1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Pakej Surabaya Bromo, Indonesia

Gunung Bromo · Malang · Batu · Surabaya

Pilih pakej anda:

Pengenalan Surabaya Bromo

Gunung Bromo ialah gunung berapi aktif di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru, Jawa Timur, dan terkenal dengan pemandangan matahari terbit dari Sunrise Point. Perjalanan bermula di Surabaya, kemudian ke Malang dan Batu sebelum menaiki jeep 4x4 merentasi Lautan Pasir dan Bukit Teletubbies.

Pilih pakej 4H3M, 5H4M Special Edition dengan Jatim Park 2 dan sarapan bersama zirafah, atau pakej darat 6H5M yang menyambung ke Jogjakarta untuk jeep Merapi, Goa Pindul dan Pantai Timang. Waktu tempatan (WIB) lewat satu jam daripada Malaysia.

Highlight Surabaya Bromo

  • Sunrise Point Bromo
  • Kawah Bromo
  • Pasir Berbisik
  • Bukit Teletubbies
  • Petik epal

Jadual perjalanan Surabaya Bromo 4H3M

Hari 1 · Ketibaan di Surabaya & Malang

  • Tiba di Lapangan Terbang Juanda
  • Makan tengah hari
  • The Legend Star
  • Daftar masuk hotel di Malang
  • Makan malam

Bermalam di Hotel di Malang

Hari 2 · Gunung Bromo

  • Jelajah Bromo dengan jeep 4x4: Sunrise Point, Widodaren, Kawah Bromo, Pasir Berbisik dan Bukit Teletubbies
  • Makan tengah hari
  • Kembali ke hotel
  • Makan malam

Bermalam di Hotel di Malang

Hari 3 · Malang ke Surabaya

  • Sarapan di hotel
  • Daftar keluar hotel Malang
  • Petik epal
  • Drive Thru Park
  • Makan tengah hari
  • Kedai oleh-oleh dan cenderamata
  • Daftar masuk hotel di Surabaya
  • Makan malam

Bermalam di Hotel di Surabaya

Hari 4 · Surabaya & pulang

  • Sarapan di hotel
  • Daftar keluar hotel
  • Patung Sura dan Baya
  • Toko Batik Benang Raja
  • Makan tengah hari
  • Kedai kek Surabaya
  • Dihantar ke Lapangan Terbang Juanda

Soalan lazim Surabaya Bromo

Berapa harga pakej Surabaya Bromo?

Pakej 4H3M bermula RM2,199 seorang dan 5H4M Special Edition bermula RM2,399 seorang, termasuk tiket AirAsia, hotel, hidangan, jeep 4x4 dan pemandu. Pakej darat Bromo Jogja 6H5M bermula RM2,499 seorang tanpa tiket penerbangan.

Bila tarikh trip seterusnya?

Tarikh trip berkumpulan akan diumumkan. Hubungi kami di WhatsApp untuk dimaklumkan apabila tarikh dibuka atau untuk pakej darat persendirian.

Adakah tiket flight termasuk?

Pakej 4H3M dan 5H4M Special termasuk tiket AirAsia pergi balik. Pakej Bromo Jogja 6H5M ialah pakej darat, jadi tiket penerbangan ditempah berasingan.

Bila nak tengok matahari terbit di Bromo?

Pada hari Bromo kami bertolak awal pagi dengan jeep 4x4 ke Sunrise Point. Bawa pakaian tebal kerana udaranya sejuk; baju tebal boleh disewa kira-kira Rp30,000.

Apa yang tidak termasuk dalam pakej?

Bagasi, insurans perjalanan, naik kuda di Bromo (Rp200,000 hingga Rp250,000) dan tip pemandu (Rp25,000 seorang sehari) untuk pakej berkumpulan.

Bagaimana nak ke Surabaya dari Malaysia?

Terbang dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Juanda (SUB), Surabaya. Waktu tempatan (WIB, GMT+7) lewat satu jam daripada Malaysia dan mata wang ialah Rupiah Indonesia (IDR).

Destinasi lain di Indonesia

Teruskan pengembaraan anda bersama Solehah Travel