Menyertai open group sebagai pengembara solo atau pun berdua dengan pasangan adalah cara yang hebat untuk kenal kawan baharu tetapi ia memerlukan kemahiran sosial yang sedikit berbeza.
Berikut adalah adab-adab penting untuk memastikan anda menjadi rakan kembara yang disenangi:
- Perkenalan yang mesra
Jangan tunggu orang tegur anda. Mulakan dengan senyuman dan sapaan ringkas.
- Tip: Tanya soalan ringkas seperti “Nama siapa? Awak dari mana” daripada soalan yang terlalu peribadi.
- Adab: Jika nampak seseorang sedang memakai earphone atau membaca buku, itu tandanya mereka mahu ruang sendiri. Jangan paksa berbual.
- Tepati masa
Dalam open group, masa anda bukan milik anda seorang.
- Kesan: Jika anda lambat 10 minit dan ada 20 peserta lain, anda sebenarnya telah membazirkan 200 minit masa orang lain secara kolektif.
- Adab: Sentiasa sampai di tempat berkumpul 5–10 minit lebih awal daripada waktu yang ditetapkan oleh ejen.
- Sensitif mengenai ruang peribadi & gambar
Zaman media sosial ini, ramai yang suka ambil gambar, tapi bukan semua orang mahu masuk dalam kandungan media sosial anda.
- Minta Izin: Sebelum muat naik gambar yang ada wajah peserta lain, minta izin mereka dahulu.
- Bantuan: Tawarkan diri untuk tolong ambilkan gambar mereka (terutama pasangan atau keluarga). Biasanya, mereka akan balas budi dengan menolong anda pula.
- Jangan jadi The Complainer
Ejen pelancongan mungkin berdepan masalah luar kawalan seperti cuaca atau trafik.
- Adab: Elakkan merungut secara berlebihan di hadapan peserta lain kerana ia boleh merosakkan mood kumpulan. Jika ada masalah dengan perkhidmatan, bincang secara peribadi dengan tour leader, bukan ‘menghasut’ peserta lain untuk marah sekali.
- Ikut arahan yang diberikan
Arahan dari tour leader adalah diguna pakai untuk semua. Jika dia suruh tunggu dan kumpul untuk boarding sama-sama maka anda perlu tunggu. Jangan terlalu ikut kata hati dan ‘kepala’ sendiri.
- Kesan: Jika berlaku perkara yang tidak diingini, tour leader yang akan disalahkan. Sedangkan anda ke mana-mana tidak beritahu tour leader terlebih dahulu.
- Ahli kumpulan: Mereka akan rasa tak senang hati dengan anda sekaligus boleh mengeruhkan keadaan.
- Berdikari dan tidak terlalu bergantung
Walaupun anda solo, jangan biarkan diri anda menjadi beban kepada orang lain untuk menjaga kebajikan anda setiap masa.
- Sedia: Bawa keperluan asas sendiri (powerbank, ubat, duit kecil).
- Fokus: Dengar taklimat tour leader dengan teliti supaya anda tidak asyik bertanya soalan yang sudah dijawab kepada peserta lain.
INFO TAMBAHAN: Tour leader adalah manusia biasa juga yang serba kekurangan. Sila berikan Kerjasama bagi memudahkan kerja mereka yang perlu menjaga kebajikan setiap peserta. Bila kita memudahkan urusan orang lain pastinya urusan kita juga akan dipermudahkan oleh-Nya.
Tiada komen lagi.