1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

PAKEJ DALAT + MUINE + HO CHI MINH 5H4M

5 Hari 4 Malam
Harga dari

RM1999 Per Pax

Pengenalan Pengenalan

Terokai keindahan Vietnam Selatan dalam satu perjalanan epik selama 5 Hari 4 Malam merangkumi tiga destinasi utama: Dalat, Mui Ne dan Ho Chi Minh City. Pakej ini sesuai untuk pengembara yang inginkan gabungan suasana alam semula jadi, pantai yang memukau, serta kehidupan bandar yang dinamik.

PAKEJ DALAT + MUINE + HO CHI MINH 5H4M

Anda ada persoalan berkenaan pakej kami? Sila hubungi kami untuk kami bantu anda.

03-3122 0257

Kongsikan

Info Dalat-Muine-Ho Chi Minh

Dalat terkenal dengan suasana sejuk, landskap berbukit dan pemandangan romantik. Antara tempat menarik ialah Crazy House, Datanla Waterfall dan Valley of Love. Aktiviti best termasuk naik alpine coaster, bergambar di kafe berkonsep Eropah dan menikmati kopi Vietnam di kawasan bukit.

Mui Ne pula popular dengan pantai dan padang pasir yang unik. Tarikan utama ialah White Sand Dunes dan Red Sand Dunes yang cantik terutama waktu matahari terbit dan terbenam. Aktiviti menarik termasuk sandboarding, naik ATV dan bersantai di tepi pantai sambil menikmati makanan laut segar.

Ho Chi Minh City menawarkan gabungan sejarah dan kehidupan bandar yang sibuk. Tempat wajib lawat ialah War Remnants Museum, Notre Dame Cathedral dan Ben Thanh Market. Aktiviti menarik termasuk shopping cenderamata, street food tour dan menikmati kopi Vietnam di kafe ikonik.

Pakej ini sesuai untuk pencinta alam, pantai dan bandar. Anda boleh merasai suasana sejuk, pemandangan padang pasir dan kesibukan bandar dalam satu perjalanan. Percutian ini lengkap dengan aktiviti santai, bergambar dan pengalaman budaya yang menyeronokkan.

Tempat Menarik di Dalat-Muine-Ho Chi Minh

PAKEJ DALAT + MUINE + HO CHI MINH 5H4M

Clay Tunnel

Menampilkan arca tanah liat sepanjang laluan yang menggambarkan keindahan LangBiang Plateau, Da Lat serta budaya etnik Tanah Tinggi Tengah Vietnam.

PAKEJ DALAT + MUINE + HO CHI MINH 5H4M

Air Terjun Datanla

Terletak berdekatan dengan bandar, ini antara keindahan alam semula jadi yang menceritakan sejarah pasangan kekasih K’Lang dan Ho Biang.

PAKEJ DALAT + MUINE + HO CHI MINH 5H4M

Crazy House

Bangunan unik berkonsep fantasi dengan reka bentuk pelik ala rumah dongeng, memang rare dan wajib singgah kalau datang Da Lat.

PAKEJ DALAT + MUINE + HO CHI MINH 5H4M

Pasar Ben Thanh

Pasar ikonik di bandar Ho Chi Minh yang menawarkan pelbagai barangan menarik termasuk makanan tempatan, cenderamata dan street food.

PAKEJ DALAT + MUINE + HO CHI MINH 5H4M

Taman Bunga Fresh Garden

Rasa tenang hati melihat pelbagai bunga berwarna-warni, spot instagrammable dan pemandangan bukit yang terlalu cantik.

PAKEJ DALAT + MUINE + HO CHI MINH 5H4M

Bau Trang Sand Dune

Dikenali sebagai 'Little Desert', menawarkan pemandangan bukit pasir putih yang luas dengan tasik biru.

PAKEJ DALAT + MUINE + HO CHI MINH 5H4M

Mekong Tour

Rasai pengalaman menyusuri Sungai Mekong sambil menikmati kehidupan kampung dan budaya tempatan Vietnam.

PAKEJ DALAT + MUINE + HO CHI MINH 5H4M

Datanla Roller Coaster

Pengalaman menyeronokkan menaiki 'gelongsor laju' yang membawa pengunjung menyusuri hutan pain dan air terjun.

