1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

PAKEJ BRUNEI + KUCHING 4H3M

4 Hari 3 Malam
Harga dari

RM1899 Per Pax

Pengenalan Pengenalan

Pakej kombinasi dua tempat menarik di Borneo khas buat semua! Kita bakal menjelajahi negara yang kecil tapi kaya dengan sumber asli, Brunei serta Kuching yang ternyata terkenal dengan ciri budaya dan masyarakat setempat yang ramah dan makanannya yang sedap.

PAKEJ BRUNEI + KUCHING 4H3M

Anda ada persoalan berkenaan pakej kami? Sila hubungi kami untuk kami bantu anda.

03-3122 0257

Kongsikan

Info Brunei Kuching

Pakej ini membawa anda merasai dua destinasi menarik dalam satu perjalanan, bermula dari Miri ke Brunei yang terkenal dengan keindahan seni bina Islam dan kemewahan budaya. Setibanya di Brunei, anda akan melawat mercu tanda ikonik seperti Masjid Omar Ali Saifuddien, Istana Nurul Iman serta Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah. Pengalaman diteruskan dengan suasana meriah di Pasar Malam Gadong serta peluang membeli cenderahati tempatan sebelum berehat di hotel.

Perjalanan diteruskan dengan pengalaman unik menyusuri Kampong Ayer melalui pakej mangrove sebelum kembali ke Miri dan terbang ke Kuching. Di Kuching, anda akan menikmati suasana santai bandar dengan bergambar di Tugu Kuching serta lawatan ke lokasi menarik seperti Pantai Damai, Jambatan Darul Hana dan Kuching Waterfront. Anda juga berpeluang menikmati aktiviti tambahan seperti river cruise dan lawatan ke kampung budaya. Akhir sekali, perjalanan ditutup dengan lawatan ke Pasar Satok, Gua Angin dan Tasik Biru sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Menariknya, dalam pakej ini peserta akan menaiki penerbangan sehingga 3 kali, memberikan pengalaman perjalanan yang berbaloi dan berbeza.Pkej ini sangat sesuai untuk peserta yang belum pernah sampai ke Borneo,  mereka yang ingin melancong secara santai dan teratur dan tidak mahu bersusah payah mengurus makan dan aturcara. Tempah sekarang untuk percutian yang padat, santai dan penuh kenangan!

Tempat Menarik di Brunei Kuching

PAKEJ BRUNEI + KUCHING 4H3M

Masjid Omar Ali Saifuddien

Masjid ikonik Brunei dengan seni bina Islam yang indah dan terletak di tengah tasik buatan.

PAKEJ BRUNEI + KUCHING 4H3M

Istana Nurul Iman

Istana rasmi Sultan Brunei yang merupakan antara kediaman terbesar di dunia.

PAKEJ BRUNEI + KUCHING 4H3M

Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah

Masjid megah berkubah emas yang menjadi simbol keagungan Islam di Brunei.

PAKEJ BRUNEI + KUCHING 4H3M

Pasar Malam Gadong

Syurga makanan jalanan dengan pelbagai hidangan tempatan yang murah dan sedap.

PAKEJ BRUNEI + KUCHING 4H3M

Pasar Kianggeh

Pasar tradisional yang menjual hasil tani segar dan produk tempatan.

PAKEJ BRUNEI + KUCHING 4H3M

Kampong Ayer

Perkampungan air terbesar di dunia dengan kehidupan unik di atas sungai.

PAKEJ BRUNEI + KUCHING 4H3M

Tugu Kuching

Mercu tanda bandar yang melambangkan identiti “Bandar Kucing”.

PAKEJ BRUNEI + KUCHING 4H3M

Pantai Damai

Pantai cantik dengan pemandangan Gunung Santubong yang menenangkan.

PAKEJ BRUNEI + KUCHING 4H3M

Kampung Telaga Air

Kampung nelayan terkenal dengan aktiviti mangrove dan suasana desa.

PAKEJ BRUNEI + KUCHING 4H3M

Jambatan Darul Hana

Jambatan ikonik berbentuk S dengan pemandangan menarik waktu malam.

PAKEJ BRUNEI + KUCHING 4H3M

Kuching Waterfront

Kawasan tepi sungai yang popular untuk santai dan menikmati suasana bandar.

PAKEJ BRUNEI + KUCHING 4H3M

Gua Angin

Gua semula jadi dengan laluan mudah diterokai serta suasana sejuk dan nyaman.

