1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Pakej Kalimantan, Indonesia

Banjarmasin · Pasar Terapung · Martapura

Pilih pakej anda:

Pengenalan Kalimantan

Banjarmasin ialah ibu negeri Kalimantan Selatan, Indonesia, yang digelar Kota Seribu Sungai. Dari Kuala Lumpur, penerbangan AirAsia ke Lapangan Terbang Syamsudin Noor mengambil masa kira-kira 2 jam lebih, dan waktu tempatan (WITA) sama dengan Malaysia.

Pakej 4 hari 3 malam ini membawa anda menaiki perahu klotok ke Pasar Terapung Lok Baintan, melayari Sungai Barito, melawat Masjid Sultan Suriansyah dan Kampung Batik Sasirangan, serta ke Martapura untuk melihat lombong intan tradisional dan Pasar Batu Permata.

Highlight Kalimantan

  • Pasar Terapung Lok Baintan
  • Sungai Barito
  • Masjid Sultan Suriansyah
  • Martapura
  • Taman Siring

Jadual perjalanan Banjarmasin 4H3M

Hari 1 · Ketibaan di Banjarmasin & Sungai Barito

  • Tiba di Lapangan Terbang Syamsudin Noor
  • Proses imigresen dan ambil bagasi
  • Makan tengah hari di Warung Bambo
  • Solat jamak di masjid berdekatan
  • Daftar masuk hotel dan berehat
  • Bergambar di Maskot Bekantan
  • Naik bot menyusuri Sungai Barito sambil menikmati matahari terbenam
  • Makan malam di Restoran Sambal Acan

Bermalam di Hotel di Banjarmasin (ikut pilihan pakej)

Hari 2 · Pasar Terapung & lawatan bandar

  • 5.30 pagi: naik perahu klotok ke Pasar Terapung Lok Baintan
  • Kembali ke hotel, sarapan dan bersiap
  • Masjid Sultan Suriansyah
  • Kampung Batik Sasirangan
  • Masjid Jami
  • Kedai cenderamata tempatan
  • Makan tengah hari: Soto Banjar
  • Bergambar di Taman Siring dan Rumah Anno
  • Makan malam di Restoran Padang

Bermalam di Hotel di Banjarmasin (ikut pilihan pakej)

Hari 3 · Martapura & warisan intan

  • Bertolak ke Tahura Mandiangin
  • Melihat lombong intan tradisional
  • Muzium Lambung Mangkurat
  • Melihat proses penggosokan intan
  • Makan tengah hari di Martapura
  • Membeli-belah di Pasar Batu Permata CBS Martapura
  • Kembali ke Banjarmasin
  • Makan malam di Lontong Orari (menu khas Banjar)
  • Kembali ke hotel dan program bebas

Bermalam di Hotel di Banjarmasin (ikut pilihan pakej)

Hari 4 · Pulang ke Kuala Lumpur

  • Sarapan pagi
  • Daftar keluar hotel
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Syamsudin Noor
  • Daftar masuk dan penerbangan pulang

Soalan lazim Kalimantan

Berapa harga pakej Banjarmasin?

Pakej Banjarmasin 4H3M bermula RM2,199 seorang, termasuk tiket AirAsia pergi balik, hotel 3 malam, hidangan, pengangkutan dan pemandu tempatan. Harga bergantung pada tarikh trip.

Bila tarikh trip seterusnya?

Tarikh trip dan baki tempat dipaparkan di tab pakej dan dikemas kini daripada sistem tempahan kami. Hubungi kami di WhatsApp jika anda mahu tarikh lain.

Adakah tiket flight termasuk?

Ya. Tiket AirAsia pergi balik Kuala Lumpur – Banjarmasin termasuk, dengan bagasi kabin 7kg pergi balik dan bagasi daftar masuk 20kg untuk penerbangan balik.

Bagaimana nak ke Banjarmasin dari Malaysia?

Terbang dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Syamsudin Noor (BDJ). Waktu tempatan (WITA, GMT+8) sama dengan Malaysia dan mata wang ialah Rupiah Indonesia (IDR).

Bila perlu bangun untuk Pasar Terapung?

Pada hari kedua kami bertolak seawal 5.30 pagi dengan perahu klotok ke Pasar Terapung Lok Baintan, kemudian kembali ke hotel untuk sarapan.

Apa yang tidak termasuk dalam pakej?

Perbelanjaan peribadi, bagasi tambahan, minibar atau makanan di luar jadual, dan tip pemandu.

Destinasi lain di Indonesia

Teruskan pengembaraan anda bersama Solehah Travel