1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Indonesia umum cuti hujung tahun 11 hari: Peak season travel

Selain daripada nak menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru, hujung tahun semestinya menjadi pilihan ramai untuk bercuti panjang terutama bagi mereka yang ada anak masih bersekolah.

Ada juga yang mahu habiskan cuti tahunan sebelum masuk ke tahun baharu. Jangan terkejut bila tiket penerbangan naik mendadak pada hujung Disember dan awal Januari.

Baru-baru ini, Indonesia telah mengumumkan cuti ‘liburan’ mereka bermula 22 Disember sehingga 4 Januari yang merupakan cuti paling panjang yang pernah dirasai.

Tempoh ni dianggap antara peak travel season di Indonesia. Bila sekolah cuti, automatik ibu bapa pun mula ambil peluang bawa anak-anak bercuti, sama ada travel dalam negara atau ke luar negara.

Malaysia, Singapura dan Thailand biasanya jadi antara destinasi pilihan sebab jarak dekat, makanan yang kena selera dengan tekak dan banyak tarikan mesra keluarga.

Bagi anda yang telah pun menempah penerbangan pada tarikh yang terlibat, kena bersedia emosi dan fizikal sepanjang bercuti di Indonesia nanti. Orang ramai dan suasana yang hiruk-pikuk antara keadaan yang perlu dihadapi nanti.

Menariknya, jadual cuti ni tak sama untuk semua wilayah. Ada provinsi yang mula cuti seawal 20 Disember, ada juga yang hanya bermula 29 Disember tetapi majoritinya bertembung dalam tempoh hujung Disember hingga awal Januari.

Sebab tu, walaupun cuti sekolah berbeza-beza, impak kepada industri pelancongan tetap sama. Permintaan naik mendadak dalam masa yang sama.

Provinsi / WilayahTarikh Libur Sekolah
Aceh22 Dis 2025 – 4 Jan 2026
Sumatera Barat22 Dis 2025 – 3 Jan 2026
Kepulauan Riau22 Dis 2025 – 3 Jan 2026
Lampung22 Dis 2025 – 2 Jan 2026
Banten20 Dis 2025 – 3 Jan 2026
Jakarta22 Dis 2025 – 3 Jan 2026
Jawa Barat29 Dis 2025 – 10 Jan 2026
Jawa Tengah22 Dis 2025 – 3 Jan 2026
DI Yogyakarta22 Dis 2025 – 31 Dis 2025
Jawa Timur22 Dis 2025 – 31 Dis 2025
Bali22 Dis 2025 – 3 Jan 2026
Kalimantan Barat20 Dis 2025 – 3 Jan 2026
Sulawesi Utara22 Dis 2025 – 6 Jan 2026
Sulawesi Selatan22 Dis 2025 – 3 Jan 2026
Papua Barat20 Dis 2025 – 3 Jan 2026

 

Untuk traveler, especially yang nak travel hujung tahun, ini antara perkara paling penting kena tahu. Selain daripada harga tiket penerbangan yang mahal, hotel juga cepat penuh dan destinasi popular macam Jakarta, Bali, Bandung, Padang, Lombok serta Yogyakarta akan jadi sangat sesak.

Kalau tak rancang awal, besar kemungkinan kena bayar lebih mahal atau terpaksa tukar tarikh lain last minute.

INFO TAMBAHAN: Solehah Travel dah tutup booking untuk ke Indonesia Disember 2025. Jadinya, boleh booking sesiap untuk travel bermula Februari 2026 ya sebab trip Januari kami dah fully booked. Trip Jakarta-Bandung Combo Train antara kerusi panas yang selalu cepat sold out. Cepat-cepat booking selagi seat masih ada ya.

BaliBandungcuti sekolahIndonesiaJakartaLombokschool holidayYogyakara

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …

Kena Hantar Balik Malaysia Gara-gara Satu Selfie!

Setiap kali menjejakkan kaki ke lapangan terbang di luar negara, perasaan teruja untuk bercuti pastinya membara. Tangan …

ECRL Dijangka Beroperasi Disember 2026

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini berada di fasa kemuncak persediaan akhir. Setakat Oktober ini, kemajuan …

Berita Baik Buat Kaki Travel! Bas Direct TBS ke Betong (2026)

Bagi penggemar percutian singkat dan santai, wilayah Betong yang terletak di selatan Thailand (bersempadan dengan Pengkalan …