Tarikh Pelepasan Tarikh Pelepasan

Tarikh Musim Harga Dari Penerbangan Status
24 - 27 APR 2026 - RM1899 - Tempahan Dibuka Book
10 - 13 JULAI 2026 - RM1899 - Tempahan Dibuka Book
125 - 28 SEPT 2026 - RM1899 - Tempahan Dibuka Book

Pengenalan Jadual Perjalanan

Hari 01 - Kuala Lumpur - Miri - Brunei (L/D)

  • Berkumpul 3 jam sblm berlepas ke Miri
  • Bertolak ke Brunei
  • Makan Tengahari
  • Masjid Omar Ali Saifuddien
  • Istana Darul Iman
  • Masjid Jame Hassanil Bolkiah
  • Pasar Malam Gadong
  • Membeli Cenderahati Brunei
  • Makan Malam
  • Daftar Masuk Hotel
  • Berehat

Hari 02 - Brunei - Miri - Kuching (B/L/D)

  • Sarapan
  • Daftar Keluar Hotel
  • Pasar Kianggeh
  • Pakej Mangrove + Kg Air Brunei
  • Menuju Miri
  • Makan tengahari
  • Dihantar Ke Airport Miri
  • Berlepas Ke Kuching
  • Dijemput Dari Airport
  • Bergambar di tugu Kuching
  • Makan malam
  • Daftar Masuk Hotel
  • Berehat

Hari 03 - Kuching (SP/MT/MM)

  • Sarapan Pagi Di Hotel
  • Kg Budaya (Optional)**
  • Pantai Damai
  • Kg Telaga Air
  • Makan Tengahari
  • Kek Lapis
  • Jambatan Darul Hana
  • Masjid Terapung
  • Kuching River Cruise **
  • Kuching Waterfront
  • Makan Malam
  • Balik Ke Hotel
  • Berehat

Hari 04 - Kuching - Kuala Lumpur (SP)

  • Sarapan Di Hotel
  • Pasar Satok
  • Gua Angin
  • Tasik Biru
  • Singgah Makan Tengahari
  • Orang Hutan **
  • Dihantar Ke Airport Untuk Pulang ke Kuala Lumpur
  • Tamat

Maklumat Lain

Lawatan Pilihan
  • Kg Budaya
*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan pertukaran semasa
Maklumat tambahan
  • Aturcara mungkun berubah mengikut kesesuaian masa, masa flight, cuaca dan syor guide tempatan.

Pakej Termasuk

  • Tiket Flight : Kuala Lumpur ke Miri (AA/10kg)
  • Tiket Flight : Miri ke Kuching (AA/10kg)
  • Tiket Flight : Kuching ke Kuala Lumpur (MH/20kg)
  • Handcarry 7kg setiap hala
  • Bas/Van di Brunei dan ke Miri
  • Van di Kuching
  • Hotel 3 malam
  • Lawatan di Brunei dan Kuching
  • Pakej Mangrove di Sungai Brunei
  • Tiket Masuk Gua Angin
  • 3 X Breakfast, Lunch, Dinner

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket Berbayar
  • Bagasi tambahan
  • Travel insurance

Hubungi KAMI SEDIA MEMBANTU

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

    Tempahan & Bayaran

    • Kadar di atas yang disebut adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal
    • Kadar di atas bergantung pada perubahan harga tiket semasa
    • Tempahan akan dibuat selepas pengesahan dan menerima deposit dari pihak anda.
    • Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk pada ketersediaan semasa membuat tempahan.
    • Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan pihak pengendali penerbangan
    • Solehah Travel Sdn Bhd dan ejennya berhak untuk menukar atau mengubah program dan menyemak tambang tanpa notis awal kerana keadaan yang tidak diduga.
    • Bayaran balik tidak akan dilayan untuk perkhidmatan yang tidak digunakan disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka (perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan).
    • Untuk sebarang perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan.
    • Orang yang tidak boleh melepasi imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa, Tambang Lawatan tidak akan dikembalikan.
    • Solehah Travel Sdn Bhd hanya bertindak sebagai ejen anda untuk memberikan anda kepada pembekal perkhidmatan seperti Syarikat Penerbangan, Hotel, Feri, Jurulatih dan lain-lain. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan dan tidak akan menerima tanggungjawab atau liabiliti untuk peninggalan tindakan, keingkaran pada masa lalu yang disediakan oleh perkhidmatan ini dan perubahan peraturan kerajaan.
    • Pakej-pakej ini adalah di bawah “Siri Berlepas Kumpulan” jika kumpulan di bawah minimum kami, kami akan memaklumkan pelanggan kami sebagai SOP Syarikat kami 2 Bulan sebelum Berlepas. Pelanggan mungkin memilih pilihan seperti di bawah:
      • Perjalanan ditangguhkan
      • Bayar Balik Jumlah Penuh Dibayar
      • Tukar atau ditunda ke destinasi lain
    • Pengembalian wang tuntutan adalah tertakluk pada Akta Pelancongan 1992 (Rujuk pautan Terma & Syarat)
    • Peringatan Baik: Pengiring Lawatan dari Solehah Travel Sdn Bhd akan dihantar jika kumpulan itu melebihi 15 orang untuk setiap pakej yang dijalankan.
    From

    RM1899 Per Pax