1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Copyright © 2017 - 2026
Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).
All Rights Reserved.
No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.
PengenalanJom rasai pengalaman luar biasa dengan pakej percutian Bandung-Jakarta selama 5 hari 4 malam! Nikmati keindahan dua bandar ini dengan lebih cepat dan selesa menaiki Speedtrain WHOOSH, tren laju yang akan bawa korang dari Jakarta ke Bandung dalam sekelip mata. Explore budaya, shopping, dan pemandangan memukau tanpa rasa penat perjalanan panjang. Tak sabar nak share pengalaman ni dengan korang semua!
Jakarta ialah ibu negara Indonesia yang moden dan sibuk, terkenal dengan gabungan sejarah, budaya dan aktiviti membeli-belah. Antara tarikan utama ialah Monumen Nasional (Monas), Masjid Istiqlal dan Kota Tua yang sesuai untuk lawatan sejarah serta bergambar, manakala Thamrin City dan Mangga Dua pula popular untuk aktiviti shopping barangan tempatan dan borong.
Whoosh Train merupakan kereta api laju yang menghubungkan Jakarta ke Bandung dengan masa perjalanan sekitar 45 minit sahaja. Tren ini menawarkan pengalaman perjalanan yang selesa, moden dan pantas, sekaligus menjimatkan masa serta memberi pengalaman unik menaiki kereta api laju pertama di Asia Tenggara.
Bandung terkenal sebagai bandar peranginan dengan cuaca sejuk dan pemandangan alam semula jadi yang indah. Pelancong boleh melawat Kawah Putih, Dusun Bambu dan Floating Market Lembang sambil menikmati udara segar, makanan tempatan dan aktiviti santai bersama keluarga.
Selain itu, Bandung juga terkenal dengan tarikan bergambar dan membeli-belah seperti The Great Asia Africa, Farmhouse Susu Lembang, The Lodge Maribaya serta Paris Van Java. Aktiviti seperti bergambar di spot Instagrammable, membeli barangan kulit di Cibaduyut dan menikmati suasana bandar menjadikan Bandung destinasi yang lengkap dan menarik.
Mercu tanda utama Jakarta setinggi 132 meter ini terletak di tengah Dataran Merdeka.
Destinasi pelancongan dan pendidikan yang mempamerkan kepelbagaian budaya Indonesia.
Masjid terbesar di Asia Tenggara yang terletak di Jakarta dibina sebagai simbol kemerdekaan Indonesia dan perpaduan umat Islam.
Perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi pertama di Indonesia yang menghubungkan Jakarta dan Bandung.
Tasik kawah yang terkenal dengan airnya yang berwarna putih kehijauan dan pemandangan sekitarnya yang menakjubkan.
Sebuah jambatan pejalan kaki di Bandung, terkenal dengan pemandangan hutan dan lembah yang menarik.
Pengunjung boleh menikmati alam semula jadi, makan di restoran terbuka, serta melakukan pelbagai aktiviti rekreasi.
Masjid moden yang terletak di Bandung, dikenali sebagai salah satu masjid terbesar di Indonesia.
Jadual Perjalanan
KAMI SEDIA MEMBANTUAssalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.