Pakej Kuching Sarawak, Malaysia
Pilih pakej anda:
Pengenalan Kuching Sarawak
Pakej Kuching Sarawak bersama Solehah Travel membawa anda ke ibu negeri Sarawak di Bumi Kenyalang, terkenal dengan tebingan Kuching Waterfront, Muzium Borneo, kampung budaya dan alam semula jadi Borneo. Penerbangan dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 1 jam 50 minit.
Pilihan pakej Kuching Sarawak
Sertai trip berkumpulan Kuching 3H2M atau pengembaraan Jelajah Sarawak 6 hari 5 malam merentasi Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri termasuk Gua Niah (tiket penerbangan termasuk). Untuk tarikh sendiri, pilih pakej darat persendirian Kuching 4H3M sekitar Kuching dan Bau (Pasar Serikin, Gua Fairy, Tasik Biru) secara Fullboard atau Halfboard.
Tempat menarik yang akan dilawati
Antara tempat menarik ialah Pasar Serikin di Bau, Gua Fairy, Tasik Biru, Kampung Budaya Sarawak, Fort Margherita dan lawatan orang utan. Baca panduan kami apa yang best di Kuching atau semak info pelancongan rasmi di laman Sarawak Tourism. Mahu sambung ke Kalimantan? Lihat juga pakej Pontianak Singkawang.
Highlight Kuching Sarawak
- Pasar Serikin & Bau
- Gua Angin & Tasik Biru
- Kuching Waterfront
- Muzium Borneo
- Orang utan
Jadual perjalanan Kuching 3H2M
Hari 1 · KL – Kuching – Bau
- Tiba di Kuching dan menuju ke Bau
- Pasar Serikin (hujung minggu)
- Gua Angin
- Tasik Biru
- Makan tengah hari
- Little India
- Jambatan Darul Hana
- Sarawak River Cruise (pilihan)
- Daftar masuk hotel
Bermalam di Penview / Telang Usan Hotel Kuching (atau setaraf)
Hari 2 · Kuching City Tour
- Sarapan di hotel
- Monumen Kuching
- Muzium Budaya Borneo
- Kampung Telaga Air
- Makan tengah hari seafood
- Taman Orkid & Taman Botani
- Dewan Undangan Negeri (DUN)
- Fort Margherita
- Kek Lapis Sarawak
Bermalam di Penview / Telang Usan Hotel Kuching (atau setaraf)
Hari 3 · Kuching – Kuala Lumpur
- Sarapan di hotel
- Pasar Satok
- Sarawak Cultural Village (pilihan)
- Lawatan orang utan
- Dihantar ke lapangan terbang
- Pulang ke Kuala Lumpur
Soalan lazim Kuching Sarawak
Berapa harga pakej Kuching Sarawak?
Pakej berkumpulan Kuching 3H2M bermula RM1,199 seorang dan Jelajah Sarawak 6H5M bermula RM2,099 seorang, termasuk tiket penerbangan, hotel, sarapan dan pemandu. Pakej darat persendirian Kuching 4H3M (Fullboard atau Halfboard) diberi sebut harga ikut tarikh dan bilangan peserta; hubungi kami di WhatsApp.
Bila tarikh trip seterusnya?
Tarikh trip Kuching 3H2M dan Jelajah Sarawak 6H5M diselaraskan terus dari sistem tempahan kami dan dipaparkan pada tab berkenaan. Pakej darat Kuching 4H3M boleh ditempah pada tarikh pilihan anda.
Apa beza pakej 3H2M, 4H3M dan Jelajah 6H5M?
Pakej 3H2M ialah trip berkumpulan sekitar Kuching dan Bau dengan tiket penerbangan. Pakej 4H3M ialah pakej darat persendirian (tanpa flight) pada tarikh pilihan anda, Fullboard atau Halfboard. Jelajah Sarawak 6H5M pula pengembaraan berkumpulan merentasi Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri.
Adakah tiket flight termasuk?
Pakej berkumpulan Kuching 3H2M dan Jelajah Sarawak 6H5M termasuk tiket penerbangan pergi balik (Jelajah terbang masuk Kuching dan pulang dari Miri). Pakej darat Kuching 4H3M tidak termasuk tiket penerbangan.
Berapa lama penerbangan ke Kuching?
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching mengambil masa kira-kira 1 jam 50 minit. Tiada perbezaan waktu antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Apa yang tidak termasuk dalam pakej?
Bagasi tambahan, insurans perjalanan, tiket lawatan berbayar yang tidak dinyatakan dan perbelanjaan peribadi. Pakej 3H2M dan Jelajah 6H5M tidak termasuk makan selain sarapan.
Destinasi lain di Malaysia
Teruskan pengembaraan anda bersama Solehah Travel







