1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

PAKEJ BULAN MADU KASHMIR INDIA 6H5M (GROUND)

6 Hari 5 Malam
Harga dari

RM4599 Per Couple

Pengenalan Pengenalan

Nikmati keindahan bumi Kashmir India dalam perjalanan 6 Hari 5 Malam yang penuh dengan panorama gunung bersalji, tasik memukau dan suasana romantik bak syurga dunia dari Srinagar, Sonamarg, Pahalgam hingga Gulmarg, anda bakal merasai pengalaman bermain salji, menaiki Shikara di Dal Lake, menginap di houseboat eksklusif serta menikmati keindahan alam yang menenangkan jiwa. Sepanjang perjalanan juga, anda berpeluang membeli saffron asli Kashmir, menikmati suasana pasar tempatan dan merakam momen indah di lokasi ikonik yang sangat instagrammable. Jom cipta memori luar biasa bersama Solehah Travel. Pakej lengkap dengan hotel, transport, guide, makanan dan eVisa untuk percutian Kashmir yang lebih mudah, selesa dan bermakna

PAKEJ BULAN MADU KASHMIR INDIA 6H5M (GROUND)

Anda ada persoalan berkenaan pakej kami? Sila hubungi kami untuk kami bantu anda.

03-3122 0257

Kongsikan

Info Kashmir India

Jom terokai keindahan Kashmir India selama 6 Hari 5 Malam! Nikmati pengalaman percutian yang lengkap bermula dari Srinagar, Sonamarg, Pahalgam sehingga ke Gulmarg yang terkenal dengan panorama gunung bersalji yang memukau. Saksikan keindahan alam semula jadi, padang saffron, Apple Valley serta peluang membeli-belah cenderamata dan produk tempatan yang unik.

Sepanjang perjalanan, anda akan menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti bermain salji di Sonamarg dan Gulmarg, menaiki Gulmarg Cable Car, bersiar-siar di Badamwari yang cantik serta membeli-belah di Lal Chowk. Kemuncak percutian pastinya pengalaman bermalam di houseboat eksklusif di Dal Lake dan menaiki Shikara sambil menikmati suasana tasik yang tenang dan mempesonakan.

Pakej ini turut merangkumi pengangkutan peribadi, penginapan, makanan mengikut itinerari, tiket Gulmarg Cable Car Phase 1, Shikara Ride dan eVisa. Tempat adalah terhad, jadi jangan lepaskan peluang untuk mencipta kenangan indah bersama keluarga dan sahabat di bumi Kashmir yang digelar “Syurga Dunia”!

Tempat Menarik di Kashmir India

srinagar-kashmir-india

Srinagar

Bandar utama Kashmir yang terkenal dengan tasik, taman Mughal dan suasana yang mendamaikan.

sonamag-kashmir-india

Sonamarg

Digelar "Meadow of Gold", terkenal dengan pemandangan gunung bersalji dan padang rumput yang luas.

mughal-garden-kashmir-india

Mughal Garden

Taman bersejarah peninggalan era Mughal yang terkenal dengan landskap bunga, air pancut dan pemandangan Tasik Dal yang memukau.

PAKEJ BULAN MADU KASHMIR INDIA 6H5M (GROUND)

Badamwari Garden

Taman bunga badam yang cantik terutama ketika musim bunga mekar.

lal-chowk-kashmir-india

Lal Chowk

Pusat membeli-belah terkenal di Srinagar yang menawarkan pelbagai barangan tempatan.

pahalgam-kashmir-india

Pahalgam

Pekan peranginan yang dikelilingi sungai, hutan pain dan gunung yang indah.

pampore-kashmir-india

Pampore

Kawasan pengeluaran saffron terbesar di Kashmir yang terkenal di seluruh dunia.

apple-valley-kashmir-india

Apple Valley

Lembah yang dipenuhi kebun epal dengan pemandangan alam semula jadi yang menenangkan.

baisaran-valley-kashmir-india

Baisaran Valley

Dikenali sebagai "Mini Switzerland of Kashmir" dengan padang hijau yang luas dan panorama gunung.

gulmarg-kashmir-india

Gulmarg

Destinasi salji terkenal yang menawarkan aktiviti ski dan pemandangan menakjubkan sepanjang tahun.

dal-lake-kashmir-india

Dal Lake

Tasik ikonik Kashmir yang terkenal dengan houseboat tradisional dan suasana romantik.

floating-market-dal-lake-kashmir-india

Floating Market Dal Lake

Pasar terapung unik yang menjual hasil tempatan dan cenderamata di atas bot.

Pengenalan Jadual Perjalanan

HARI 01 - DELHI → SRINAGAR (MOB)

  • Berkumpul di KLIA1 (3 jam sebelum waktu penerbangan)
  • Penerbangan ke Delhi (± 5 jam 30 minit)
  • Urusan imigresen & pengambilan bagasi
  • Transfer ke terminal domestik untuk penerbangan ke Srinagar
  • Tiba di Srinagar dan daftar masuk hotel
  • Rehat dan aktiviti bebas

HARI 02 - SRINAGAR → SONAMARG (B/L/D)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Bertolak ke Sonamarg
  • Menikmati pemandangan sungai dan gunung yang indah sepanjang perjalanan
  • Singgah bergambar di Viyal Point
  • Singgah membeli cenderamata di Super Mario (harga berpatutan & pilihan yang pelbagai)
  • Meneruskan perjalanan ke Sonamarg
  • Daftar masuk hotel
  • Aktiviti bebas

HARI 03 - SONAMARG → SRINAGAR (B/L/D)

