1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Pakej Palembang, Indonesia

Jambatan Ampera · Sungai Musi · Pulau Kemaro

Pilih pakej anda:

Pengenalan Palembang

Palembang ialah ibu negeri Sumatera Selatan, Indonesia, bandar tertua di Indonesia di tepi Sungai Musi. Dari Kuala Lumpur, penerbangan ke Palembang mengambil masa kira-kira satu jam lebih, dan waktu tempatan (WIB) lewat satu jam daripada Malaysia.

Pakej 4 hari 3 malam ini merangkumi Jambatan Ampera, Masjid Agung, Benteng Kuto Besak, pelayaran bot tradisional di Sungai Musi ke Pulau Kemaro, Bayt Al Qur’an Al Akbar dan membeli-belah songket di Pasar 16 Ilir.

Highlight Palembang

  • Jambatan Ampera
  • Sungai Musi
  • Pulau Kemaro
  • Bayt Al Qur’an
  • Songket Palembang

Jadual perjalanan Palembang 4H3M

Hari 1 · Ketibaan & lawatan bandar

  • Tiba di lapangan terbang dan dijemput
  • Lawatan setengah hari: Jambatan Ampera, Masjid Agung dan Monumen Perjuangan Rakyat (Monpera)
  • Makan tengah hari di restoran tempatan
  • Jakabaring Sport City, Masjid Cheng Ho dan Benteng Kuto Besak
  • Makan malam di restoran tepi sungai dengan pemandangan Jambatan Ampera
  • Daftar masuk hotel dan program bebas

Bermalam di Hotel di Palembang

Hari 2 · Sungai Musi & lawatan bandar

  • Sarapan pagi di hotel
  • Lawatan Sungai Musi dengan bot tradisional
  • Pulau Kemaro di tengah Sungai Musi
  • Makan tengah hari di restoran tempatan
  • Bukit Siguntang
  • Bayt Al Qur’an Al Akbar
  • Muzium Balaputra Dewa
  • Rumah tradisional Limas Palembang
  • Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel

Bermalam di Hotel di Palembang

Hari 3 · Membeli-belah songket

  • Sarapan pagi di hotel
  • Pusat Songket Palembang Tangga Buntung
  • Pasar Tradisional 16 Ilir
  • Ilir Barat Permai, pusat borong songket dan kain tenun Muslim
  • Makan tengah hari di restoran tempatan
  • Membeli makanan tempatan dan kraftangan
  • Kembali ke hotel selepas makan malam

Bermalam di Hotel di Palembang

Hari 4 · Berangkat dari Palembang

  • Sarapan pagi di hotel
  • Program bebas sehingga dihantar ke lapangan terbang

Soalan lazim Palembang

Berapa harga pakej Palembang?

Pakej Palembang 4H3M bermula RM1,999 seorang, termasuk tiket penerbangan, bagasi 10kg, hotel 3 malam, hidangan, pelayaran Sungai Musi dan pemandu tempatan.

Bila tarikh trip seterusnya?

Tarikh trip berkumpulan akan diumumkan. Hubungi kami di WhatsApp untuk dimaklumkan apabila tarikh dibuka.

Adakah tiket flight termasuk?

Ya. Tiket penerbangan pergi balik termasuk dalam pakej, dengan bagasi 10kg dan beg tangan 7kg.

Apa yang boleh dibeli di Palembang?

Songket Palembang di Tangga Buntung dan Pasar 16 Ilir, serta makanan tempatan dan kraftangan pada hari ketiga.

Bagaimana nak ke Palembang dari Malaysia?

Terbang dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II (PLM), Palembang. Waktu tempatan (WIB, GMT+7) lewat satu jam daripada Malaysia dan mata wang ialah Rupiah Indonesia (IDR).

Apa yang tidak termasuk dalam pakej?

Bagasi tambahan, insurans perjalanan dan tip pemandu (RM30 seorang).

Destinasi lain di Indonesia

Teruskan pengembaraan anda bersama Solehah Travel