1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Copyright © 2017 - 2026
Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).
All Rights Reserved.
No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.
PengenalanPakej percutian ke Labuan Bajo ini menawarkan pengalaman eksklusif gabungan city tour dan pengembaraan laut selama 5 hari 4 malam iaitu 2 malam hotel + 2 malam atas kapal, bermula dengan lawatan ke tempat ikonik seperti Puncak Waringin, Gua Batu Cermin dan bukit panorama yang memukau, sebelum meneruskan sailing trip bermalam di atas kapal menjelajah kepulauan indah sekitar Taman Nasional Komodo termasuk Pulau Kelor, Pulau Padar, Pink Beach serta peluang melihat Komodo dragon secara dekat, snorkeling di Manta Point dan menikmati keindahan Taka Makassar, diakhiri dengan santai di pulau tropika, makan malam seafood dan masa bebas sebelum pulang dengan kenangan yang luar biasa.
Pakej eksklusif ke Labuan Bajo ini membawa anda meneroka keindahan timur Indonesia selama 5 hari 4 malam yang penuh dengan pengalaman unik darat dan laut. Hari pertama dimulakan dengan city tour ke lokasi ikonik seperti Puncak Waringin, Bukit Sylvia dan Gua Batu Cermin sebelum menikmati makan malam dan berehat di hotel. Pengembaraan sebenar bermula apabila anda menaiki kapal untuk sailing trip bermalam, menjelajah pulau-pulau cantik seperti Pulau Kelor, Manjarite dan Kalong sambil menikmati aktiviti santai atas kapal.
Sepanjang pelayaran, anda akan dibawa ke destinasi ikonik dalam Taman Nasional Komodo termasuk Bukit Padar untuk melihat sunrise yang menakjubkan, Pink Beach yang unik serta peluang melihat Komodo dragon secara dekat di habitat semula jadi. Aktiviti snorkeling di Manta Point dan keindahan pasir putih di Taka Makassar serta Pulau Sebayur pasti menjadi highlight percutian ini sebelum kembali ke hotel dan menikmati makan malam seafood di Kampung Ujung.
Jangan lepaskan peluang ini! Nikmati pengalaman rare bermalam di atas kapal, island hopping, snorkeling dan melihat Komodo secara live dalam satu pakej lengkap. Percutian ini sesuai untuk anda yang inginkan pengalaman luar biasa, pemandangan Instagram-worthy dan memori yang pasti tidak akan dilupakan!
Spot ikonik untuk melihat panorama laut dan bandar dari atas bukit.
Bukit popular dengan view sunset dan pesisir pantai yang cantik.
Gua unik dengan pantulan cahaya semula jadi pada dinding batu kapur.
Pulau kecil dengan pantai putih dan air jernih sesuai untuk santai.
Lokasi snorkeling terbaik dengan coral dan ikan berwarna-warni.
Tempat melihat ribuan kelawar terbang ketika matahari terbenam.
Viewpoint terkenal dengan pemandangan pulau berlapis yang menakjubkan.
Pantai unik dengan pasir berwarna merah jambu.
Habitat semula jadi untuk melihat Komodo dragon secara dekat.
Spot snorkeling popular untuk melihat ikan pari manta.
Pulau pasir berbentuk sabit yang muncul ketika air surut
Pulau dengan air jernih dan terumbu karang yang cantik untuk snorkeling.
Jadual Perjalanan
KAMI SEDIA MEMBANTUAssalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.