1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

PAKEJ LOMBOK 4H3M

4 Hari 3 Malam
Harga dari

RM2099 Per Pax

Pengenalan Pengenalan

Nikmati suasana damai di tepi pantai, berpetualang ke air terjun tersembunyi, dan rasai citarasa asli masakan Lombok selama 4 Hari 3 Malam. Ini adalah percutian sempurna untuk anda yang inginkan ketenangan serta petualangan di syurga tropika.

PAKEJ LOMBOK 4H3M

Anda ada persoalan berkenaan pakej kami? Sila hubungi kami untuk kami bantu anda.

03-3122 0257

Kongsikan

Info Lombok

Lombok menawarkan gabungan keindahan alam, budaya dan pantai eksotik yang masih terjaga. Pulau ini terkenal dengan suasana tenang, landskap hijau berlatarbelakangkan Gunung Rinjani, serta masyarakat tempatan yang mesra, menjadikannya destinasi sesuai untuk percutian santai mahupun pencinta alam.

Kawasan Sembalun di kaki Gunung Rinjani memberikan pengalaman alam semula jadi yang menakjubkan dengan hamparan sawah, bukit-bukit indah dan udara sejuk. Tarikan seperti Bukit Selong, Bukit Sembalun dan Air Terjun Sendang Gila sangat sesuai untuk bergambar, menikmati panorama dan merasai suasana desa yang damai.

Gili Trawangan pula terkenal sebagai pulau peranginan tropika dengan air laut jernih, pasir putih dan kehidupan laut yang kaya. Aktiviti seperti snorkeling, berenang, berbasikal mengelilingi pulau serta suasana matahari terbenam menjadikan Gili Trawangan antara destinasi paling popular dan romantik di Lombok.

Di bahagian barat dan selatan Lombok, Senggigi dan Pantai Kuta Lombok menawarkan keindahan pantai yang unik serta sentuhan moden seperti Litar Mandalika. Ditambah pula dengan lawatan ke Islamic Center NTB dan pusat kraf masyarakat Sasak. Percutian ini memberi pengalaman lengkap yang merangkumi alam, budaya dan tarikan ikonik Lombok. Tempah sekarang dan nikmati keindahan Lombok dalam satu perjalanan yang berbaloi!

Tempat Menarik di Lombok

PAKEJ LOMBOK 4H3M

Sembalun Lereng Gunung Rinjani

Terkenal dengan suasana desa, sawah padi luas dan latar gunung yang sangat cantik untuk bergambar.

PAKEJ LOMBOK 4H3M

Bukit Sembalun

Menawarkan panorama lembah dan perkampungan dari sudut tinggi yang memukau.

PAKEJ LOMBOK 4H3M

Air Terjun Sendang Gile

Hentian popular untuk menikmati alam semula jadi dan berehat selepas perjalanan jauh.

PAKEJ LOMBOK 4H3M

Gili Trawangan

Pulau tropika terkenal dengan air laut jernih, pasir putih dan kehidupan laut yang cantik.

PAKEJ LOMBOK 4H3M

Keliling Pulau Gili dengan Basikal

Pulau ini bebas kenderaan bermotor, menjadikan aktiviti berbasikal sangat menyeronokkan.

PAKEJ LOMBOK 4H3M

Senggigi Romantic Beach

Sesuai untuk pasangan atau keluarga yang menginginkan suasana yang santai dan privasi.

PAKEJ LOMBOK 4H3M

Pusat Oleh-Oleh Lombok

Pelbagai cenderamata, makanan tradisional dan produk tempatan Lombok.

PAKEJ LOMBOK 4H3M

Islamic Center NTB

Seni bina masjid yang indah dan menara tinggi menjadikannya mercu tanda penting di Lombok.

PAKEJ LOMBOK 4H3M

Pusat Gerabah Lombok

Boleh melihat hasil seni tembikar buatan tangan masyarakat tempatan.

PAKEJ LOMBOK 4H3M

Tenunan Kain Sasak

Mencerminkan budaya dan warisan masyarakat Lombok. Setiap corak mempunyai makna tersendiri.

PAKEJ LOMBOK 4H3M

Pantai Kuta Lombok

Pantai ini unik dengan pasir putih kekuningan yang berbentuk seperti biji lada.

PAKEJ LOMBOK 4H3M

Mandalika Circuit

Litar perlumbaan bertaraf antarabangsa yang menjadi kebanggaan Indonesia.

