1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Pakej Pekanbaru, Indonesia

Pekanbaru · Siak · Kampar · Asia Heritage

Pilih pakej anda:

Pengenalan Pekanbaru

Pekanbaru ialah ibu negeri Riau di Pulau Sumatera, Indonesia, dengan sentuhan budaya Melayu dan penerbangan terus dari Kuala Lumpur. Bandar ini terkenal dengan Masjid Agung An-Nur, Pasar Sukaramai dan taman tema budaya Asia Heritage.

Pakej 3 hari 2 malam ini turut membawa anda ke Siak Sri Indrapura, bekas pusat Kesultanan Siak, untuk melawat Istana Siak, Sungai Siak dan makam Sultan Syarif Kassim. Tiket penerbangan AirAsia, hotel, hidangan dan pemandu tempatan sudah termasuk.

Highlight Pekanbaru

  • Masjid Agung An-Nur
  • Istana Siak
  • Sungai Siak
  • Asia Heritage
  • Pasar Sukaramai

Jadual perjalanan Pekanbaru + Siak 3H2M

Hari 1 · Ketibaan di Pekanbaru & Kampar

  • Berkumpul 3 jam sebelum berlepas
  • Tiba di Pekanbaru dan disambut pemandu tempatan
  • Minum kopi Aceh
  • Lawatan ke Mahad Tafaquh
  • Masjid Agung An-Nur, masjid terbesar di Riau (solat jamak)
  • Membeli-belah di Pasar Sukaramai
  • Makan tengah hari
  • Daftar masuk hotel
  • Makan malam dan berehat

Bermalam di Whiz Prime Hotel Pekanbaru

Hari 2 · Siak Sri Indrapura

  • Sarapan di hotel
  • Istana Siak Sri Indrapura
  • Makan tengah hari
  • Sungai Siak
  • Masjid Syarif Hashim (solat jamak)
  • Makam Sultan Syarif Kassim
  • Siak city tour menaiki odong-odong
  • Kembali ke Pekanbaru
  • Makan malam

Bermalam di Whiz Prime Hotel Pekanbaru

Hari 3 · Asia Heritage & pulang

  • Sarapan di hotel
  • Asia Heritage
  • Pasar Bawah atau Sukaramai Mall
  • Makan tengah hari
  • Dihantar ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia

Soalan lazim Pekanbaru

Berapa harga pakej Pekanbaru?

Pakej Pekanbaru + Siak 3H2M bermula RM1,399 seorang, termasuk tiket AirAsia pergi balik, hotel 2 malam, hidangan, pengangkutan dan pemandu tempatan. Harga bergantung pada tarikh trip.

Bila tarikh trip seterusnya?

Tarikh trip dan baki tempat dipaparkan di tab pakej dan dikemas kini daripada sistem tempahan kami. Hubungi kami di WhatsApp jika anda mahu tarikh lain.

Adakah tiket flight termasuk?

Ya. Tiket AirAsia pergi balik Kuala Lumpur – Pekanbaru termasuk, bersama bagasi 10kg dan beg tangan 7kg.

Bagaimana nak ke Pekanbaru dari Malaysia?

Terdapat penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Pekanbaru, kira-kira satu jam lebih. Waktu tempatan (WIB, GMT+7) lewat satu jam daripada Malaysia dan mata wang ialah Rupiah Indonesia (IDR).

Apa yang tidak termasuk dalam pakej?

Insurans perjalanan dan tip pemandu (Rp25,000 seorang sehari). Perbelanjaan peribadi juga tidak termasuk.

Berapa jauh Siak dari Pekanbaru?

Siak Sri Indrapura kira-kira 2 jam perjalanan dari Pekanbaru. Pada hari kedua kami membawa anda ke Istana Siak, Sungai Siak dan makam Sultan Syarif Kassim.

Destinasi lain di Indonesia

Teruskan pengembaraan anda bersama Solehah Travel