1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Copyright © 2017 - 2026
Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).
All Rights Reserved.
No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.
PengenalanNikmati keindahan bumi Kashmir India dalam perjalanan 6 Hari 5 Malam yang penuh dengan panorama gunung bersalji, tasik memukau dan suasana romantik bak syurga dunia dari Srinagar, Sonamarg, Pahalgam hingga Gulmarg, anda bakal merasai pengalaman bermain salji, menaiki Shikara di Dal Lake, menginap di houseboat eksklusif serta menikmati keindahan alam yang menenangkan jiwa. Sepanjang perjalanan juga, anda berpeluang membeli saffron asli Kashmir, menikmati suasana pasar tempatan dan merakam momen indah di lokasi ikonik yang sangat instagrammable. Jom cipta memori luar biasa bersama Solehah Travel. Pakej lengkap dengan hotel, transport, guide, makanan dan eVisa untuk percutian Kashmir yang lebih mudah, selesa dan bermakna
Jom terokai keindahan Kashmir India selama 6 Hari 5 Malam! Nikmati pengalaman percutian yang lengkap bermula dari Srinagar, Sonamarg, Pahalgam sehingga ke Gulmarg yang terkenal dengan panorama gunung bersalji yang memukau. Saksikan keindahan alam semula jadi, padang saffron, Apple Valley serta peluang membeli-belah cenderamata dan produk tempatan yang unik.
Sepanjang perjalanan, anda akan menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti bermain salji di Sonamarg dan Gulmarg, menaiki Gulmarg Cable Car, bersiar-siar di Badamwari yang cantik serta membeli-belah di Lal Chowk. Kemuncak percutian pastinya pengalaman bermalam di houseboat eksklusif di Dal Lake dan menaiki Shikara sambil menikmati suasana tasik yang tenang dan mempesonakan.
Pakej ini turut merangkumi pengangkutan peribadi, penginapan, makanan mengikut itinerari, tiket Gulmarg Cable Car Phase 1, Shikara Ride dan eVisa. Tempat adalah terhad, jadi jangan lepaskan peluang untuk mencipta kenangan indah bersama keluarga dan sahabat di bumi Kashmir yang digelar “Syurga Dunia”!
Bandar utama Kashmir yang terkenal dengan tasik, taman Mughal dan suasana yang mendamaikan.
Digelar "Meadow of Gold", terkenal dengan pemandangan gunung bersalji dan padang rumput yang luas.
Taman bersejarah peninggalan era Mughal yang terkenal dengan landskap bunga, air pancut dan pemandangan Tasik Dal yang memukau.
Taman bunga badam yang cantik terutama ketika musim bunga mekar.
Pusat membeli-belah terkenal di Srinagar yang menawarkan pelbagai barangan tempatan.
Pekan peranginan yang dikelilingi sungai, hutan pain dan gunung yang indah.
Kawasan pengeluaran saffron terbesar di Kashmir yang terkenal di seluruh dunia.
Lembah yang dipenuhi kebun epal dengan pemandangan alam semula jadi yang menenangkan.
Dikenali sebagai "Mini Switzerland of Kashmir" dengan padang hijau yang luas dan panorama gunung.
Destinasi salji terkenal yang menawarkan aktiviti ski dan pemandangan menakjubkan sepanjang tahun.
Tasik ikonik Kashmir yang terkenal dengan houseboat tradisional dan suasana romantik.
Pasar terapung unik yang menjual hasil tempatan dan cenderamata di atas bot.
Jadual Perjalanan
KAMI SEDIA MEMBANTUAssalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.