Tarikh Pelepasan Tarikh Pelepasan

Tarikh Musim Harga Dari Penerbangan Status
23-27 NOVEMBER 2025 - RM1999 AirAsia Tempahan Dibuka Book
16-20 JANUARI 2026 - RM1999 AirAsia Tempahan Dibuka Book
22-26 APRIL 2026 - RM1999 AirAsia Tempahan Dibuka Book
20-24 MAY 2026 - RM1999 AirAsia Tempahan Dibuka Book

Pengenalan Jadual Perjalanan

Hari 1 : KUALA LUMPUR - DA LAT ( MT/MM )

  • Dijemput di airport Da Lat
  • Singgah makan tengahari dan solat
  • Check in hotel
  • Tour Dalat
  • Makan Malam
  • Pasar Malam
  • Berehat

Hari 2 : DA LAT ( SP/MT/MM )

  • Sarapan pagi
  • Clay Tunnel (Đường Hầm Điêu Khắc)
  • Taman Bunga Fresh Garden
  • Makan tengahari dan solat
  • Mongoland Dalat
  • Datanla (Roller coster)
  • Air Terjun Datanla
  • Rumah unik di Da Lat
  • Singgah shopping
  • Dinner
  • Pulang ke hotel
  • Berehat

Hari 3 : DA LAT - MUI NE ( SP/MT/MM )

  • Sarapan pagi
  • Checkout hotel
  • Bertolak ke Muine
  • Lunch & solat
  • Singgah di Bau Trang Sand Dune : Little Desert (Pasir Putih)
  • Menaiki jeep ke Doi Cat Hong (Pasir Merah)
  • Check in hotel
  • Makan malam
  • Free & Easy
  • Berehat

Hari 4 : MUI NE - HO CHI MINH ( SP/MT/MM )

  • Sarapan. Checkout hotel
  • Bertolak ke Ho Chi Minh
  • Mekong Tour
  • Lunch
  • Checkin hotel, solat.
  • Makan malam
  • Aktiviti bebas, pasar malam, Lorong Malaysia

Hari 5 : HO CHI MINH - KUALA LUMPUR ( SP )

  • Sarapan
  • Free and easy
  • Check out hotel
  • Dihantar ke airport
  • Pulang ke Kuala Lumpur

Pakej Termasuk

  • Flight pergi balik (AA)
  • Transport sepanjang lawatan
  • Lawatan
  • Tiket masuk berbayar
  • Jeep di Pasir Putih
  • Mongoland Dalat
  • Hotel 4 malam
  • Breakfast, lunch, dinner (4X)
  • Pakej Mekong + Shoppingtour
  • Tour Guide

Pakej Tidak Termasuk

  • Bagasi
  • Travel insurance
  • Permainan sendiri
  • Selain dlm pakej

Maklum Balas Pelanggan MAKLUM BALAS PELANGGAN

Hubungi KAMI SEDIA MEMBANTU

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

    Tempahan & Bayaran

    • Kadar di atas yang disebut adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal
    • Kadar di atas bergantung pada perubahan harga tiket semasa
    • Tempahan akan dibuat selepas pengesahan dan menerima deposit dari pihak anda.
    • Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk pada ketersediaan semasa membuat tempahan.
    • Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan pihak pengendali penerbangan
    • Solehah Travel Sdn Bhd dan ejennya berhak untuk menukar atau mengubah program dan menyemak tambang tanpa notis awal kerana keadaan yang tidak diduga.
    • Bayaran balik tidak akan dilayan untuk perkhidmatan yang tidak digunakan disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka (perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan).
    • Untuk sebarang perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan.
    • Orang yang tidak boleh melepasi imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa, Tambang Lawatan tidak akan dikembalikan.
    • Solehah Travel Sdn Bhd hanya bertindak sebagai ejen anda untuk memberikan anda kepada pembekal perkhidmatan seperti Syarikat Penerbangan, Hotel, Feri, Jurulatih dan lain-lain. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan dan tidak akan menerima tanggungjawab atau liabiliti untuk peninggalan tindakan, keingkaran pada masa lalu yang disediakan oleh perkhidmatan ini dan perubahan peraturan kerajaan.
    • Pakej-pakej ini adalah di bawah “Siri Berlepas Kumpulan” jika kumpulan di bawah minimum kami, kami akan memaklumkan pelanggan kami sebagai SOP Syarikat kami 2 Bulan sebelum Berlepas. Pelanggan mungkin memilih pilihan seperti di bawah:
      • Perjalanan ditangguhkan
      • Bayar Balik Jumlah Penuh Dibayar
      • Tukar atau ditunda ke destinasi lain
    • Pengembalian wang tuntutan adalah tertakluk pada Akta Pelancongan 1992 (Rujuk pautan Terma & Syarat)
    • Peringatan Baik: Pengiring Lawatan dari Solehah Travel Sdn Bhd akan dihantar jika kumpulan itu melebihi 15 orang untuk setiap pakej yang dijalankan.
    From

    RM1999 Per Pax