Pakej Dalat, Vietnam
Pilih pakej anda:
Pengenalan Dalat
Pakej Dalat membawa anda ke bandar tanah tinggi yang sejuk di selatan Vietnam, terkenal dengan taman bunga, hutan pain dan seni bina unik. Lawati Crazy House, naik roller coaster di Air Terjun Datanla, bergambar di Mongoland dan Fresh Garden, dan bersantai di Tasik Xuan Huong pada waktu petang.
Kenapa pilih pakej Dalat?
- Cuaca sejuk dan nyaman sepanjang tahun, sekitar 15–24°C
- Makanan di restoran halal dan tour guide berbahasa Melayu
- Syurga membeli-belah kain, telekung, jubah dan tudung pada harga borong
Pilihan pakej
- 3H2M: pakej darat lawatan sekitar bandar
- Mui Ne 4H3M: lawatan sehari menaiki jeep di padang pasir putih Mui Ne
- Mui Ne + Ho Chi Minh 5H4M: trip group dengan penerbangan, lihat tarikh dan harga
Maklumat pelancongan rasmi Vietnam boleh didapati di Vietnam Travel. Lihat juga pakej Vietnam lain seperti Hanoi dan Da Nang.
Highlight Dalat
- Mongoland & Rainbow Slide
- Datanla Roller Coaster
- Crazy House
- Tasik Xuan Huong & Dataran Lam Vien
- Suoi Binh Yen
Jadual perjalanan Dalat 3H2M
Hari 1 · Ketibaan di Dalat
- Tiba dan bertemu wakil pelancongan
- Makan tengah hari di restoran halal
- Lawatan Mien Du Muc
- Daftar masuk hotel dan berehat
- Tasik Xuan Huong
- Dataran Lam Vien
- Makan malam
- Membeli-belah di pasar malam
Bermalam di Hotel 3 bintang di Dalat (Queen Villa / River Park Hotel atau setaraf)
Hari 2 · Lawatan sekitar Dalat
- Sarapan
- Mongoland (termasuk Rainbow Slide)
- Ladang buah-buahan dan bunga
- Crazy House
- Makan tengah hari
- Air Terjun Datanla
- Roller Coaster (termasuk)
- Suoi Binh Yen (termasuk secawan kopi)
- Membeli-belah kain, telekung, jubah, tudung dan barangan lain di kedai borong
- Lawatan kedai jem dan menikmati teh
- Makan malam
- Pasar malam
Bermalam di Hotel 3 bintang di Dalat (Queen Villa / River Park Hotel atau setaraf)
Hari 3 · Dalat – Pulang
- Sarapan
- Masa bebas sehingga daftar keluar
- Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang
Soalan lazim Dalat
Berapa harga pakej Dalat?
Harga pakej Dalat bergantung pada bilangan peserta dan tarikh perjalanan. Hubungi kami di WhatsApp untuk sebut harga. Kanak-kanak 10 tahun ke atas dikenakan harga dewasa; kanak-kanak 5–9 tahun mendapat diskaun RM200 (dengan katil) atau RM300 (tanpa katil) untuk pakej Dalat 3H2M.
Adakah tiket penerbangan termasuk?
Pakej Dalat 3H2M dan Dalat Mui Ne 4H3M ialah pakej darat, jadi tiket penerbangan ke Lapangan Terbang Lien Khuong, Dalat ditempah berasingan. Untuk pakej dengan penerbangan, lihat pakej Dalat + Mui Ne + Ho Chi Minh 5H4M.
Apa tempat menarik di Dalat?
Crazy House, Air Terjun Datanla dengan roller coaster, Mongoland, Clay Tunnel, Fresh Garden, Tasik Xuan Huong dan pasar malam Dalat. Pakej 4H3M juga membawa anda menaiki jeep di padang pasir putih Mui Ne.
Adakah makanan halal?
Ya. Makan tengah hari dan malam di restoran halal mengikut atur cara, dengan 6–7 jenis hidangan dan minuman setiap kali makan untuk pakej Dalat 3H2M.
Bilakah waktu terbaik melancong ke Dalat?
Disember hingga Mac ialah musim kering dengan langit cerah dan bunga mekar, sesuai untuk bersiar-siar. Musim hujan biasanya Mei hingga Oktober, dengan hujan lebat pada waktu petang. Cuaca sejuk sepanjang tahun, sekitar 15–24°C pada siang hari dan lebih sejuk pada waktu malam, jadi bawa jaket ringan.
Bagaimana nak ke Dalat dari Kuala Lumpur?
Terdapat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Lien Khuong (DLI). Pilihan lain ialah terbang ke Ho Chi Minh dan meneruskan perjalanan darat kira-kira 6 hingga 7 jam, seperti dalam pakej Dalat + Mui Ne + Ho Chi Minh 5H4M.
Adakah rakyat Malaysia perlu visa ke Vietnam?
Rakyat Malaysia boleh masuk ke Vietnam tanpa visa untuk lawatan pelancongan sehingga 30 hari. Pastikan pasport sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
Destinasi lain di Vietnam
Teruskan pengembaraan anda bersama Solehah Travel







