1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

PAKEJ JAKARTA BANDUNG + COMBO TRAIN 4H3M

4 Hari 3 Malam
Harga dari

RM1699 Per Pax

Pengenalan Pengenalan

Alami percutian 4 Hari 3 Malam yang istimewa menerusi Pakej Jakarta–Bandung Combo Train! Nikmati pengalaman unik dengan menaiki kereta api yang selesa dari Jakarta ke Bandung sambil diserikan dengan pemandangan alam yang memukau sepanjang perjalanan. Mulakan eksplorasi anda di Jakarta, bandar kosmopolitan yang menggabungkan sejarah, budaya dan gaya hidup moden. Seterusnya, teruskan ke Bandung iaitu kota berhawa sejuk yang terkenal dengan syurga untuk membeli-belah, suasana santai serta keindahan alam semula jadi yang menenangkan, menjadikan percutian ini penuh variasi dan kenangan indah.

PAKEJ JAKARTA BANDUNG + COMBO TRAIN 4H3M

Anda ada persoalan berkenaan pakej kami? Sila hubungi kami untuk kami bantu anda.

03-3122 0257

Kongsikan

Info Jakarta - Bandung

Jakarta merupakan ibu negara Indonesia yang moden dan meriah, sesuai untuk pencinta bandar dan shopping. Antara tarikan utama ialah Monumen Nasional (Monas), Kota Tua yang penuh dengan nilai sejarah, Masjid Istiqlal serta pusat membeli-belah terkenal seperti Grand Indonesia dan Thamrin City. Aktiviti menarik di sini termasuk city tour, food hunting dan café hopping.

Bandung pula terkenal dengan suasana sejuk, pemandangan alam semula jadi dan tempat bergambar yang cantik. Pelancong boleh melawat Kawah Putih, Tangkuban Perahu, Floating Market Lembang dan Farmhouse. Aktiviti popular di Bandung ialah sightseeing, bergambar aesthetic, shopping di factory outlet serta menikmati makanan tradisional.

Rasai pengalaman Jakarta – Bandung Combo Train dengan menaiki Whoosh Train yang memakan masa 45 minit sahaja perjalanan. Anda juga berpeluang menaiki Panoramic Train. Perjalanan mengambil masa sekitar 3 jam dengan pemandangan sawah, gunung dan kampung sepanjang perjalanan tanpa perlu berdepan kesesakan jalan raya.

Pakej ini sesuai untuk pasangan, keluarga dan pelancong kali pertama kerana menggabungkan keseronokan bandar di Jakarta dan keindahan alam di Bandung dalam satu percutian yang lengkap.

Tempat Menarik di Jakarta - Bandung

PAKEJ JAKARTA BANDUNG + COMBO TRAIN 4H3M

Whoosh Train

Kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Jakarta dan Bandung dengan masa perjalanan sekitar 45 minit sahaja.

PAKEJ JAKARTA BANDUNG + COMBO TRAIN 4H3M

Masjid Istiqlal

Masjid terbesar di Asia Tenggara dan menjadi simbol kebanggaan serta keharmonian rakyat Indonesia.

PAKEJ JAKARTA BANDUNG + COMBO TRAIN 4H3M

Floating Market

Pasar terapung unik di Bandung yang mana makanan dan minuman dijual di atas perahu.

PAKEJ JAKARTA BANDUNG + COMBO TRAIN 4H3M

Farmhouse Susu Lembang

Destinasi pelancongan bertemakan Eropah di Bandung, terkenal dengan rumah ala Eropah dan suasana desa yang cantik.

PAKEJ JAKARTA BANDUNG + COMBO TRAIN 4H3M

Dusun Bambu

Destinasi pelancongan alam semula jadi di Bandung yang menawarkan suasana tenang, hijau dan sejuk.

PAKEJ JAKARTA BANDUNG + COMBO TRAIN 4H3M

The Great Asia Africa

Taman tema budaya di Lembang yang mempamerkan seni bina dan suasana dari pelbagai negara Asia dan Afrika.

PAKEJ JAKARTA BANDUNG + COMBO TRAIN 4H3M

The Lodge Maribaya

Pengunjung boleh mencuba sky swing, jambatan gantung atau berjalan di hutan bambu sambil ootd.

PAKEJ JAKARTA BANDUNG + COMBO TRAIN 4H3M

Jambatan Gantung Kawah Rengganis

Berjalan sambil menikmati pemandangan dramatik di jambatan gantung yang terletak di atas kawasan kawah dan lembah hijau.

PAKEJ JAKARTA BANDUNG + COMBO TRAIN 4H3M

Mangga Dua

Tempat shopping terkenal di Jakarta menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, beg, kasut dan cenderamata dengan harga borong.

PAKEJ JAKARTA BANDUNG + COMBO TRAIN 4H3M

Paris Van Java Mall

Pusat membeli-belah moden di Bandung yang terkenal dengan suasana ala Eropah.

