Pakej Ho Chi Minh, Vietnam
Pilih pakej anda:
Pengenalan Ho Chi Minh
Ho Chi Minh City (Saigon) di selatan Vietnam ialah bandar yang meriah dan syurga membeli-belah — Ben Thanh Market, Lorong Malaysia, Saigon Square dan pasar malam yang rancak. Di sekitarnya menanti Terowong Cu Chi yang bersejarah dan Delta Mekong dengan pelayaran bot menyusuri kehidupan kampung. Penerbangan terus dari KL mengambil masa kira-kira 2 jam.
Pilih pakej mengikut masa anda: HCM + Mekong 3H2M untuk short getaway & shopping, HCM 4H3M yang menambah Cu Chi Tunnels dan Mekong Delta, atau pakej penuh Dalat + Mui Ne + Ho Chi Minh 5H4M yang menggabungkan tanah tinggi sejuk Dalat, padang pasir Mui Ne dan kesibukan bandar Saigon dalam satu perjalanan.
Highlight Ho Chi Minh
- Ben Thanh Market & Night Market
- Lorong Malaysia
- Pakej Mekong + lunch Masjid Mekong
- Cruise Sungai Saigon (pilihan)
- Shopping sekitar Ben Thanh
Jadual perjalanan HCM + Mekong 3H2M
Hari 1 · Kuala Lumpur – Ho Chi Minh
- Berkumpul di KLIA/KLIA2
- Terbang ke Ho Chi Minh
- Disambut oleh pemandu pelancong
- Daftar masuk hotel
- Makan tengah hari
- Aktiviti bebas di Lorong Malaysia & Pasar Ben Thanh
- Makan malam
- Aktiviti bebas di Pasar Malam Ben Thanh
Bermalam di Hotel di Ho Chi Minh (atau setaraf)
Hari 2 · Ho Chi Minh – Mekong
- Sarapan pagi
- Lawatan ke Sungai Mekong & town tour
- Makan tengah hari di Masjid Mekong
- Dibawa shopping
- Aktiviti bebas di Lorong Malaysia & Pasar Ben Thanh
- Cruise di Sungai Saigon (pilihan)
- Makan malam
Bermalam di Hotel di Ho Chi Minh (atau setaraf)
Hari 3 · Ho Chi Minh – Kuala Lumpur
- Sarapan pagi
- Aktiviti bebas di Lorong Malaysia & Pasar Ben Thanh
- Dihantar ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia
Soalan lazim Ho Chi Minh
Berapa harga pakej Ho Chi Minh?
Pakej HCM + Mekong 3H2M bermula RM1,999, HCM 4H3M bermula RM1,899 dan Dalat + Mui Ne + Ho Chi Minh 5H4M bermula RM2,399 setiap seorang. Semua termasuk tiket penerbangan. Harga akhir bergantung pada tarikh perjalanan.
Bila tarikh trip seterusnya?
Tarikh untuk pakej 3H2M dan 5H4M diselaraskan terus dari sistem tempahan kami dan dipaparkan pada tab berkenaan. Untuk pakej HCM 4H3M, hubungi kami di WhatsApp untuk tarikh terkini.
Apa beza ketiga-tiga pakej?
HCM + Mekong 3H2M tertumpu pada shopping dan Mekong. HCM 4H3M menambah Terowong Cu Chi, Muzium Perang dan Delta Mekong My Tho. Pakej 5H4M menggabungkan tanah tinggi Dalat, padang pasir Mui Ne dan bandar Ho Chi Minh.
Adakah tiket flight termasuk?
Ya. Ketiga-tiga pakej termasuk tiket penerbangan AirAsia pergi balik dari KL. Perjalanan terus ke Ho Chi Minh (atau Dalat untuk pakej 5H4M) mengambil masa kira-kira 2 jam.
Apa yang tidak termasuk dalam pakej?
Bagasi tambahan (sesetengah pakej), insurans perjalanan, cruise Sungai Saigon (pilihan) dan perbelanjaan peribadi. Sebahagian makan mungkin atas perbelanjaan sendiri mengikut pakej.







