malaysia boleh sampai ke Jakarta, Bali, Lombok, Medan atau Bandung dalam masa yang singkat.

Ada juga yang memilih laluan darat dan feri, terutamanya ke Batam dan Bintan. Travel jadi mudah, cepat dan tak terlalu memenatkan.

Dari segi kos pula, Indonesia memang friendly untuk ‘poket’ rakyat Malaysia. Nilai mata wang Rupiah yang lebih rendah menjadikan perbelanjaan harian seperti makan, shopping dan pengangkutan jauh lebih jimat.

Dengan bajet yang sama, pelancong boleh enjoy lebih banyak aktiviti dari café hopping di Bandung, spa di Bali, sampai food hunting di Yogyakarta. Sebab itu Indonesia sering dianggap sebagai destinasi high value, low cost.

Selain itu, faktor budaya dan bahasa yang hampir sama membuatkan ramai pelancong rasa lebih selesa.

Tak ada culture shock yang besar, makanan pun banyak yang serasi dengan tekak orang Malaysia. Nasi Padang, bakso, mie ayam, sate yang mana semua ini memang dah menjadi kegemaran ramai.

Komunikasi pun senang sebab bahasa Melayu dan Indonesia saling difahami, jadi tak rasa kekok bila travel sendiri atau dengan family.

Dari sudut tarikan pelancongan, Indonesia memang lengkap. Negara ini menawarkan gabungan alam semula jadi, budaya, sejarah dan lifestyle moden. Pantai cantik di Bali dan Lombok, gunung berapi seperti Bromo dan Rinjani, warisan budaya di Banjarmasin, Pekanbaru dan Makassar serta bandar kreatif dan sibuk seperti Bandung dan Jakarta.

Tak hairanlah ramai pelancong Malaysia berulang kali melancong ke Indonesia. Ada juga yang sanggup balik hari semata-mata nak food hunting di negara seberang.

Trend ini juga memberi peluang besar kepada industri pelancongan, khususnya travel agency Malaysia. Dengan minat yang tinggi terhadap Indonesia, pakej-pakej seperti short getaway, Muslim-friendly tour, shopping trip dan honeymoon package semakin mendapat sambutan.

Malah, ramai juga yang mula explore destinasi underrated di Indonesia yang belum terlalu sesak dengan pelancong.

Anda dah pernah sampai ke Indonesia? Tahukah anda, Indonesia terlalu besar dan terdapat banyak tempat menarik. Sepuluh kali ulang alik pun anda masih belum mampu habiskan lawatan ke semua tempat. Kalau belum rancang trip ke Indonesia tahun ini, mungkin sekarang masa yang paling sesuai.

Jangan lupa booking dengan Solehah Travel okay! Boleh jejak kaki ke Makassar, Palembang, Pontianak, Singkawang, Pekanbaru dan banyak lagi. Destinasi kami memang unik dan jarang dilawati oleh pelancong.

IndonesiamalaysiarupiahBaliBanjarmasinLombokkereta api laju IndonesiamakassarBandunghoneymoonJakartaPekanbaru

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Ribuan penerbangan Eropah bakal dibatalkan Mei ini

Berita RTM baru-baru ini melaporkan, industri pelancongan dunia dikejutkan dengan amaran keras daripada Persatuan ...

Rakyat Malaysia serbu Jepun: 3.6 juta pelancong pada Mac 2026

Pernahkah anda terfikir mengapa media sosial kita kini dipenuhi dengan gambar-gambar berlatarbelakangkan Gunung Fuji atau ...

Penerbangan terus Bangkok-KL dengan Nok Air

Dunia pelancongan serantau kembali rancak dengan khabar gembira yang pastinya dinantikan oleh rakyat Malaysia yang kaki ...

Daftar e-Konsular: Langkah wajib sebelum travel ke luar negara

Bayangkan situasi ini: Anda sedang seronok menikmati keindahan pemandangan di negara orang, tiba-tiba beg diragut atau ...

Pengalaman ngeri sangkut di imigresen Korea

Setiap kali ke luar negara, adakah anda akan memeriksa passport setiap kali keluar dan masuk negara tersebut? Benda ...

Apa yang best di Surabaya-Bromo?

Jam menunjukkan jam 2 pagi. Suhu di luar mencecah 8°C, cukup dingin untuk membuatkan badan terasa menggigil. Namun, dalam ...