Pakej Da Nang, Vietnam
Pilih pakej anda:
Pengenalan Da Nang
Da Nang di tengah Vietnam ialah bandar pesisir yang menggabungkan pantai cantik, pergunungan dan warisan budaya — pantai My Khe, taman tema Asia Park, kampung ukiran batu Non Nuoc dan bandar warisan UNESCO Hoi An yang dihiasi tanglung. Penerbangan terus dari KL mengambil masa kira-kira 3 jam.
Pakej berkumpulan Da Nang 4H3M ini membawa anda ke kemuncak Ba Na Hills dengan cable car antara terpanjang di dunia, pengalaman sampan bulat di Cam Thanh Coconut Village, serta pelayaran malam romantik di Sungai Han. Tiket penerbangan, hotel, makan dan pemandu pelancong semuanya termasuk.
Highlight Da Nang
- Ba Na Hills & cable car
- Bandar warisan Hoi An
- Pantai My Khe & Asia Park
- Sampan bulat Cam Thanh
- Pelayaran Sungai Han
Jadual perjalanan Da Nang 4H3M
Hari 1 · Ketibaan di Da Nang
- Tiba di Lapangan Terbang Da Nang, disambut tour guide
- Makan tengah hari
- Daftar masuk hotel, solat & berehat
- Bergambar di Pantai My Khe
- Tugu 7 Negara
- Suasana malam di Asia Park
- Makan malam
Bermalam di Hotel di Da Nang (atau setaraf)
Hari 2 · Da Nang – Hoi An
- Sarapan di hotel
- Membeli-belah di Pasar Cho Han
- Thanh Dua (hasil buluh tempatan)
- Makan tengah hari & solat
- Kampung Batu Non Nuoc
- Sampan bulat (basket boat) ladang kelapa
- Bandar Lama Hoi An
- Makan malam
Bermalam di Hotel di Da Nang (atau setaraf)
Hari 3 · Pengalaman Ba Na Hills
- Sarapan di hotel
- Ba Na Hills – cable car antara terpanjang di dunia
- Makan tengah hari & solat
- Kedai Produk Mutiara Vietnam
- Dat San Da Nang
- Pelayaran romantik Sungai Han
- Makan malam
Bermalam di Hotel di Da Nang (atau setaraf)
Hari 4 · Da Nang – Kuala Lumpur
- Sarapan di hotel
- Free & easy
- Dihantar ke lapangan terbang
- Berlepas pulang ke Kuala Lumpur
Soalan lazim Da Nang
Berapa harga pakej Da Nang?
Pakej berkumpulan Da Nang 4H3M bermula RM2,099 setiap seorang, termasuk tiket penerbangan, hotel 3 malam, makan, pengangkutan dan tiket masuk semua lawatan. Harga akhir bergantung pada tarikh perjalanan.
Bila tarikh trip seterusnya?
Tarikh trip dikemas kini dari semasa ke semasa. Hubungi kami di WhatsApp untuk tarikh keberangkatan terkini dan ketersediaan tempat.
Adakah tiket flight termasuk?
Ya. Pakej termasuk tiket penerbangan pergi balik dari KL. Penerbangan terus ke Da Nang mengambil masa kira-kira 3 jam.
Apa tarikan utama pakej ini?
Ba Na Hills dengan cable car antara terpanjang di dunia, bandar warisan UNESCO Hoi An, pantai My Khe, sampan bulat di Cam Thanh dan pelayaran malam Sungai Han.
Apa yang tidak termasuk dalam pakej?
Insurans perjalanan, bagasi berdaftar dan perbelanjaan peribadi. Tiket masuk lawatan yang disenaraikan sudah termasuk.
Destinasi lain di Vietnam
Teruskan pengembaraan anda bersama Solehah Travel