PAKEJ JAKARTA BANDUNG + COMBO TRAIN 4H3M

Bandros

Bas pelancongan terbuka yang membawa pengunjung mengelilingi bandar Bandung.

PAKEJ JAKARTA BANDUNG + COMBO TRAIN 4H3M

Kartika Sari

Kedai bakeri terkenal di Bandung yang popular dengan pelbagai kek, pastri dan ole-ole tempatan.

Pengenalan Jadual Perjalanan

Hari 1 : KUALA LUMPUR - JAKARTA

  • Berkumpul di KLIA T2
  • Berlepas ke Jakarta
  • Disambut oleh driver cum guide
  • Thamrin City
  • Singgah makan tengahari
  • Masjid Istiqlal
  • Mangga Dua
  • Tugu Monas
  • Daftar masuk hotel
  • Makan malam
  • Aktiviti bebas

Hari 2 : JAKARTA - BANDUNG - LEMBANG (B)

  • Sarapan di hotel
  • Bertolak ke Stesen Jakarta
  • Menaiki Whoosh Train ke Bandung (45minit)
  • Dusun Bambu (35k)
  • Floating Market ** (35k)
  • The Great Asia Africa (35k)
  • The Lodge Maribaya **(50k)
  • Makan malam
  • Balik ke hotel

Hari 3 : BANDUNG - CIDUWEY (B)

  • Sarapan di hotel
  • Menuju Ciduwey - Kawah Putih ** (106k Rp)
  • Glamping RancaBali**(100k Rp)
  • Jambatan Gantung Kawah Rengganis**
  • Keranjang Sultan**
  • Pasar Baru
  • Kartika Sari
  • Bandros (Bandung tour on Bus)
  • Makan malam
  • Balik ke hotel

Hari 4 : BANDUNG - JAKARTA - KUALA LUMPUR (B)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Daftar keluar hotel
  • Menuju ke stesen keretapi
  • Menuju ke Jakarta dengan Panoramic Train
  • Makan tengahari
  • Menuju airport
  • PIK
  • Pulang ke Malaysia

Pakej Termasuk

  • Flight KUL - CGK - KUL
  • Handcarry 7kg pergi balik
  • Airport transfer
  • Hotel 3 malam
  • Breakfast at hotel
  • Tiket Bandros
  • Tiket Panoramic Train dari Jakarta - Bandung
  • Tiket Whoosh dari Bandung - Jakarta
  • Transport & Tour
  • Driver cum guide

Pakej Tidak Termasuk

  • Travel insurance
  • Bagasi tambahan
  • Makan ( Lunch/Dinner )
  • Tiket masuk berbayar
  • Tips ( 25k Rp/pax/day )

Maklum Balas Pelanggan MAKLUM BALAS PELANGGAN

Hubungi KAMI SEDIA MEMBANTU

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

    Tempahan & Bayaran

    • Kadar di atas yang disebut adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal
    • Kadar di atas bergantung pada perubahan harga tiket semasa
    • Tempahan akan dibuat selepas pengesahan dan menerima deposit dari pihak anda.
    • Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk pada ketersediaan semasa membuat tempahan.
    • Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan pihak pengendali penerbangan
    • Solehah Travel Sdn Bhd dan ejennya berhak untuk menukar atau mengubah program dan menyemak tambang tanpa notis awal kerana keadaan yang tidak diduga.
    • Bayaran balik tidak akan dilayan untuk perkhidmatan yang tidak digunakan disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka (perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan).
    • Untuk sebarang perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan.
    • Orang yang tidak boleh melepasi imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa, Tambang Lawatan tidak akan dikembalikan.
    • Solehah Travel Sdn Bhd hanya bertindak sebagai ejen anda untuk memberikan anda kepada pembekal perkhidmatan seperti Syarikat Penerbangan, Hotel, Feri, Jurulatih dan lain-lain. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan dan tidak akan menerima tanggungjawab atau liabiliti untuk peninggalan tindakan, keingkaran pada masa lalu yang disediakan oleh perkhidmatan ini dan perubahan peraturan kerajaan.
    • Pakej-pakej ini adalah di bawah “Siri Berlepas Kumpulan” jika kumpulan di bawah minimum kami, kami akan memaklumkan pelanggan kami sebagai SOP Syarikat kami 2 Bulan sebelum Berlepas. Pelanggan mungkin memilih pilihan seperti di bawah:
      • Perjalanan ditangguhkan
      • Bayar Balik Jumlah Penuh Dibayar
      • Tukar atau ditunda ke destinasi lain
    • Pengembalian wang tuntutan adalah tertakluk pada Akta Pelancongan 1992 (Rujuk pautan Terma & Syarat)
    • Peringatan Baik: Pengiring Lawatan dari Solehah Travel Sdn Bhd akan dihantar jika kumpulan itu melebihi 15 orang untuk setiap pakej yang dijalankan.
    From

    RM1699 Per Pax