Pakej Hatyai, Thailand
Pilih pakej anda:
Pengenalan Hatyai
Hatyai di selatan Thailand ialah destinasi percutian darat paling popular dari Malaysia — terkenal dengan makanan enak, pasar malam meriah seperti ASEAN Night Bazaar dan Kim Yong Market, serta pantai ikonik Samila dan bandar lama Songkhla. Perjalanan menaiki bas persiaran melalui sempadan Bukit Kayu Hitam / Dannok.
Pilih pakej Hatyai–Songkhla 4H2M untuk gabungan shopping dan lawatan pantai, atau Phatthalung–Hatyai–Songkhla 4H2M yang menambah pelayaran bot di Tasik Thale Noi yang dipenuhi bunga teratai dan ratusan spesies burung.
Highlight Hatyai
- Shopping Kaysorn, Nora & Kim Yong
- ASEAN Night Bazaar
- Samila Beach & Songkhla Old Town
- Khlong Hae Floating Market
- Chang Puak Elephant Camp
Jadual perjalanan Hatyai Songkhla 4H2M
Hari 1 · KL – sempadan
- Berkumpul & bergerak dari KL/Selangor (lebih kurang 8.30 malam)
- Perjalanan malam menaiki bas persiaran
- Solat subuh di kawasan sempadan
Bermalam di Perjalanan malam (bas persiaran)
Hari 2 · Hatyai
- Urusan pasport & imigresen, masuk ke Hatyai
- Shopping cenderamata Kaysorn
- Kedai kacang & makanan kering Renu
- Makan tengah hari
- Shopping di Nora Plaza
- Daftar masuk & solat jamak di hotel
- Khlong Hae Seafood Steamboat (pilihan)
- ASEAN Night Bazaar
- Aktiviti bebas
Bermalam di Hotel di Hatyai (atau setaraf)
Hari 3 · Songkhla
- Sarapan di hotel
- Big Bee Farm
- Chang Puak Camp (Taman Gajah)
- Songkhla Old Town naik Tuk Tuk
- Samila Beach
- Masjid Songkhla
- Seaverse Cafe
- Khlong Hae Floating Market
- Aktiviti bebas
Bermalam di Hotel di Hatyai (atau setaraf)
Hari 4 · Hatyai – KL
- Sarapan di hotel
- Plaza Market / Kim Yong Market
- Bertolak ke Dannok
- Makan tengah hari
- Urusan imigresen, keluar sempadan
- Dijangka tiba di KL pada waktu malam
Soalan lazim Hatyai
Berapa harga pakej Hatyai?
Kedua-dua pakej Hatyai–Songkhla 4H2M dan Phatthalung–Hatyai–Songkhla 4H2M bermula RM399 setiap seorang (bilik 2 orang). Harga akhir bergantung pada tarikh perjalanan — hubungi kami untuk tarikh trip seterusnya.
Adakah pakej ini menaiki flight?
Tidak. Kedua-dua pakej adalah trip darat menaiki bas persiaran dari KL/Selangor melalui sempadan Bukit Kayu Hitam / Dannok. Perjalanan bermula pada waktu malam.
Apa beza kedua-dua pakej?
Pakej Hatyai–Songkhla tertumpu pada shopping dan lawatan Hatyai & Songkhla. Pakej Phatthalung–Hatyai–Songkhla menambah pelayaran bot di Tasik Thale Noi yang indah di Phatthalung.
Apa dokumen yang diperlukan?
Pasport yang sah sekurang-kurangnya 6 bulan. Urusan imigresen dan permit masuk Thailand diuruskan oleh pihak kami.
Apa yang tidak termasuk dalam pakej?
Makan & minum, tiket masuk lawatan, pasport dan perbelanjaan peribadi. Sesetengah aktiviti seperti steamboat dan tuk tuk adalah pilihan (bayaran sendiri).







