1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

5 tempat ‘hidden gem’ paling cantik di Makassar

Dikenali sebagai Ujung Pandang pada dahulu kala, Makassar yang merupakan ibu kota Sulawesi Selatan, bukan sekadar pintu masuk ke Indonesia Timur. Ia menjadi hab utama yang menghubungkan wilayah barat dan timur Indonesia. Jika anda merancang ke sini, ini adalah 5 lokasi yang akan membuatkan percutian anda sukar dilupakan:

  1. Leang-Leang Maros: “Mesin Masa” ke zaman prasejarah

Lupakan galeri seni moden sekejap. Di Leang-Leang, anda boleh melihat lukisan tangan manusia purba yang berusia puluhan ribu tahun pada dinding gua batu kapur. Berjalan di celah-celah batu landskap gergasi di sini akan membuatkan anda rasa kerdil dan kagum dengan jejak tamadun awal manusia.

  1. Rammang-Rammang: Landskap batu terbesar ketiga di dunia

Bayangkan menaiki perahu kecil menyusuri sungai yang tenang, diapit oleh tebing batu kapur yang menjulang tinggi dan hutan bakau yang hijau. Itulah pengalaman di Rammang-Rammang. Daerah ini juga memiliki gua-gua yang indah termasuk Gua Harimau yang merupakan gua terbesar di Asia Tenggara. Digelar sebagai UNESCO Global Geopark, kampung terpencil di sini menawarkan ketenangan yang luar biasa dengan pemandangan sawah padi menghijau.

  1. Fort Rotterdam: Jejak megah kerajaan Gowa

Benteng yang berbentuk seperti penyu ini adalah saksi ‘bisu’ sejarah panjang Makassar. Bermula sebagai kubu pertahanan Kerajaan Gowa sebelum jatuh ke tangan Belanda, Fort Rotterdam kini menjadi pusat budaya. Jangan lepaskan peluang melawat bilik tahanan Pangeran Diponegoro dan juga muzium yang menyimpan naskah kuno Sureq Galigo. Penyu dipilih sebagai simbol kerana haiwan ini hidup di darat mahu pun di laut, melambangkan kejayaan Kerajaan Gowa yang perkasa di kedua medan tersebut.

  1. Pelayaran kapal Pinisi di Pantai Losari: Mewah & autentik

Mahu menikmati sunset paling cantik di Makassar? Naiklah Kapal Pinisi dari Pantai Losari. Kapal kayu tradisional tiga tingkat ini bukan sahaja megah di luar, malah dilengkapi kemudahan moden seperti kafe, surau dan tandas. Tidak merasa masa berlalu dengan pantas. 3 jam pelayaran, mengeratkan lagi silaturrahim antara semua peserta yang mengikuti trip. Menghirup kopi sambil berlayar di atas warisan budaya UNESCO adalah pengalaman healing yang sebenar!

  1. Masjid 99 Kubah: Ikon menakjubkan di tepi lautan

Terletak di kawasan Centre Point of Indonesia (CPI), masjid ini adalah hasil karya arkitek terkenal, Ridwan Kamil. Ia mempunyai 99 kubah berwarna-warni yang mewakili nama-nama Allah (Asmaul Husna). Terletak tepat di tepi laut, masjid ini menawarkan pemandangan yang sangat memukau, terutamanya apabila pantulan warna kubahnya bertemu dengan cahaya matahari terbenam. Rancang perjalanan ke sana pada jam 4.30 petang supaya dapat melihat kecantikan kubah-kubah kecil ini di depan mata anda.

KESIMPULAN:

Tunggu apa lagi tu? Jom kemas beg anda sekarang. Sertai Pakej Makassar 4 Hari 3 Malam bersama Solehah Travel dengan harga mampu milik hanya RM2,449 sahaja seorang!

Apa yang termasuk dalam pakej ini?

  • ✈️ Tiket Penerbangan pergi dan balik.
  • 🚐 Pengangkutan sepanjang perjalanan yang selesa.
  • 🏨 Penginapan Hotel 3 Bintang yang strategik.
  • Tarikan Utama: Anda berpeluang merasai pengalaman unik menaiki Kapal Phinisi yang ikonik!

Jangan lepaskan peluang untuk meneroka keajaiban Kota Daeng dengan harga yang sangat berbaloi.

kerajaan Gowakapal PhinisiMasjid 99 kubahleang-leangMarosRammang-rammangUNESCOSolehah Travelmakassarfort rotterdam

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Flight Delay Apa Nak Buat? Kenali Hak Penumpang (MACPC)

Kebelakangan ni banyak sangat isu flight delayed, suspended atau pun dibatalkan. Bagi kaki travel, situasi ini bukan ...

Dilarang Guna Gambar AI Permohonan Online Pasport Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) baru-baru ini mengeluarkan peringatan tegas buat seluruh rakyat Malaysia agar menggunakan ...

Viral Kena Bayar Hampir RM400 Parkir di LTCP KLIA

Heboh di sosial media baru-baru ini yang mana seorang pengguna Long Term Car Park (LTCP) KLIA meluahkan rasa terkejut dan ...

Wajib isi Digital Arrival Card Vietnam mulai April 2026

Siapa sangka, kini nak masuk ke Vietnam dah jadi seiring dengan kecanggihan negara seperti Korea Selatan dan Jepun! Kalau ...

6 pilihan syarikat penerbangan selain Air Asia

Memilih syarikat penerbangan yang tepat bukan hanya soal harga tetapi tentang nilai yang anda dapat dengan wang yang ...

Inovasi Prayer Space di Okayama, Pemudah Urusan Untuk Solat

Bayangkan anda berada di sebuah pekan kecil di luar bandar Jepun, dikelilingi keindahan seni bina kayu dan ketenangan alam, ...