1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Pakej Batam, Indonesia

Singapura · Tanjung Pinang · Bintan · Batam

Pilih pakej anda:

Pengenalan Batam

Batam ialah pulau di Kepulauan Riau, Indonesia, yang hanya satu jam dengan feri dari Singapura dan Johor Bahru. Pulau ini terkenal dengan Jambatan Barelang, hidangan laut, spa dan membeli-belah, dan waktu tempatan (WIB) lewat satu jam daripada Malaysia.

Pakej 4 hari 3 malam ini menggabungkan dua negara dalam satu perjalanan: Singapura (Merlion Park, Bugis Street, Gardens by the Bay dan Sentosa), Pulau Penyengat dan Bintan di Tanjung Pinang, kemudian Batam dengan Jambatan Barelang, Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah dan Puncak Beliung.

Highlight Batam

  • Singapore Citytour
  • Pulau Penyengat
  • Tasik Biru Bintan
  • Jambatan Barelang
  • Puncak Beliung

Jadual perjalanan Singapura + Batam 4H3M

Hari 1 · Kuala Lumpur, Singapura & Tanjung Pinang

  • Berkumpul di KLIA T2, 3 jam sebelum berlepas
  • Berlepas ke Singapura
  • Tiba di Lapangan Terbang Changi dan melawat dalam lapangan terbang selama setengah jam
  • Dijemput dengan van
  • Singapore Citytour: Merlion Park, Bugis Street, Arab Street, Masjid Sultan, Gardens by the Bay, Pulau Sentosa dan USS (tertakluk kepada masa)
  • Makan tengah hari dan solat jamak
  • Dihantar ke jeti
  • Feri ke Tanjung Pinang
  • Daftar masuk hotel
  • Makan malam dan berehat

Bermalam di Hotel di Tanjung Pinang

Hari 2 · Pulau Penyengat, Bintan & Batam

  • Sarapan di hotel
  • Bot ke Pulau Penyengat
  • Melawat Pulau Penyengat dengan beca
  • Kembali ke Tanjung Pinang
  • Makan tengah hari dan solat jamak
  • Bintan: Tasik Biru dan Padang Pasir
  • Feri ke Batam
  • Makan malam
  • Daftar masuk hotel

Bermalam di Hotel di Batam

Hari 3 · Batam

  • Sarapan pagi
  • Jambatan Barelang, Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah dan Puncak Beliung
  • Makan tengah hari dan solat jamak
  • Signage Welcome to Batam
  • DC Mall
  • Makan malam
  • Kembali ke hotel

Bermalam di Hotel di Batam

Hari 4 · Batam ke Kuala Lumpur

  • Sarapan di hotel
  • Aktiviti bebas
  • Daftar keluar hotel
  • Masjid Tanjak
  • Batam Citytour
  • Makan tengah hari dan solat jamak
  • Dihantar ke jeti Batam
  • Feri ke Johor Bahru
  • Bas ke Kuala Lumpur
  • Tamat

Soalan lazim Batam

Berapa harga pakej Singapura + Batam?

Pakej Singapura + Batam 4H3M bermula RM1,499 seorang, termasuk tiket AirAsia ke Singapura, feri, hotel 3 malam, hidangan, pengangkutan dan pemandu. Harga bergantung pada tarikh trip.

Bila tarikh trip seterusnya?

Tarikh trip berkumpulan dipaparkan di tab pakej. Hubungi kami di WhatsApp jika anda mahu tarikh lain.

Adakah tiket flight termasuk?

Ya. Tiket AirAsia Kuala Lumpur ke Singapura termasuk. Perjalanan pulang menggunakan feri dari Batam ke Johor Bahru dan bas ke Kuala Lumpur.

Perlukah visa untuk Singapura dan Indonesia?

Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk Singapura dan Indonesia bagi lawatan pelancongan, tetapi pasport mesti sah sekurang-kurangnya enam bulan.

Berapa lama perjalanan feri?

Feri dari Singapura ke Tanjung Pinang dan dari Bintan ke Batam mengambil masa kurang lebih satu jam setiap satu. Jadual tepat dimaklumkan oleh ketua rombongan.

Apa yang tidak termasuk dalam pakej?

Bagasi, insurans perjalanan, makanan di luar yang dinyatakan, tiket berbayar di luar yang dinyatakan dan tip.

Destinasi lain di Indonesia

Teruskan pengembaraan anda bersama Solehah Travel