Pakej Jogjakarta, Indonesia
Pilih pakej anda:
Pengenalan Jogjakarta
Jogjakarta ialah kota budaya di Pulau Jawa, Indonesia, yang terkenal dengan istana Sultan, pasar Malioboro dan kedekatannya dengan Candi Borobudur serta Gunung Merapi. Penerbangan dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 2 hingga 3 jam, dan waktu tempatan (WIB) lewat satu jam daripada Malaysia.
Pakej berkumpulan kami menggabungkan pengembaraan dan budaya: Merapi Lava Tour menaiki jeep, jeep di Pantai Timang dengan gondola tradisional, pemandangan dari HeHa Sky View, Hutan Pinus, serta lawatan ke Keraton Yogyakarta, Taman Sari dan membeli-belah di Jalan Malioboro. Tiket penerbangan, hotel, hidangan dan pemandu tempatan sudah termasuk.
Highlight Jogjakarta
- Merapi Lava Tour
- Pantai Timang
- Gumuk Pasir
- Keraton Yogyakarta
- Malioboro
Jadual perjalanan Jogjakarta 4H3M
Hari 1 · Ketibaan di Jogjakarta & Gumuk Pasir
- Dijemput di Lapangan Terbang Jogjakarta
- Makan tengah hari
- Batik Centre
- Gumuk Pasir: jeep tour di padang pasir tepi pantai
- Obelix Sea: pemandangan laut dan matahari terbenam
- Makan malam
- Daftar masuk hotel
- Masa bebas atau ke Pule Payung
Bermalam di Hotel Carani / D Kayon (atau setaraf)
Hari 2 · Hutan Pinus, Pantai Timang & HeHa Sky View
- Sarapan di hotel
- Hutan Pinus
- Jeep di Pantai Timang
- Makan tengah hari lobster di Pak Sis
- HeHa Sky View
- Membeli-belah batik
- Makan malam
- Pulang ke hotel
Bermalam di Hotel Carani / D Kayon (atau setaraf)
Hari 3 · Kampung Borobudur & Merapi Lava Tour
- Sarapan di hotel
- Safari kereta antik di Kampung Borobudur
- Makan tengah hari
- Merapi Lava Tour menaiki jeep
- Membeli-belah di Jalan Malioboro
- Makan malam
- Pulang ke hotel
Bermalam di Hotel Carani / D Kayon (atau setaraf)
Hari 4 · Keraton, Taman Sari & pulang
- Sarapan di hotel
- Daftar keluar hotel
- Keraton Yogyakarta (Sultan Palace)
- Taman Sari
- Membeli ole-ole dan bakpia Jogja
- Makan tengah hari
- Dihantar ke lapangan terbang
- Pulang ke Malaysia
Soalan lazim Jogjakarta
Berapa harga pakej Jogjakarta?
Pakej berkumpulan Jogjakarta 4H3M bermula RM2,199 seorang dan pakej Halfboard bermula RM1,699 seorang, termasuk tiket penerbangan, hotel 3 malam, hidangan dan pemandu tempatan. Harga akhir bergantung pada tarikh trip.
Bila tarikh trip seterusnya?
Tarikh trip berkumpulan baharu akan diumumkan. Hubungi kami di WhatsApp untuk dimaklumkan apabila tarikh dibuka, atau tanya tarikh yang sesuai untuk kumpulan anda.
Adakah tiket flight termasuk?
Ya. Tiket penerbangan pergi balik Kuala Lumpur – Jogjakarta termasuk dalam pakej berkumpulan, bersama pemindahan lapangan terbang. Bagasi tambahan tidak termasuk.
Apa beza pakej 4H3M dan 4H3M Halfboard?
Kedua-duanya 4 hari 3 malam dengan hotel dan hidangan. Pakej 4H3M termasuk makan tengah hari lobster, Gumuk Pasir dan jeep di Pantai Timang, manakala pakej Halfboard mempunyai aktiviti cave tubing di Goa Pindul dan Pule Payung. Lihat atur cara penuh pada setiap tab.
Bagaimana nak ke Jogjakarta dari Malaysia?
Terbang dari Kuala Lumpur ke Jogjakarta, kira-kira 2 hingga 3 jam. Waktu tempatan (WIB, GMT+7) lewat satu jam daripada Malaysia dan mata wang ialah Rupiah Indonesia (IDR).
Apa yang tidak termasuk dalam pakej?
Bagasi tambahan, insurans perjalanan, tip, perbelanjaan peribadi dan tiket masuk Candi Borobudur. Pakej Halfboard juga tidak termasuk tiket masuk berbayar dan bayaran jeep.
Destinasi lain di Indonesia
Teruskan pengembaraan anda bersama Solehah Travel







