Setiap kali ulangtahun perkahwinan mesti setiap orang buntu tak tahu nak bagi hadiah apa untuk pasangan masing-masing.
Tahukah anda, baucer percutian adalah antara hadiah paling ideal dan ditunggu-tunggu. Kadang-kadang tak perlu mahal atau pun destinasi yang jauh. Apa yang paling mereka hargai selepas bertahun hidup bersama adalah kualiti masa dan peluang untuk melarikan diri seketika daripada rutin harian, kerja dan komitmen keluarga.
Berikut adalah sebab mengapa baucer percutian Solehah Travel sangat relevan sebagai hadiah anniversary:
- Peluang untuk reconnect
Selepas lama berkahwin, pasangan sering sibuk dengan tanggungjawab masing-masing. Percutian memberi ruang untuk mereka berdua sahaja (tanpa gangguan) untuk berbual, ketawa, berkongsi perasaan dan memperbaharui ikatan cinta. Ia adalah ‘tarikh temu janji’ yang paling mewah dan bermakna.
- Membina memori baharu, bukan sekadar barangan
Barangan seperti jam tangan atau beg tangan pasti akan dimamah usia satu hari nanti. Tetapi kenangan merasai pengalaman unik di Lombok, Bali atau menikmati suasana tenang di Sabah atau Langkawi akan kekal dalam ingatan selama-lamanya. Ia adalah hadiah yang ‘tidak akan hilang’.
- Mengenali sisi baharu pasangan
Apabila berada di tempat asing, kita sering keluar dari zon selesa. Di sinilah pasangan akan melihat kualiti diri masing-masing yang jarang muncul di rumah seperti sifat sabar, keberanian mencuba perkara baharu atau cara pasangan menyelesaikan masalah spontan. Ini secara tidak langsung memupuk rasa kagum dan cinta yang lebih mendalam.
- Fleksibiliti masa
Setiap pasangan mempunyai gaya percutian yang berbeza. Begitu juga kekangan masa yang tak sama. Dengan baucer Solehah Travel, anda diberi kebebasan untuk memilih tarikh sendiri. Paling menarik, pakej honeymoon yang disediakan oleh Solehah Travel menjadikan anda seperti Raja Sehari. Sia pada driver yang akan membawa anda ke mana-mana.
- Hadiah ‘bebas tekanan’
Selain daripada anda boleh memilih senditi tarikh, anda juga tak perlu fikir lagi tentang aktiviti mahu pun destinasi yang ingin dituju. Solehah Travel telah siapkan semuanya termasuk pengangkutan, makan malam Istimewa, penginapan di hotel empat Bintang dan juga aktiviti menarik untuk anda dan pasangan.
- Pelaburan emosi, bukan sekadar material
Sains psikologi menunjukkan bahawa manusia lebih bahagia apabila membelanjakan wang untuk pengalaman berbanding barangan material. Kegembiraan membeli beg tangan mungkin bertahan seminggu tetapi keterujaan perjalanan ke destinasi terpilih bermula dari hari pertama tempahan dibuat, semasa percutian berlangsung, hinggalah bertahun-tahun selepas pulang melalui gambar dan video.
KESIMPULAN:
Tunggu apa lagi? Jom dapatkan baucer pakej bulan madu ke Lombok, Bali, Sabah atau pun Langkawi untuk pasangan tercinta. Siap dapat hadiah menarik lagi.
Tiada komen lagi.