Pakej Makassar, Indonesia
Pilih pakej anda:
Pengenalan Makassar
Makassar ialah ibu negeri Sulawesi Selatan, Indonesia, dan pintu masuk ke Maros dan Malino. Dari Malaysia, penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin (UPG) biasanya transit di Jakarta atau Bali, dan waktu tempatan (WITA) sama dengan Malaysia.
Pakej 4 hari 3 malam ini membawa anda ke Rammang-Rammang dengan gunung karst dan sungai yang tenang, tapak prasejarah Leang-Leang, tanah tinggi Malino, dan bandar Makassar: Benteng Rotterdam, Pantai Losari, Masjid 99 Kubah serta pelayaran dengan kapal Phinisi.
Highlight Makassar
- Rammang-Rammang
- Leang-Leang
- Malino
- Pantai Losari
- Masjid 99 Kubah
Jadual perjalanan Makassar 4H3M
Hari 1 · Maros: Leang-Leang & Rammang-Rammang
- Tiba di Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin
- Makan tengah hari
- Leang-Leang: tapak arkeologi prasejarah
- Rammang-Rammang: kawasan batu kapur semula jadi
- Kembali ke Makassar
- Makan malam
- Daftar masuk hotel dan berehat
Bermalam di Hotel 3 bintang di Makassar (atau setaraf)
Hari 2 · Malino & Pantai Losari
- Sarapan di hotel
- Lawatan sehari penuh ke tanah tinggi Malino
- Skyview Serra
- Makan tengah hari
- Kembali ke Makassar
- Matahari terbenam di Anjungan Pantai Losari
- Makan malam
- Kembali ke hotel dan aktiviti bebas
Bermalam di Hotel 3 bintang di Makassar (atau setaraf)
Hari 3 · Lawatan bandar Makassar
- Sarapan di hotel
- Benteng Rotterdam
- Makan tengah hari
- Aktiviti bebas di Trans Studio Mall Makassar
- Matahari terbenam di CPI (Lego-Lego dan Masjid 99 Kubah)
- Pelayaran kapal Phinisi
- Makan malam
- Kembali ke hotel
Bermalam di Hotel 3 bintang di Makassar (atau setaraf)
Hari 4 · Muzium Mandala & pulang
- Sarapan pagi
- Daftar keluar hotel
- Muzium Mandala
- Makan tengah hari
- Membeli cenderamata di Somba Opu
- Dihantar ke lapangan terbang
Soalan lazim Makassar
Berapa harga pakej Makassar?
Pakej Makassar 4H3M bermula RM2,649 seorang, termasuk tiket penerbangan, hotel 3 bintang atau setaraf, pengangkutan, kapal Phinisi dan hidangan. Harga bergantung pada tarikh trip.
Bila tarikh trip seterusnya?
Tarikh trip dan baki tempat dipaparkan di tab pakej dan dikemas kini daripada sistem tempahan kami. Hubungi kami di WhatsApp jika anda mahu tarikh lain.
Adakah tiket flight termasuk?
Ya. Tiket penerbangan pergi balik termasuk dalam pakej, dengan bagasi 10kg pergi dan 20kg balik.
Bagaimana nak ke Makassar dari Malaysia?
Penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin (UPG) biasanya transit di Jakarta atau Bali. Waktu tempatan (WITA, GMT+8) sama dengan Malaysia dan mata wang ialah Rupiah Indonesia (IDR).
Apa yang tidak termasuk dalam pakej?
Perbelanjaan peribadi, caj bilik seorang, tip pemandu dan kru, serta lawatan di luar atur cara.
Apa yang boleh dilihat di Maros dan Malino?
Di Maros anda melawat Leang-Leang dan Rammang-Rammang. Di Malino anda menikmati udara sejuk tanah tinggi dan Skyview Serra pada hari kedua.
Destinasi lain di Indonesia
Teruskan pengembaraan anda bersama Solehah Travel







