1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

PAKEJ BRUNEI + SABAH 4H3M

4 Hari 3 Malam
Harga dari

RM1899 Per Pax

Pengenalan Pengenalan

Alami percutian yang unik dan berbaloi dengan Pakej Brunei – Sabah 4 Hari 3 Malam! Nikmati gabungan budaya, alam semula jadi, dan pengalaman membeli-belah yang memukau di dua destinasi menarik – Brunei Darussalam, negara kecil yang kaya dengan sejarah dan kemewahan diraja, serta Sabah, Borneo, syurga semula jadi dengan pantai cantik, makanan laut segar dan suasana tropika yang menenangkan.

PAKEJ BRUNEI + SABAH 4H3M

Anda ada persoalan berkenaan pakej kami? Sila hubungi kami untuk kami bantu anda.

03-3122 0257

Kongsikan

Info Brunei Sabah

Pengembaraan 4 hari ini menggabungkan tiga destinasi menarik iaitu Miri, Brunei dan Kota Kinabalu dalam satu perjalanan yang lengkap. Perjalanan dimulakan dengan penerokaan Brunei yang terkenal dengan keindahan seni bina Islam seperti Masjid Omar Ali Saifuddien dan Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, diikuti pengalaman budaya di Kampung Air serta suasana meriah Pasar Malam Gadong.

Perjalanan diteruskan ke Kota Kinabalu dengan gabungan keindahan bandar dan alam semula jadi yang memukau. Antara tarikan menarik termasuk Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli serta kawasan tanah tinggi Kundasang yang terkenal dengan pemandangan Gunung Kinabalu. Lawatan ke Desa Dairy Farm, Kinabalu Park dan Tanjung Aru melengkapkan pengalaman dengan suasana sejuk, landskap indah serta lokasi bergambar yang ikonik.

Jom sertai pakej eksklusif ini bersama Solehah Travel! Nikmati percutian tanpa stres merangkumi penerbangan, penginapan, pengangkutan dan lawatan ke pelbagai destinasi menarik dalam satu trip. Pengalaman lintas negara, panorama memukau dan aktiviti menarik menanti anda. Tempah sekarang untuk cipta kenangan indah bersama yang tersayang!

Tempat Menarik di Brunei Sabah

PAKEJ BRUNEI + SABAH 4H3M

Masjid Omar Ali Saifuddien

Masjid ikonik Brunei dengan seni bina Islam klasik dan pemandangan tasik buatan

PAKEJ BRUNEI + SABAH 4H3M

Istana Darul Iman

Kediaman rasmi Sultan Brunei yang terkenal sebagai antara istana terbesar di dunia

PAKEJ BRUNEI + SABAH 4H3M

Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah

Masjid megah berkubah emas yang menjadi simbol keagungan Brunei

PAKEJ BRUNEI + SABAH 4H3M

Pasar Malam Gadong

Syurga makanan jalanan Brunei dengan pelbagai hidangan tempatan

PAKEJ BRUNEI + SABAH 4H3M

Kampung Air Brunei

Perkampungan air tradisional terbesar di dunia dengan kehidupan unik atas air

PAKEJ BRUNEI + SABAH 4H3M

Anjung Senja

Port makan seafood popular di Kota Kinabalu dengan suasana tepi laut

PAKEJ BRUNEI + SABAH 4H3M

Rumah Terbalik Tamparuli

Rumah unik terbalik pertama di Malaysia yang menjadi spot bergambar menarik

PAKEJ BRUNEI + SABAH 4H3M

Jambatan Tamparuli

Jambatan gantung ikonik Sabah yang penuh nilai sejarah dan legenda tempatan

PAKEJ BRUNEI + SABAH 4H3M

Pekan Nabalu

Hentian popular untuk membeli kraftangan dan menikmati pemandangan Gunung Kinabalu

PAKEJ BRUNEI + SABAH 4H3M

Desa Dairy Farm

Ladang tenusu ala New Zealand dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang indah

PAKEJ BRUNEI + SABAH 4H3M

Kinabalu Park

Tapak Warisan Dunia UNESCO dengan biodiversiti flora dan fauna unik

PAKEJ BRUNEI + SABAH 4H3M

Tanjung Aru

Pantai terkenal dengan pemandangan matahari terbenam paling cantik di Kota Kinabalu

Tarikh Pelepasan Tarikh Pelepasan

Tarikh Musim Harga Dari Penerbangan Status

Pengenalan Jadual Perjalanan

Hari 1 : KUALA LUMPUR - MIRI - BRUNEI ( MT/MM)

