1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Copyright © 2017 - 2026
Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).
All Rights Reserved.
No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.
PengenalanAlami keindahan Pulau Langkawi bersama pakej istimewa 3 hari 2 malam kami! Sama ada anda melancong bersama keluarga, rakan atau pasangan tercinta, pakej ini direka khas untuk memberikan pengalaman percutian yang menyeronokkan, selesa dan penuh kenangan. Dengan penginapan yang selesa, lawatan ke lokasi menarik seperti Langkawi Sky Bridge, Kilim Geoforest Park, Pantai Cenang, dan aktiviti island hopping – setiap hari anda akan dipenuhi dengan keajaiban alam semula jadi dan budaya tempatan.
Pakej Langkawi 3H2M ini menawarkan percutian santai dengan gabungan keindahan alam, aktiviti menarik dan pengalaman membeli-belah. Lawatan merangkumi tempat ikonik seperti Langkawi Cable Car untuk menikmati pemandangan dari ketinggian, Pantai Pasir Hitam yang unik serta kawasan marina yang cantik untuk sesi bergambar.
Percutian diteruskan dengan aktiviti pilihan island hopping, bersantai di Pantai Cenang serta menikmati suasana meriah dengan persembahan api di waktu malam. Anda juga berpeluang membeli-belah coklat dan barangan bebas cukai di Haji Ismail Group serta melawat Dataran Lang, ikon terkenal pulau ini.
Lengkap dengan penginapan selesa dan pengangkutan, pakej ini sesuai untuk percutian bersama keluarga, rakan atau pasangan. Jom tempah sekarang dan nikmati keindahan Langkawi sambil cipta kenangan manis yang tak terlupakan!
Kereta kabel dengan pemandangan panorama pulau dari puncak Gunung Mat Cincang.
Jambatan gantung ikonik dengan view menakjubkan dari atas gunung.
Pantai popular dengan aktiviti air dan suasana meriah.
Mercu tanda helang gergasi simbol Langkawi.
Tapak sejarah dengan kisah lagenda pembakaran padi.
Pantai unik dengan pasir berwarna gelap dan legenda tersendiri.
Kawasan geopark dengan hutan bakau, gua batu kapur dan eagle feeding.
Tasik air tawar legenda yang terkenal dengan kisah mitosnya.
Akuarium besar dengan pelbagai hidupan laut eksotik.
Air terjun tujuh tingkat sesuai untuk mandi dan hiking.
Pantai tenang dengan pemandangan pulau kecil yang indah.
Taman haiwan interaktif sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak.
Jadual Perjalanan
KAMI SEDIA MEMBANTUAssalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.