Pakej Padang Bukittinggi, Indonesia
Pilih pakej anda:
Pengenalan Padang Bukittinggi
Padang dan Bukittinggi di Sumatera Barat ialah tanah Minangkabau dengan rumah gadang bertanduk, tasik tanah tinggi dan masakan Padang. Dari Kuala Lumpur, penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau mengambil masa kira-kira 2 jam, dan waktu tempatan (WIB) lewat satu jam daripada Malaysia.
Pakej kami membawa anda ke Jam Gadang, Ngarai Sianok dan Lobang Jepang, Danau Maninjau melalui Kelok 44, Istano Basa Pagaruyung, Tasik Singkarak dan Jambatan Siti Nurbaya. Pakej 5H4M menambah Alahan Panjang dengan jeep ke Danau Di Atas dan Gunung Talang.
Highlight Padang Bukittinggi
- Lembah Anai
- Jam Gadang
- Danau Maninjau
- Istano Pagaruyung
- Pantai Padang
Jadual perjalanan Padang Bukittinggi 4H3M
Hari 1 · Padang ke Bukittinggi
- Tiba di Lapangan Terbang Padang
- Perjalanan ke Bukittinggi
- Air Terjun Lembah Anai
- Kedai pakaian sulam dan Kampung Pandai Sikek
- Daftar masuk hotel
- Makan malam
- Persembahan kebudayaan Minang (pilihan berbayar)
- Aturcara bebas
Bermalam di Hotel di Bukittinggi
Hari 2 · Bukittinggi & Maninjau
- Sarapan pagi
- Ngarai Sianok dan Lubang Jepang
- Tasik Maninjau melalui Kelok 44
- Makan tengah hari
- Tempat membeli-belah
- Pasar Atas dan Jam Gadang (kereta kuda pilihan)
- Makan malam dan kembali ke hotel
Bermalam di Hotel di Bukittinggi
Hari 3 · Tanah Minangkabau ke Padang
- Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
- Batu Sangkar
- Tabek Patah: pisang salai dan kopi tradisional
- Makan tengah hari masakan Padang di tengah sawah
- Istano Pagaruyung
- Tasik Singkarak
- Pantai Padang, Jambatan Siti Nurbaya dan pelabuhan lama
- Makan malam hidangan laut
- Daftar masuk hotel di Padang
Bermalam di Hotel di Padang
Hari 4 · Malin Kundang & pulang
- Sarapan dan daftar keluar hotel
- Batu Malin Kundang
- Menaiki ATV setengah jam di tepi pantai (pilihan berbayar)
- Lawatan sekitar bandar Padang
- Dihantar ke lapangan terbang
Soalan lazim Padang Bukittinggi
Berapa harga pakej Padang Bukittinggi?
Pakej Padang Bukittinggi 4H3M bermula RM1,499 seorang dan pakej Alahan Panjang 5H4M bermula RM2,099 seorang, termasuk tiket AirAsia, hotel, hidangan, pengangkutan dan pemandu.
Bila tarikh trip seterusnya?
Tarikh trip berkumpulan akan diumumkan. Hubungi kami di WhatsApp untuk dimaklumkan apabila tarikh dibuka.
Adakah tiket flight termasuk?
Ya. Tiket AirAsia pergi balik Kuala Lumpur – Padang termasuk dalam kedua-dua pakej. Bagasi tambahan dan insurans tidak termasuk.
Bagaimana nak ke Padang dari Malaysia?
Terbang dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau (PDG), kira-kira 2 jam. Waktu tempatan (WIB, GMT+7) lewat satu jam daripada Malaysia dan mata wang ialah Rupiah Indonesia (IDR).
Apa beza pakej 4H3M dan 5H4M?
Pakej 5H4M menambah bermalam di Alahan Panjang dengan jeep ke Danau Di Atas, Danau Di Bawah dan Gunung Talang, serta hadiah selendang songket.
Apa yang tidak termasuk dalam pakej?
Bagasi, insurans, tip pemandu dan aktiviti pilihan seperti persembahan budaya Minang dan ATV di pantai.
Destinasi lain di Indonesia
Teruskan pengembaraan anda bersama Solehah Travel







