Pakej Hanoi, Sapa & Halong Bay, Vietnam
Pilih pakej anda:
Pengenalan Hanoi
Pakej Hanoi 5 hari 4 malam ini membawa anda ke tiga destinasi utama utara Vietnam: bandar Hanoi, tanah tinggi Sapa dan Halong Bay, Tapak Warisan Dunia UNESCO. Terokai perkampungan etnik Cat Cat Village, naik kereta api gunung dan kereta kabel ke puncak Fansipan, dan bermalam di kapal persiaran di antara pulau batu kapur.
Kenapa pilih pakej Hanoi ini?
- Makanan di restoran halal, dan cef Muslim di atas kapal persiaran
- Solat di Masjid Al Noor, berhampiran Old Quarter
- Pilihan trip group dengan penerbangan AirAsia, atau pakej darat persendirian dengan tarikh sendiri
Di bandar ini anda akan bersiar-siar di Old Quarter, membeli-belah di Dong Xuan Market dan melihat kereta api melintas di Train Street. Baca juga panduan itinerari Hanoi, Sapa dan Halong Bay, atau lihat pakej Vietnam yang lain seperti Ho Chi Minh dan Da Nang.
Highlight Hanoi
- Cat Cat Village
- Kereta api gunung & kereta kabel Fansipan
- Pelayaran semalaman Halong Bay
- Hanoi Old Quarter
- Hanoi Train Street
Jadual perjalanan Hanoi Sapa Halong 5H4M
Hari 1 · Kuala Lumpur – Hanoi – Sapa
- Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hanoi
- Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai
- Bertolak ke Sapa (anggaran 6.5 jam)
- Melawat Cat Cat Village, melihat kehidupan masyarakat etnik minoriti, aktiviti tenunan tradisional dan kawasan air terjun
- Daftar masuk hotel dan berehat
- Melawat Pasar Malam Sapa
Bermalam di Hotel 3 bintang di Sapa
Hari 2 · Sapa – Fansipan – Hanoi
- Sarapan di restoran halal
- Melawat Pasar Sapa dan Valley of Roses
- Menaiki kereta api gunung Fansipan dan kereta kabel ke puncak Fansipan
- Menikmati pemandangan di puncak
- Makan tengah hari di restoran halal
- Bertolak pulang ke Hanoi
- Makan malam di restoran halal
- Daftar masuk hotel dan berehat
Bermalam di Hotel 4 bintang di Hanoi
Hari 3 · Hanoi – Halong Bay
- Sarapan di restoran halal
- Bertolak ke Halong Bay dan daftar masuk kapal persiaran
- Minuman alu-aluan
- Makan tengah hari di atas kapal sambil menikmati pemandangan
- Melihat Dog Stone Islet dan Fighting Cocks Islet
- Meneroka Sung Sot Cave (Surprise Cave) dan melawat Titop Island
- Menikmati matahari terbenam di dek kapal, minuman ringan dan buah-buahan
- Makan malam di atas kapal
- Aktiviti santai seperti karaoke atau memancing sotong (tertakluk kepada operasi)
Bermalam di Kapal persiaran Halong Bay
Hari 4 · Halong Bay – Hanoi
- Sarapan di atas kapal
- Melawat Pearl Farm
- Aktiviti berkayak (pilihan, RM15 seorang)
- Menyertai kelas masakan di atas kapal
- Makan tengah hari ketika kapal kembali ke jeti
- Bertolak pulang ke Hanoi
- Daftar masuk hotel dan berehat
- Membeli-belah di Dong Xuan Market
- Menunaikan solat di Masjid Al Noor
- Melawat Hanoi Old Quarter dan Pasar Malam Hanoi
- Melawat Hanoi Train Street
Bermalam di Hotel 4 bintang di Hanoi
Hari 5 · Hanoi – Kuala Lumpur
- Sarapan di restoran halal
- Daftar keluar hotel
- Aktiviti membeli-belah tertakluk kepada masa penerbangan
- Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur
Soalan lazim Hanoi
Berapa harga pakej Hanoi?
Trip group 5H4M termasuk penerbangan AirAsia bermula RM2,999 seorang (harga promosi 17–21 Januari 2027; harga asal RM3,199), dan RM3,199–RM3,499 untuk tarikh lain. Pakej darat persendirian (tanpa penerbangan) bermula RM3,459 seorang untuk 2–3 orang, RM2,799 untuk 4–5 orang, RM2,429 untuk 6–7 orang, RM2,249 untuk 8–9 orang dan RM2,199 untuk 10 orang ke atas.
Berapa deposit dan caj bilik seorang?
Deposit RM500 seorang untuk tarikh promosi Januari 2027 dan RM700 seorang untuk tarikh lain. Tambahan bilik seorang (single supplement) RM400.
Berapa harga untuk kanak-kanak?
Umur 10 tahun ke atas dikenakan harga dewasa. Kanak-kanak 2–9 tahun mendapat diskaun RM250 daripada harga dewasa (pakej darat, berkongsi bilik dengan ibu bapa). Bayi bawah 2 tahun RM500, berkongsi bilik dengan ibu bapa.
Adakah makanan halal?
Ya. Makanan di Hanoi dan Sapa di restoran halal mengikut atur cara, dan di atas kapal persiaran Halong Bay disediakan oleh cef Muslim.
Bila tarikh trip group pada 2027?
17–21 Januari, 21–25 April, 8–12 September dan 15–19 September 2027.
Bilakah waktu terbaik melancong ke Hanoi dan Sapa?
September hingga November dan Mac hingga Mei biasanya paling selesa, dengan cuaca nyaman di Hanoi dan pemandangan jelas di Sapa. Disember hingga Februari lebih sejuk: Hanoi sekitar 15–20°C, manakala Sapa dan puncak Fansipan boleh jatuh hampir 0°C, jadi bawa jaket tebal.
Berapa lama penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hanoi?
Penerbangan terus AirAsia dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi mengambil masa kira-kira 3 jam 30 minit. Dari Hanoi ke Sapa kira-kira 6.5 jam dengan kenderaan, dan ke Halong Bay kira-kira 2.5 hingga 3 jam.
Adakah rakyat Malaysia perlu visa ke Hanoi?
Rakyat Malaysia boleh masuk ke Vietnam tanpa visa untuk lawatan pelancongan sehingga 30 hari. Pastikan pasport sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
Destinasi lain di Vietnam
Teruskan pengembaraan anda bersama Solehah Travel