  • Berkumpul 3 jam sebelum berlepas.
  • Berlepas ke Miri
  • Sampai di Miri, bertolak ke Brunei
  • Makan Tengahari
  • Imigresen Brunei
  • Masjid Omar Ali Saifudien
  • Istana Darul Iman
  • Masjid Jamek Hasanal Bolkiah
  • Pasar Malam Gadong
  • Makan Malam
  • Daftar Masuk Hotel
  • Berehat

Hari 2 : BRUNEI - KOTA KINABALU (SP/MT/MM)

  • Sarapan Pagi
  • Daftar Keluar Hotel
  • Pakej Mangrove Dan Kg Air Brunei
  • Menuju Airport Miri
  • Makan Tengahari
  • Sampai di Airport Miri/Solat Jamak
  • Naik Flight Ke Kota Kinabalu
  • Makan Malam di Anjung Senja
  • Daftar Masuk Hotel
  • Aktiviti Bebas Di Bandaraya Kota Kinabalu

Hari 3 : KOTA KINABALU - KUNDASANG (SP/MT/MM)

  • Sarapan Pagi
  • Daftar Keluar Hotel
  • Rumah Terbalik
  • Jambatan Tamparuli
  • Pekan Nabalu
  • Makan Tengahari
  • Singgah Solat
  • Tagal Marakau
  • Pekan Kundasang
  • Daftar Masuk Hotel

Hari 4 : KUNDASANG - KOTA KINABALU - KUALA LUMPUR (SP)

  • Sarapan Pagi
  • Desa Dairy Farm
  • Pasar Kundasang
  • Dataran Kundasang
  • Bergambar Di Kinabalu Park
  • Masjid Terapung
  • Yayasan Sabah
  • Pasar Filipina
  • Kedai Mutiara Jamilah
  • Tanjung Aru
  • Dihantar Ke Airport
  • Tamat

Pakej Termasuk

  • Tiket Penerbangan: Kuala Lumpur ke Miri (AA/10kg), Miri ke Kota Kinabalu (AA/10kg)
  • Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur (MH/20kg)
  • Hotel
  • Transport
  • Lawatan
  • Makan 3x ( Breakfast/Lunch/Dinner)
  • Driver Cum Guide
  • Pengiring: (Untuk kumpulan 15 orang dan ke atas)
  • Tiket Masuk: Pakej Mangrove + Kampung Air di Brunei, Desa Dairy Farm di Kundasang, Tagal Marakau

Pakej Tidak Termasuk

  • Bagasi tambahan
  • Insurans Perjalanan
  • Tiket Berbayar Lain (yang tidak dinyatakan dalam pakej)

Maklum Balas Pelanggan MAKLUM BALAS PELANGGAN

Hubungi KAMI SEDIA MEMBANTU

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

    Tempahan & Bayaran

    • Kadar di atas yang disebut adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal
    • Kadar di atas bergantung pada perubahan harga tiket semasa
    • Tempahan akan dibuat selepas pengesahan dan menerima deposit dari pihak anda.
    • Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk pada ketersediaan semasa membuat tempahan.
    • Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan pihak pengendali penerbangan
    • Solehah Travel Sdn Bhd dan ejennya berhak untuk menukar atau mengubah program dan menyemak tambang tanpa notis awal kerana keadaan yang tidak diduga.
    • Bayaran balik tidak akan dilayan untuk perkhidmatan yang tidak digunakan disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka (perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan).
    • Untuk sebarang perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan.
    • Orang yang tidak boleh melepasi imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa, Tambang Lawatan tidak akan dikembalikan.
    • Solehah Travel Sdn Bhd hanya bertindak sebagai ejen anda untuk memberikan anda kepada pembekal perkhidmatan seperti Syarikat Penerbangan, Hotel, Feri, Jurulatih dan lain-lain. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan dan tidak akan menerima tanggungjawab atau liabiliti untuk peninggalan tindakan, keingkaran pada masa lalu yang disediakan oleh perkhidmatan ini dan perubahan peraturan kerajaan.
    • Pakej-pakej ini adalah di bawah “Siri Berlepas Kumpulan” jika kumpulan di bawah minimum kami, kami akan memaklumkan pelanggan kami sebagai SOP Syarikat kami 2 Bulan sebelum Berlepas. Pelanggan mungkin memilih pilihan seperti di bawah:
      • Perjalanan ditangguhkan
      • Bayar Balik Jumlah Penuh Dibayar
      • Tukar atau ditunda ke destinasi lain
    • Pengembalian wang tuntutan adalah tertakluk pada Akta Pelancongan 1992 (Rujuk pautan Terma & Syarat)
    • Peringatan Baik: Pengiring Lawatan dari Solehah Travel Sdn Bhd akan dihantar jika kumpulan itu melebihi 15 orang untuk setiap pakej yang dijalankan.
    From

    RM1899 Per Pax