1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Pakej Aceh, Indonesia

Banda Aceh · Pulau Sabang · Pantai Lampuuk

Pilih pakej anda:

Pengenalan Aceh

Aceh berada di hujung utara Pulau Sumatera, Indonesia, dan digelar Serambi Mekah. Banda Aceh terkenal dengan Masjid Raya Baiturrahman yang terselamat daripada tsunami 2004, serta tapak peringatan seperti Kapal PLTD Apung dan kuburan massal mangsa tsunami.

Pakej kami merangkumi lawatan bandar Banda Aceh, Pantai Lampuuk dan Lhoknga, membeli ole-ole di Pasar Aceh, dan pilihan 4 hari 3 malam dengan feri ke Pulau Sabang, termasuk Tugu Nol Kilometer Indonesia. Tiket penerbangan, hotel, hidangan dan pemandu tempatan sudah termasuk.

Highlight Aceh

  • Masjid Raya Baiturrahman
  • Kapal PLTD Apung
  • Pulau Sabang
  • Tugu Nol Kilometer
  • Pantai Lampuuk

Jadual perjalanan Aceh + Pulau Sabang 4H3M

Hari 1 · Ketibaan di Banda Aceh

  • Berkumpul di KLIA2 3 jam sebelum berlepas
  • Tiba di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda dan dijemput pemandu
  • Kuburan massal mangsa tsunami (46,718 jiwa dikebumikan di satu lubang)
  • Daftar masuk hotel
  • Masjid Raya Baiturrahman
  • Makan malam dan berehat

Bermalam di Hotel di Banda Aceh

Hari 2 · Feri ke Pulau Sabang

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel (bagasi yang tidak dibawa dititipkan di hotel)
  • Pelabuhan Ulee Lheue, naik feri ke Pulau Sabang
  • Sabang city tour dan Tugu I Love Sabang
  • Makan tengah hari dan solat
  • Melihat pemandangan pulau dan kota Sabang, Benteng Jepang Anoi Itam, Pantai Sumur Tiga dan Tugu Nol Kilometer
  • Daftar masuk hotel di Sabang
  • Makan malam dan berehat

Bermalam di Hotel di Pulau Sabang

Hari 3 · Kembali ke Banda Aceh

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
  • Ke Pelabuhan Balohan, naik feri kembali ke Banda Aceh
  • Kapal PLTD Apung
  • Muzium Aceh
  • Gunongan
  • Makan tengah hari
  • Kubah Tengah Sawah
  • Rumah Cut Nyak Dhien
  • Masjid Rahmatullah, Pantai Lampuuk dan Lhoknga
  • Makan malam di tepi pantai sambil menikmati matahari terbenam
  • Daftar masuk hotel

Bermalam di Hotel di Banda Aceh

Hari 4 · Pulang ke Kuala Lumpur

  • Sarapan pagi
  • Daftar keluar hotel
  • Sampan atas rumah
  • Pasar Aceh
  • Makan tengah hari
  • Masjid Oman Al-Makmur
  • Dihantar ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia

Soalan lazim Aceh

Berapa harga pakej Aceh?

Pakej Aceh 3H2M bermula RM1,399 seorang dan pakej Aceh + Pulau Sabang 4H3M bermula RM1,699 seorang, termasuk tiket penerbangan, hotel, hidangan, pengangkutan dan pemandu tempatan.

Bila tarikh trip seterusnya?

Tarikh pakej Pulau Sabang 4H3M dan baki tempat dipaparkan di tab pakej dan dikemas kini daripada sistem tempahan kami. Tarikh Aceh 3H2M akan diumumkan; hubungi kami di WhatsApp untuk dimaklumkan.

Adakah tiket flight termasuk?

Ya. Tiket penerbangan pergi balik Kuala Lumpur – Banda Aceh termasuk dalam pakej, bersama pemindahan lapangan terbang. Bagasi tidak termasuk.

Bagaimana nak ke Aceh dari Malaysia?

Terdapat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda (BTJ), Banda Aceh. Waktu tempatan (WIB, GMT+7) lewat satu jam daripada Malaysia dan mata wang ialah Rupiah Indonesia (IDR).

Bagaimana ke Pulau Sabang?

Pada hari kedua pakej 4H3M kami menaiki feri dari Pelabuhan Ulee Lheue ke Pulau Sabang, bermalam di sana, dan kembali ke Banda Aceh dengan feri dari Pelabuhan Balohan pada hari ketiga.

Apa yang tidak termasuk dalam pakej?

Bagasi, insurans perjalanan, perkhidmatan di luar pakej dan tip pemandu.

Destinasi lain di Indonesia

Teruskan pengembaraan anda bersama Solehah Travel