  • Sarapan pagi dan aktiviti salji di sekitar Sonamarg
  • Masa bebas untuk bergambar (OOTD) sehingga waktu daftar keluar
  • Bertolak pulang ke Srinagar
  • Melawat Badamwari yang terkenal dengan bunga badam yang mekar cantik
  • Singgah di kedai kulit – tempahan jaket kulit boleh dibuat mengikut ukuran
  • Daftar masuk hotel dan makan malam
  • Aktiviti bebas di kawasan membeli-belah Lal Chowk

HARI 04 - SRINAGAR → PAHALGAM → SRINAGAR (B/L/D)

  • Bertolak ke Pahalgam (± 3 jam perjalanan)
  • Singgah di Pampore yang terkenal dengan ladang saffron
  • Peluang membeli saffron asli Kashmir dan Himalayan Shilajit
  • Melawat Apple Valley
  • Membeli-belah di pekan Pahalgam (bagi peserta yang tidak menyertai aktiviti menunggang kuda)
  • Kembali ke Srinagar

HARI 05 - SRINAGAR → GULMARG → HOUSEBOAT (B/L/D)

  • Daftar keluar hotel dan bertolak ke Gulmarg (± 2 jam perjalanan)
  • Berjalan kaki ± 900 meter ke stesen kereta kabel (atau menaiki ATV – pilihan sendiri)
  • Aktiviti ATV selama ± 1 jam (pilihan sendiri)
  • Menaiki Kereta Kabel Gulmarg (Phase 1) selama ± 10 minit
  • Aktiviti salji seperti ski, motosikal salji dan sledge (perbelanjaan sendiri)
  • Turun semula dan makan tengah hari
  • Kembali ke Srinagar
  • Daftar masuk houseboat di Tasik Dal
  • Makan malam dan aktiviti bebas

HARI 06 - SRINAGAR → DELHI (B/L/MOB)

  • Menaiki Shikara mengelilingi Tasik Dal (± 1 jam 30 minit)
  • Singgah di pasar terapung untuk peluang membeli-belah terakhir
  • Daftar keluar dan makan tengah hari
  • Transfer ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Delhi
  • Tiba di Delhi dan transfer ke terminal antarabangsa
  • Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur

Maklumat Lain

Lawatan Pilihan
  • Menunggang kuda ke Baisaran Valley – INR 1700 hingga 1800
  • ATV di Gulmarg – INR 1500
  • Sledge – INR 600 hingga 1000 (tertakluk kepada ketersediaan)
  • Motosikal salji – INR 2000
  • Ski – INR 1000
*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan pertukaran semasa
Maklumat tambahan
  • Honeymoon Special : Romantic room decoration, Slices of cake & Candle light dinner
  • Itinerari tertakluk kepada perubahan bergantung kepada keadaan cuaca dan budi bicara pemandu pelancong tempatan.

Pakej Termasuk

  • Transfer lapangan terbang
  • Pengangkutan peribadi sepanjang perjalanan
  • Pemandu pelancong tempatan
  • Hotel transit berserta sarapan pagi
  • 4 malam penginapan hotel 3★
  • 1 malam penginapan houseboat 4★
  • Makanan mengikut itinerari (Sarapan / Makan Tengah Hari / Makan Malam)
  • Tiket masuk Mughal Garden
  • Tiket Kereta Kabel Gulmarg Phase 1
  • Shikara Ride (1 jam 30 minit)
  • Perkhidmatan porter hotel
  • eVisa India

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan antarabangsa & domestik
  • Makanan dan minuman di luar itinerari
  • Aktiviti atau lawatan pilihan
  • Dobi dan kad SIM
  • Tip pemandu & kru (RM70)
  • Caj lebihan bagasi
  • Insurans perjalanan

Hubungi KAMI SEDIA MEMBANTU

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

    Tempahan & Bayaran

    • Kadar di atas yang disebut adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal
    • Kadar di atas bergantung pada perubahan harga tiket semasa
    • Tempahan akan dibuat selepas pengesahan dan menerima deposit dari pihak anda.
    • Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk pada ketersediaan semasa membuat tempahan.
    • Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan pihak pengendali penerbangan
    • Solehah Travel Sdn Bhd dan ejennya berhak untuk menukar atau mengubah program dan menyemak tambang tanpa notis awal kerana keadaan yang tidak diduga.
    • Bayaran balik tidak akan dilayan untuk perkhidmatan yang tidak digunakan disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka (perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan).
    • Untuk sebarang perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan.
    • Orang yang tidak boleh melepasi imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa, Tambang Lawatan tidak akan dikembalikan.
    • Solehah Travel Sdn Bhd hanya bertindak sebagai ejen anda untuk memberikan anda kepada pembekal perkhidmatan seperti Syarikat Penerbangan, Hotel, Feri, Jurulatih dan lain-lain. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan dan tidak akan menerima tanggungjawab atau liabiliti untuk peninggalan tindakan, keingkaran pada masa lalu yang disediakan oleh perkhidmatan ini dan perubahan peraturan kerajaan.
    • Pakej-pakej ini adalah di bawah “Siri Berlepas Kumpulan” jika kumpulan di bawah minimum kami, kami akan memaklumkan pelanggan kami sebagai SOP Syarikat kami 2 Bulan sebelum Berlepas. Pelanggan mungkin memilih pilihan seperti di bawah:
      • Perjalanan ditangguhkan
      • Bayar Balik Jumlah Penuh Dibayar
      • Tukar atau ditunda ke destinasi lain
    • Pengembalian wang tuntutan adalah tertakluk pada Akta Pelancongan 1992 (Rujuk pautan Terma & Syarat)
    • Peringatan Baik: Pengiring Lawatan dari Solehah Travel Sdn Bhd akan dihantar jika kumpulan itu melebihi 15 orang untuk setiap pakej yang dijalankan.
    From