1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Pakej Pontianak Singkawang, Indonesia

Pontianak · Singkawang · Sambas · Kuching

Pilih pakej anda:

Pengenalan Pontianak Singkawang

Pontianak dan Singkawang di Kalimantan Barat, Indonesia, ialah bandar khatulistiwa di tepi Sungai Kapuas dengan budaya Melayu, Dayak dan Tionghoa. Dari Kuala Lumpur, penerbangan ke Pontianak mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit, dan waktu tempatan (WIB) lewat satu jam daripada Malaysia.

Pakej 5 hari 4 malam ini bermula di Tugu Khatulistiwa dan pelayaran Sungai Kapuas, melalui Singkawang dan Istana Sambas, merentas sempadan darat Aruk ke Kuching, dan berakhir di Semenggoh sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Highlight Pontianak Singkawang

  • Tugu Khatulistiwa
  • Cruise Sungai Kapuas
  • Singkawang
  • Istana Sambas
  • Orang Utan Semenggoh

Jadual perjalanan Pontianak Singkawang 5H4M

Hari 1 · Kuala Lumpur ke Pontianak

  • Tiba di Pontianak
  • Makan tengah hari
  • Masjid Raya Mujahidin
  • Muzium Kalimantan Barat
  • Rumah Radank dan Rumah Melayu
  • Pasar Sudirman dan pusat cenderamata
  • Alun-Alun Kapuas
  • Cruise Sungai Kapuas
  • Tugu Khatulistiwa
  • Keraton Kadriah dan Masjid Jami'
  • Makan malam di Kampung Kecil
  • Kembali ke hotel dan berehat

Bermalam di Hotel di Pontianak

Hari 2 · Pontianak ke Singkawang

  • Sarapan di hotel dan daftar keluar
  • Dataran Digulis
  • Gudang Aloe Vera
  • Kedai hasil laut dan ikan masin
  • Makan tengah hari
  • Gerbang Singkawang
  • Masjid Raya Singkawang
  • Tugu Istighfar
  • Menaiki odong-odong
  • Makan malam di Alila
  • Berehat

Bermalam di Hotel di Singkawang

Hari 3 · Singkawang

  • Sarapan di hotel dan daftar keluar
  • Pasar Hongkong
  • Pasar tradisional
  • Batu Belimbing
  • Makan tengah hari
  • Masjid dan solat jamak
  • Kedai kayu berlian
  • Pantai Batu Burung atau pantai yang sesuai
  • Makan malam di Warong Laut
  • Daftar masuk hotel dan berehat

Bermalam di Hotel di Singkawang

Hari 4 · Singkawang, Sambas & Kuching

  • Sarapan di hotel dan daftar keluar
  • Istana Sambas
  • Makan tengah hari di tepi sungai
  • Masjid dan solat jamak
  • Imigresen dua negara di Aruk dan Biawak
  • Makan malam di Serapi Corner
  • Daftar masuk hotel di Kuching

Bermalam di Hotel di Kuching

Hari 5 · Kuching ke Kuala Lumpur

  • Sarapan di hotel
  • Tugu Kuching
  • Muzium Budaya Borneo
  • Pasar Satok
  • Kek lapis Sarawak
  • Makan tengah hari sendiri
  • Masjid dan solat jamak
  • Pusat Orang Utan Semenggoh
  • Dihantar ke Lapangan Terbang Kuching
  • Tamat

Soalan lazim Pontianak Singkawang

Berapa harga pakej Pontianak Singkawang?

Pakej Pontianak Singkawang Kuching 5H4M bermula RM1,999 seorang, termasuk tiket penerbangan, hotel 4 malam, hidangan, pengangkutan, cruise Sungai Kapuas dan pemandu. Harga bergantung pada tarikh trip.

Bila tarikh trip seterusnya?

Tarikh trip dan baki tempat dipaparkan di tab pakej dan dikemas kini daripada sistem tempahan kami. Hubungi kami di WhatsApp jika anda mahu tarikh lain.

Adakah tiket flight termasuk?

Ya. Tiket AirAsia Kuala Lumpur ke Pontianak dan Malaysia Airlines Kuching ke Kuala Lumpur termasuk, dengan bagasi daftar masuk 20kg dan kabin 7kg pergi balik.

Bagaimana perjalanan dari Pontianak ke Kuching?

Kumpulan menaiki kenderaan melalui Singkawang dan Sambas, kemudian merentas sempadan darat di Aruk dan Biawak ke Kuching pada hari keempat.

Perlukah visa?

Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk lawatan pelancongan ke Indonesia, tetapi pasport mesti sah sekurang-kurangnya enam bulan.

Apa yang tidak termasuk dalam pakej?

Insurans perjalanan dan perbelanjaan peribadi.

Destinasi lain di Indonesia

Teruskan pengembaraan anda bersama Solehah Travel