Tarikh Pelepasan Tarikh Pelepasan

Tarikh Musim Harga Dari Penerbangan Status
23-26 JANUARI 2026 - RM2199 - Tempahan Penuh Book
16-19 APRIL 2026 - RM2099 - Tempahan Dibuka Book
17-20 MEI 2026 - RM2099 - Tempahan Dibuka Book
19-22 JULAI 2026 - RM2099 - Tempahan Dibuka Book
02-05 OGOS 2026 - RM2099 - Tempahan Dibuka Book
27-30 SEPTEMBER 2026 - RM2099 - Tempahan Dibuka Book
11-14 OKTOBER 2026 - RM2099 - Tempahan Dibuka Book

Pengenalan Jadual Perjalanan

Hari 01 : AIRPORT - SEMBALUN

  • Penjemputan di Bandara BIZAM Lombok
  • Makan siang di Local Restaurant
  • Menuju Sembalun Lereng Gunung Rinjani
  • *Desa yang special - Berlokasi persis di kaki Gunung Rinjani ketinggian 1200 mdl dan dikelilingi oleh bukit bukit yang indah
  • Makan malam di Local Restaurant
  • Bukit Sembalun
  • Bukit Selong Sembalun
  • Tepi Sawah Sembalun
  • Check-in Hotel
  • Air Terjun Sendang Gila

Hari 02 : GILI TRAWANGAN

  • Breakfast di hotel Sembalun
  • Menuju Gili Trawangan *- salah satu spot diving terbaik di Indonesia. Boleh menyelam dan menemukan pelbagai hidupan laut yang menakjubkan, termasuk terumbu karang, ikan dan penyu.
  • Menyeberang ke Gili Trawangan menggunakan speed boat
  • Check-in Hotel
  • Makan siang di Local Resto
  • Berenang dan Snorkeling
  • Keliling Pulau Gili dengan Basikal
  • Makan malam di Local Resto
  • Balik Hotel

Hari 03 : SENGGIGI ROMANTIC BEACH

  • Breakfast & Check-out Hotel di Gili Trawangan
  • Kembali ke Lombok dengan speed boat
  • Check-in Hotel Senggigi
  • Mengunjungi Pusat Ole2
  • Mengunjungi Islamic Centre, Masjid termegah di NTB
  • Makan siang di Local Restaurant
  • Pusat Gerabah, Hasil Kerajinan Kain Tenun Khas Sasak
  • Kembali ke Hotel
  • Makan malam

Hari 04 : KUTA BEACH & AIRPORT

  • Breakfast & Check-out Hotel
  • Menuju ke Pantai Kuta Lombok *-memiliki sensasi unik iaitu pasir putih kekuningan dengan bentuknya yang lebih besar seperti biji lada
  • Menuju Mandalika Circuit
  • Tour selesai, penghantaran ke Bandara

Pakej Termasuk

  • Flight pergi balik (AA)
  • Airport Transfer
  • Hotel 3 malam
  • Transport
  • Tiket Masuk (Entrance Fee)
  • Driver / Guide Tour
  • Lunch, dinner sesuai program
  • Breakfast di Hotel
  • Private Boat
  • Public Boat
  • Mineral water

Pakej Tidak Termasuk

  • Tipping guide/driver (25k Rp/pax/day)
  • Pengeluaran Pribadi
  • Bagasi tambahan
  • Travel insurance
  • Aktiviti air di pulau

Maklum Balas Pelanggan MAKLUM BALAS PELANGGAN

Hubungi KAMI SEDIA MEMBANTU

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

    Tempahan & Bayaran

    • Kadar di atas yang disebut adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal
    • Kadar di atas bergantung pada perubahan harga tiket semasa
    • Tempahan akan dibuat selepas pengesahan dan menerima deposit dari pihak anda.
    • Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk pada ketersediaan semasa membuat tempahan.
    • Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan pihak pengendali penerbangan
    • Solehah Travel Sdn Bhd dan ejennya berhak untuk menukar atau mengubah program dan menyemak tambang tanpa notis awal kerana keadaan yang tidak diduga.
    • Bayaran balik tidak akan dilayan untuk perkhidmatan yang tidak digunakan disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka (perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan).
    • Untuk sebarang perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan.
    • Orang yang tidak boleh melepasi imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa, Tambang Lawatan tidak akan dikembalikan.
    • Solehah Travel Sdn Bhd hanya bertindak sebagai ejen anda untuk memberikan anda kepada pembekal perkhidmatan seperti Syarikat Penerbangan, Hotel, Feri, Jurulatih dan lain-lain. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan dan tidak akan menerima tanggungjawab atau liabiliti untuk peninggalan tindakan, keingkaran pada masa lalu yang disediakan oleh perkhidmatan ini dan perubahan peraturan kerajaan.
    • Pakej-pakej ini adalah di bawah “Siri Berlepas Kumpulan” jika kumpulan di bawah minimum kami, kami akan memaklumkan pelanggan kami sebagai SOP Syarikat kami 2 Bulan sebelum Berlepas. Pelanggan mungkin memilih pilihan seperti di bawah:
      • Perjalanan ditangguhkan
      • Bayar Balik Jumlah Penuh Dibayar
      • Tukar atau ditunda ke destinasi lain
    • Pengembalian wang tuntutan adalah tertakluk pada Akta Pelancongan 1992 (Rujuk pautan Terma & Syarat)
    • Peringatan Baik: Pengiring Lawatan dari Solehah Travel Sdn Bhd akan dihantar jika kumpulan itu melebihi 15 orang untuk setiap pakej yang dijalankan.
    From

    RM2099 Per Pax